Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 7 Oktober 2013

[Wajib Baca] Ingat Cerita Lelaki Bergaji Lebih RM17 Ribu Tetapi Didakwa Abai Ibu Bapa dan Anak-anak? Susulannya di Sini


Laporan sebelum ini.

‘Saya reda dia dijel’

[HM] Kuala Terengganu: “Yang Arif, saya reda mempunyai anak seperti ini dan reda dia dipenjarakan,” kata Mustafa Ismail, 67, dalam permohonannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun supaya memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran terhadap tindakannya mengabaikan nafkah terhadap ibu bapa serta dua anaknya yang dipelihara Mustafa.

Buat kali pertama selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa selaku plaintif terhadap Nasrun selaku responden pada 2010, anaknya itu muncul di mahkamah semalam selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada bulan lalu.

Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam dan jika gagal, defendan dikenakan hukuman penjara selama seminggu dan responden melunaskan bayaran nafkah itu semalam. Rosdi turut memerintahkan responden membayar baki RM11,000 secara ansuran kepada kedua-dua ibu bapanya.

Mahkamah juga membenarkan Nasrun diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh mendengar notis tunjuk sebab untuk responden membela diri pada 24 November depan selepas plaintif memfailkan permohonan supaya anaknya dipenjarakan kerana gagal melaksanakan perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah bernilai RM18,866.50.

Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya tiga tahun lalu.

Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.

Rosdi dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun digelarnya sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, Mustafa menerusi peguam syarienya, Fazru Anuar Yusof terpaksa memfailkan saman dan waran tangkap terhadap anaknya selepas Nasrun enggan dan gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk membayar tuntutan nafkah ibu bapa dan dua anaknya berjumlah RM18,866.50.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Nasrun yang kini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak memberi alasan tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.

“Saya tidak mahu melawan bapa saya di mahkamah. Saya tiada niat untuk melawan ibu bapa saya,” katanya yang memakai baju kemeja biru berkolar putih sambil turut menafikan dia hadir ke mahkamah kerana menerima waran tangkap.

Mendengar jawapan Nasrun itu, Rosdi kemudian memerintahkan supaya kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan memberi tempoh satu jam sebelum menyambung semula prosiding.

Bagaimanapun, sebaik sesi prosiding disambung, Mustafa memohon mahkamah memenjarakan anaknya kerana kecewa dengan sikap responden yang langsung tidak mengendahkannya, malah hanya bersalaman dengannya selepas diperintahkan Rosdi, susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya.

“Yang Arif, saya nak tanya sedikit adakah salam ini salam betul atau apa? Sebab sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya, apa lagi bersalam dengan saya. 

“Saya reda anak saya dipenjarakan seminggu atau lebih. Saya duduk di situ berapa lama, dia buat tak tahu saja,” katanya dalam nada suara bergetar.

Peguam syarie yang mewakili Nasrun, Kamaruzaman Wahab kemudian mencelah “Yang Arif, kalau pun plaintif memohon responden dipenjarakan, saya memohon responden diberi masa untuk menjawab dan membela diri“.

Rosdi berkata, mahkamah tidak berhasrat memanjangkan kes berkenaan dan memohon Nasrun kembali kepada keluarganya dan mengambil berat perihal keluarganya termasuk ibu bapa serta dua anaknya berusia 16 dan 18 tahun. - 7/10/13

Laporan awal di sini.


P/s: Terharu TM membaca laporan kes ini. Tidak terbayang TM jika mempunyai anak bersikap begitu!!!


Berkaitan:

Mustafa (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya, Fazru Anuar Yusof (kanan) di luar mahkamah, semalam. -Teks/Foto: SH

Seorang rakan yang menemani Nasrun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam, membantu menutup wajah Nasrun dengan jaket bagi mengelak dirakam media. -Teks/Foto: SH

Laporan Sinar Harian di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH