Kanak-kanak 2 Tahun "Hamil"
[HM] Beijing: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Huaxi, China menjalani pembedahan melahirkan anak selepas doktor mendapati dia ‘hamil’.
Xiao Feng dibawa ke hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas.
Sebaik dimasukkan ke hospital, doktor melakukan imbasan X serta imbasan MRI dan mendapati Xiao Feng membawa janin kembarnya sendiri di dalam perutnya. Dia kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan.
Di samping itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari tangan dan jari kaki.
PERUT yang kian membesar menyukarkan Xiao Feng bernafas.
Kembar parasit berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mati.
Menurut pakar, kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah sepenuhnya.
Sementara itu, pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya. - Agensi - 2/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.