Kos Jet Peribadi Najib RM86.4 juta, Kos Lawatan RM 44 Juta
Kos Jet Peribadi RM86.4 juta, Najib Dicadang Guna MAS
[Selangorku] KUALA LUMPUR, 3 OKT : Kerajaan Pusat berbelanja lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun untuk kos sewaan dan penyelenggaraan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi program jelajah dan lawatan rasminya.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, kerajaan mengaku membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, kos penyelenggaraan (RM16.515 juta) dan untuk kos penambahbaikan jet (RM3.32 juta)
Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung perbelanjaan RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Najib sejak 2008.
“Sebagai bandingan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan ke luar negara dan ia menjimatkan jutaan wang rakyat.
“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula sentiasa duduk kelas ekonomi ketika menjelajah atau membuat lawatan.
“Teladan baik harus dicontohi. Dicadangkan Najib membuat pertimbangan menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines (MAS), bukan jet peribadi eksklusif,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ketika negara mengalami defisit 17 tahun berturut-turut, beliau berkata, kerajaan Umno BN gagal menunjukkan contoh baik dari segi pengurusan kewangan berhemah.
Katanya, kerajaan Umno BN juga terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di Parlimen ekoran kegawatan ekonomi.
Beliau turut meminta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan ke atas Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan bayaran emolumen dan gaji melebihi RM4 bilion setahun. - 3/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.