Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, , ,

Khamis, 31 Oktober 2013

Mangsa Rogol Ditanam Hidup-hidup Berjaya Lepaskan Diri



Mangsa Rogol Ditanam Berjaya Lepaskan Diri

[HM] Lahore: Selepas ditanam hidup-hidup kerana mendakwa menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan diri dengan menggali keluar dari bawah tanah.

Menurut media, remaja perempuan berusia 13 tahun itu diserang dua lelaki ketika berjalan sendirian di Toba Tek Singh, Punjab.

Mangsa kemudian dirogol sehingga pengsan dan suspek menyangka remaja terbabit meninggal dunia dalam serangan itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa kemudian ditanam di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, kata jurucakap polis, remaja terbabit tersedar semula dan berusaha menyelamatkan diri dengan menggali tanah yang menimbus dirinya.

“Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dan bergegas menyelamatkannya,” katanya.

Dia kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat. Pada awalnya mangsa enggan bekerjasama dengan polis kerana mendapat tekanan daripada bapanya.

Dua lelaki kini ditahan pihak berkuasa hasil maklumat diperoleh. - AP - 31/10/13



,

Lelaki Potong Anu Sendiri Kerana Kecewa Tiada Pasangan

YANG terlantar dalam keadaan berdarah di bahagian sulitnya.
Kemaluan Tidak Berguna

[HM] Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama.

Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat. 

Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ.

Apabila pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa darah terlalu lama selepas dipotong.

“Mustahil kami boleh menyambungnya semula,” katanya. 

Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja.

Walaupun bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa kerana tidak mempunyai teman wanita. 

“Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana wanita ingin berkawan dengannya,” katanya. 

Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah “tidak berguna” lagi.

“Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi memikirkan mengenai teman wanita,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi - 31/10/13


P/s: Akhirnya, kemaluannya memang betul-betul tidak "berguna".


,

Bekas KP Imigresen Bersalah Terima Rasuah

Abdul Wahid dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM60,000. - Foto Effendy Rashid

Abdul Wahid Didapati Bersalah Terima Suapan RM60 000

[BH] Kuala Lumpur: Dibebas dan dipenjarakan oleh hakim yang sama. 

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dipenjara enam tahun dengan denda RM300,000 atau tambahan setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu. 

Hakim Rosbiahanin Ariffin, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh menerusi peguam belanya, Datuk V Sithambaran, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Wahid, 60, yang hadir dengan ditemani isterinya, kelihatan tenang sebaik Rosbiahanin membacakan keputusan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara mulai semalam. 

Terdahulu, hakim menolak permohonan Sithambaran, supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dan menangguhkan hukuman penjara, sementara menunggu rayuan. 

Rosbiahanin dalam penghakimannya, bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa keterangan pembelaan tertuduh adalah difikirkan kemudian dan bersifat rekaan serta penafian semata-mata.
“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan berkenaan,” katanya. 

Wahid didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh. 

Kesalahan itu dilakukan di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, jam 10.15 malam pada 10 Julai 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. 

Pada 15 Oktober 2010, Rosbiahanin melepas dan membebaskan Wahid daripada tuduhan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan pihak pendakwaan selepas itu turut mengekalkan keputusan sama.- 31/10/13


P/s: 6 bulan saja???


,

Rabu, 30 Oktober 2013

Pelajar 14 Tahun Kantoi EHEM-EHEM di Tandas Sekolah Ketika Waktu Rehat

Sekadar hiasan.

Pelajar Ditangkap Laku Seks di dalam Tandas Sekolah

[HM] Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar. -30/10/13

P/s: Gila hancusss!!!


,

Hairie Othman Merajuk dengan Pakatan Rakyat?


Hairie Othman Enggan Terlibat Dalam Aktiviti Pembangkang

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.


P/s: Apa sudah jadi?

Apa cerita di balik hal ini?




,

[PANAS] Akibat "KeBijakan" Kerajaan BN, Rakyat Sengsara Tanpa Subsidi Gula


Gula Mahal Sebab Kerajaan ‘Terlalu Bijak’ Import Gula Mentah -Tony Pua

[Roketkini] KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER: DAP mengecam tindakan kerajaan yang menggunakan perlbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram bersamaan RM521 juta setahun.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pengurangan gula dapat meningkatkan ‘libido’ serta mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akibat diabetes sama sekali tidak boleh diterima.

Menurut beliau, hakikat sebenar rakyat terpaksa ‘menikmati’ gula lebih mahal kerana tindakan kerajaan menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.

“Jika kita mengambil kira harga gula mentah di pasaran antarabangsa sekarang iaitu US$18.91 setiap 100lbs, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih daripada RM2.84 sekilogram.

“Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menanda tangan perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs.

“Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan membeli gula mentah dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran ketika itu iaitu US$23.42? Perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan menegaskan, beliau ketika itu telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’ atau pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.

“Tetapi amaran saya langsung tidak dihiraukan kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab di Parlimen kononnya ‘harga gula mentah dunia dijangka akan terus meningkat pada masa depan’,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan bertanggungjawab kerana membuat keputusan yang tidak wajar, akhirnya menyusahkan semua rakyat.

“Ismail Sabri pada Januari tahun lalu dengan angkuhnya menyatakan ‘let me remind you that the government is smart’ kerana menanda tangan perjanjian tiga tahun itu.

“Sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013. Ini bermakna kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu.

“Mengikut harga pasaran sekarang, kerajaan sudah terlebih bayar sebanyak RM194 juta atau mengimport 2.73 bilion paun gula mentah setiap tahun. Hari ini, ia dibuktikan bahawa keputusan itu adalah ketetapan yang salah dan amat merugikan negara.

Beliau turut menggesa kerajaan memperjelaskan mengapa mereka mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula ‘duopoli’ di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd.

“Bukankah ia lebih baik untuk rakyat jika syarikat ini diberi tekanan untuk bersaing dan tidak dilindungi pihak kerajaan daripada risiko pasaran?

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. Jelas, sebab utama mengapa ia meningkat bukannya penyakit kencing manis atau pengurangan subsidi tetapi disebabkan tindakan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Akibatnya, kerugian beratus-ratus juta ini terpaksa ditanggung rakyat,” tegasnya.

Tambahnya, kerajaan perlu mengakui kesalahan yang dilakukan, menyiasat sebab gula mentah diimpot dengan harga jauh lebih mahal dan mengumumkan dasar pembetulan (corrective action) supaya penambahan beban rakyat tidak diulangi. - 29/10/13


P/s: Ingat gula mahal, ingat Pak Menteri di atas, 5 tahun lagi, pakat-pakat undi lagi dia dan geng.


Selasa, 29 Oktober 2013

Ingat Kes Pemimpin Politik Cabul Menantu? Susulannya...


[SH] TAMPIN – Ketua Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul kehormatan menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September lalu.

Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk mangsa dari belakang dan mencium leher kanan dan kiri mangsa.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai banyak tanggungan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya.

Berita awal di sini.

, ,

[PANAS] Gaji MELAMPAU Staf Jabatan Perdana Menteri...


Gaji Melampau Pekerja Jabatan Perdana Menteri, Satu Lagi Contoh Pembaziran Kerajaan

okm

[Roketkini] KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan merupakan satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara telah menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60 ribu.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30 ribu dan elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.

Disamping itu, kakitangan di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam mempunyai gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan,” ujarnya.

Agensi-agensi lain dibawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah melonjak sebanyak 13 peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya telah menerima salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion dibawah Bajet 2014. -29/10/13



,

Hajah Mizz Nina Kini Bertudung

Wajah terbaharu Mizz Nina yang dimuatkan dalam Intagram suaminya, Noh.

Mizz Nina Bertudung Selepas Bergelar Hajah


PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.

Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.

"Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.

"Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.

Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. - 29/10/13


,

Isnin, 28 Oktober 2013

Patutlah Pengiklan Tidak Utamakan Bahasa Kebangsaan...


...undang-undangnya tidak tegas!

Tontonlah saluran televisyen rangkaian Media Prima. Ada salurannya tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan hanya memberikan fokus kepada bahasa kaum tertentu seolah-olah penontonnya tidak fasih dan memahami bahasa kebangsaan. Saluran RTM juga ada menyiarkan iklan bukan dalam bahasa kebangsaan.Dahulu iklan dalam bahasa etnik atau bahasa Inggeris peratusnya cukup kecil, namun kini sudah menjadi dominan di saluran televisyen tertentu.

Realitinya, bukan DAP yang menjahanamkan bahasa kebangsaan, orang Melayu sendiri yang menjahanamkan bahasa sendiri.

Berkaitan:

DBKL Keluar 40 Notis kepada Pemilik Iklan Tidak Utama Bahasa Melayu
 
[Bernama] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 40 notis kesalahan kepada pemilik iklan yang melanggar syarat dan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL juga menurunkan 77 papan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

Beliau berkata undang-undang itu mewajibkan pengiklan mendapat pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung penggunaan Bahasa Melayu yang betul pada visual iklan papan tanda.

"Penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam perlu terus diberi perhatian yang serius.

"Di beberapa buah lokasi di Kuala Lumpur, masih ada nama bangunan, kompleks perniagaan dan taman perumahan baharu yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan malah menonjolkan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris," katanya pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan juga berkata beliau berharap DBP tidak memberi pengesahan kepada permohonan iklan yang gagal mematuhi undang-undang kecil itu selain memantau dan mengenal pasti paparan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

"Ini supaya DBP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara DBKL dan DBP mampu, pada satu hari nanti, memberikan wajah nasional kepada Kuala Lumpur," katanya. – Bernama, 28 Oktober, 2013.



P/s: Cuba dendanya dinaikkan sebanyak RM100 ribu....

Tahniah rakyat China, Korea dan Jepun kerana mengangkat dan mengutamakan bahasa sendiri dalam kehidupan. 


,

Pelajar Wanita Saudi Kempen Sokong POLIGAMI



P/s: Sesuatu yang tidak mungkin berlaku di Malaysia!


, ,

[Video] Mansuh Subsidi Gula, Taikun Gula Untung RM1 Bilion


Anwar: Mansuh Subsidi Gula, Taikun Untung RM1 Bilion

[MK] Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

'Segan' umum pengurangan subsidi minyak masak

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan supaya liberalisasi gula dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membidas berhubung pengurangan subsidi sebanyak RM505.356 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anwar mempersoalkan mengapa Najib dalam ucapan bajetnya "segan" mengumumkan kenaikan minyak masak yang hampir sama dengan pengurangan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum, bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kepada sawit yang banyak.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa, di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi," katanya.

Dengan memberi contoh, Anwar berkata negara Indonesia telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi biofeul.

"Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk mengeluarkan CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak yang bakal dinaikkan?

"Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian," katanya. - 28/10/13





, ,

[PANAS] Anwar dan Azmin Nafi Desas-Desus Guling Khalid Ibrahim


Buat Apa Saya Mahu Gulingkan Khalid, Bidas Anwar

[SH] KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar hari ini mengakui memang ada membuat teguran terhadap Abdul Khalid supaya hasil pendapatan negeri dapat ditumpukan kepada rakyat terutama di dalam bidang pendidikan dan infrastruktur, namun tidaklah sampai ke tahap mahu menggulingkan kerajaan negeri itu.

"Memang teguran dibuat walaupun tidak dalam konteks yang benar, saya puji kerajaan Pulau Pinang dan Selangor kerana pengurusan ekonomi yang baik, saya gesa kerana lebihan itu, supaya dapat menumpu kepada rakyat terutama dalam bidang pendidikan dan terutamanya dalam bidang infrastruktur.

"Itu sahaja yang saya tekankan, saya kata itu sahaja yang saya bagi contoh saya dapati Shah Alam, jalan setiap minggu saya dapat aduan, rosak dan sebagainya, jadi saya kata dekat Khalid ada pegawai bagi laporan baik (tentang keadaan jalan) tapi di jalan itu berlopak.

"Sebab itu ada orang kata Anwar mahu gulingkan, buat apa saya mahu gulingkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar juga berkata, desas-desus yang bertiup kencang kononnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu mengambil alih tampuk kerajaan negeri tidak ada dalam pengetahuannya.

"Azmin, kalau dia nak ambil alih tak kan saya tak tahu, yang tahu Utusan dan Utusan yang paling prihatin tentang masalah ini," ujarnya. -28/10/13


Azmin: Tiada sebab nak singkir Khalid Ibrahim

[MK] Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada meneruskan jawatannya bagi penggal kedua kali ini.

Malah, beliau yang juga pengerusi BBC tidak faham mengapa isu tersebut dibangkitkan semula seperti yang dilaporkan dalam media sejak akhir-akhir ini.

"Tiada sebab bagi kami (BBC) nak tukar Tan Sri Khalid. Saya tahu kamu mahu mendengar jawapan ini... Tidak ada sebab (nak tukar beliau)," katanya sambil ketawa kecil kepada pemberita di parlimen.

Menurutnya lagi, tugas BBC negeri adalah memberi idea baru berhubung langkah memajukan negeri itu dan membantu Khalid mengenalpasti serta menguruskan projek dan pembangunan yang perlu diutamakan terlebih dahulu di negeri itu.

"Kenapa isu ini dibangkitkan, kenapa kami tidak boleh beri pandangan? Dan bila dapat memo (BBC) dianggap sebagai kuasa pendesak? Kami bukan kumpulan pendesak, itu bukan tugas kami.

"Tugas kami adalah untuk memberi idea dan membantu kerajaan dan menteri besar, untuk mengimplimentasi projek di bawah. Itu yang kita cadangkan. Dalam memorandum tidak ada (berkaitan) perkara peribadi, semua isu pembangunan," katanya.

Sehubungan itu, kata Azmin, beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa akan bertemu dengan Khalid petang esok, bagi membincangkan "perkara-perkara berbangkit dan juga tidak semestinya berkaitan memorandum BBC" itu.

Semalam, Khalid dilapor menolak desas-desus bahawa jawatan yang disandangnya sejak 2008 bakal diambil alih oleh Azmin dan beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai ‘asam garam dalam dunia politik'. - 28/10/13


,

[Video] Adik Ipar Dr. Riduan Tee Maut Jatuh Kondo



[HM] Ampang: “Arwah sering ke rumah saya kerana dia sangat rapat dengan kakaknya iaitu isteri saya.

“Malah, rumah saya juga tempat pertemuan dia dan empat anaknya yang dijaga bekas suami.

“Dia mengalami tekanan jiwa kerana menghadapi masalah rumah tangga dan sudah bercerai lebih dua tahun lalu,” kata penceramah terkenal Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 46.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kematian mengejut adik iparnya Wahida Nur Akhbar, 39, yang terjatuh dari tingkat 10 kondominium miliknya di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi terbabit, mangsa ditemui telentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang dengan kesan kecederaan di kepala.

Dr Mohd Ridzuan Tee ketika ditemui Harian Metro di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya selepas solat Subuh di Masjid Kampung Melayu Ampang, di sini.

“Saya dijemput menyampaikan kuliah, tetapi sebaik mendapat berita mengejutkan itu, saya bergegas pulang ke rumah. Adik ipar saya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya menghubungi polis dan ambulans sebelum mayatnya dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat,” katanya turut memberitahu adik iparnya itu datang ke rumahnya sejak Jumaat lalu.

Katanya, sebelum kejadian, beliau keluar rumah jam 5.30 pagi untuk ke masjid berkenaan dan hanya isteri, dua anak serta mangsa tinggal di rumah.

Beliau berkata, kejadian disedari isterinya sebaik selesai solat Subuh dan mendengar dentuman kuat sebelum dia menjenguk ke balkoni mendapati mangsa terjatuh.

Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada 10 beradik itu menetap di Puchong, dekat sini dan mempunyai empat anak berusia antara 13 dan 20 tahun di bawah jagaan bekas suaminya.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR). - 28/10/13


,

3 Isteri 1 Bisnes


Tiga Isteri 1 Bisnes

[HM] Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.

“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67. 

Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40. 

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.

“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan. - 28/10/13



, ,

Ahad, 27 Oktober 2013

Amuk di Stesen LRT, Polis Dakwa Suspek Positif Dadah



[AA] KUALA LUMPUR: Pemandu van syarikat pembekal rokok yang mengamuk dan menikam mati dua orang berhampiran stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati tiga hari lepas, didapati positif dadah dalam saringan ujian air kencing.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ekstrim ajaran sesat itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis.

“Suspek akan direman sehingga 31 Oktober dan sekiranya perlu, reman akan dilanjutkan,” katanya semasa melawat keluarga salah seorang mangsa Lee Kah Ghee, semasa upacara pengkebumiannya di sini, hari ini.

Zakaria berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek.

Pada kejadianKhamislalu, lelaki yang bersenjatakan pisau itu, mengamuk hingga menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah.

Kejadian bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi apabila lelaki itu tiba-tiba mengamuk ketika menghantar rokok ke sebuah kedai berhampiran stesen LRT Gombak.

Lelaki itu menikam pemilik kedai berkenaan yang berusia 60 tahun dan pembantunya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun, menyebabkan kedua-duanya cedera parah.

Suspek kemudian meninggalkan tempat itu dengan vannya dan menuju ke Stesen Putra LRT Taman Melati, kira-kira tiga kilometer dari situ, apabila dia melanggar sebuah van lain sebelum menikam pemandunya Lee, 40, dari Taman Segambut Indah, beberapa kali di bahagian dada.

Lee meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek, yang disyaki mengalami masalah mental, kemudian terus mengamuk dengan menikam hingga mati seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun, yang cuba melarikan diri selepas keretanya dilanggar van yang dipandu lelaki berkenaan.

Menyedari lelaki itu bersenjatakan pisau, pelajar berkenaan segera keluar dari keretanya untuk melarikan diri, tetapi suspek menghalangnya dan menikamnya beberapa kali di Jalan Tumbuhan, hingga mati.

Orang ramai dapat memberkas lelaki terbabit, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor, serta merampas sebilah pisau daripadanya sebelum menghubungi pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -27/10/13



, ,

Najib: Potongan Subsidi Gula Baik untuk Kehidupan SEKS Anda...



[MK] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk menentang apa juga inisiatif kerajaan tanpa mengambil kira akibatnya, dan berkata bangkangan seumpama itu adalah tidak membina.

Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," katanya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat.

Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa hari ini yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula, Najib berkata langkah itu sememangnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi adalah penting untuk negara.

Rakyat Malaysia, tegasnya, perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka.

Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu.

"Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).

"Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan.

"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi. -26/10/13


, ,

Bahana Isteri Tersalah Curang dengan Bapa Mentua


Wanita Jalin Hubungan dengan Bapa Mentua Tanpa Disedari

[HM] Heilongjiang: Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji dengan lelaki yang hanya dikenalinya menerusi Internet.

Pergaduhan antara keluarga itu berlaku di bandar di timur laut China ini kerana kekasih gelap wanita berkenaan ialah bapa mentuanya sendiri.

Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu yang tidak disedarinya adalah bapa suaminya, Lili, 28 dan Wang Pai, 57, mengatur pertemuan di sebuah hotel.

Masing-masing tidak mengenali satu sama lain di alam maya kerana kedua-duanya menggunakan nama samaran.

Tanpa disedari, suami wanita itu yang juga anak lelaki berkenaan, Wang Jai yang mengesyaki kecurangan isterinya mengekori Lili ke hotel berkenaan.

Di situ, Wang Jai melihat isterinya memasuki sebuah kamar hotel dan menukar jubah mandi ungu sebelum menekan loceng kamar sebelah.

Apabila melihat yang bapanya sendiri membuka pintu Wang Jai hilang akal dan menyerang isteri dan juga bapanya.

Kakitangan hotel terpaksa menelefon polis bagi menghentikan pergaduhan antara anak dengan bapa itu.

Menurut Wang Pai, dia menjalinkan hubungan dengan wanita itu tanpa menyedari dia menantunya. Dia menggunakan gambarnya ketika muda sementara wanita itu mengguna gambar rakannya. 

“Kami bersetuju untuk menjalinkan hubungan asmara. Tetapi apabila membuka pintu, saya terkejut dan dia juga terperanjat. Dia berpusing dan lari ke tangga, terus kepada anak saya yang mengintip kami. 

“Suaminya menjerit seperti hilang akal dan menyerang saya.

Sementara itu, polis menahan Wang Jai selepas dia menumbuk isterinya hingga dua gigi Lili patah dan menyebabkan kecederaan kepada bapanya. -Agensi - 27/10/13


Lanjut di sini.


Sabtu, 26 Oktober 2013

GST: Kerajaan BN Tidak Berlaku Adil kepada Rakyat


[HD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2014 itu untuk menambah peruntukan kepada keselamatan, namun tidak ada sebarang langkah khusus untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa.

Beliau juga menyelar tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akhirnya akan menyusahkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

“Malaysia seperti yang kita ketahui dilabel sebagai juara dunia dalam rasuah oleh media barat dan Transparency International, persoalannya kini mengapa tidak ada inisiatif baru ke arah membendung rasuah,” katanya dipetik Roketkini.

Tambahnya, GST pula akan membebankan golongan pertengahan dan miskin negara. 

“Di Malaysia, hanya enam peratus penduduk membayar cukai dan hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya.

Katanya lagi, pelaksanaan GST jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah berlaku adil kepada rakyat malah cuba untuk menyukarkan lagi kehidupan mereka.

“Mereka bukan sahaja melaksanakan GST pada April 2015, tapi turut menghapuskan subsidi gula. Pada saya ini bukannya langkah sesuai untuk berjimat,” tegasnya.

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong pula menegaskan, GST sebenarnya tidak membantu ekonomi negara tetapi akan membawa bencana pada ekonomi.

“Belanjawan 2014 ini ternyata tidak mempunyai idea-idea baru tetapi hanya meneruskan model ekonomi yang diamalkan BN sejak dulu.

“Apa yang baru ialah GST, ia sebenarnya tidak membantu ekonomi kita secara keseluruhan, ianya akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi.

“Apabila golongan berpendapatan rendah tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli ia akan menyebabkan berlaku ‘domestic consumption’ lebih rendah dan dengan itu akan menyebabkan kemelesetan,” ujarnya yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP.

Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook pula menyatakan pelaksanaan GST sama sekali tidak diperlukan di Malaysia.

“Saya sudah menjangkakan GST akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2014, iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU), jika mereka lakukan sebelum PRU ia akan membawa masalah kepada mereka, jadi mereka laksanakan sekarang.

“Kami sudah berkali-kali menentang GST ini, ianya sama sekali tidak diperlukan. Walaupun mereka meningkatkan kutipan hasil tetapi perbelanjaan tetap terus naik.

“Saya juga tertanya mengapa tidak ada sebarang langkah diambil untuk mencegah ataupun membasmi ketirisan, pembaziran dan rasuah di dalam sistem kerajaan sedia ada,” ujarnya. - 26/10/13


, ,

[Wajib Baca dan Sebar] Bagaimana GST Akan MENYUSAHKAN Hidup Rakyat?




[Blog Dr Dzulkefly Ahmad] Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.
Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.

Apa itu cukai GST?

Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Apa bezanya SST dan GST?

Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.

Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas ‘jualan dan perkhidmatan’ tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai ‘dikecuali cukai’ (tax-exempt) atau ‘sifar-cukai’ (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.

Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan. GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.

Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.

Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas ‘Nilai Tambah’ mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.

Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.

Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.

Apakah GST akan membebankan rakyat?

Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.

Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.

Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.

Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?

Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.

Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.

Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?

Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama ‘Tolak GST 1.0’ dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.

Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.

Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau ‘low-skilled’ dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.

Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.

Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.

Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?

Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.

Walaupun GST dikatakan juga sebagai ‘Cukai Penggunaan’ atau ‘Consumption Tax’ atau siapa guna dia bayar atau ‘tak guna tak bayar’ tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.

Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau ‘Regressive’.

Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?

Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.

Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.

Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?

Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.

Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal” atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.

Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.

Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa ‘maslahah syariah’ di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras ‘mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk. -Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.


P/s: Tolong sebarkan artikel ini di laman sosial.

Like laman FB DCM di sini.



, ,

Mengapa PAS Bantah GST?





[HD] KUALA LUMPUR: Kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan pendapatan.

“Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.

“Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja,” ujarnya lagi.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah baru untuk menambahkan pendapatan negara.

Ia adalah cara mengambil duit daripada rakyat melalui cukai yang dikatakan saksama sebagai pendapatan kerajaan.

Peluasan asas cukai ini mustahak untuk Malaysia, dakwa sesetengah pihak kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini. 

PAS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, kerana rata-rata rakyat sedang membayar cukai tersembunyi tanpa diketahui mereka.

Umpamanya pembelian kereta, semua rakyat yang mempunyai kereta sudah dikenakan cukai.

Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian.

Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila GST diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada 6 peratus.

Di Singapura, kadar GST diperkenalkan pada kadar 3 peratus sebelum beransur menjadi 7 peratus.

Ada yang berkata masyarakat kampung tidak akan merasai beban daripada GST. Ingin diingatkan bahawa kebanyakan barangan yang dijual di kedai-kedai runcit di kampung datangnya juga daripada para pembekal di bandar.

Barangan itu sudahpun dikenakan GST ketika tiba di kedai runcit. Walaupun kedai runcit yang kecil itu dikecualikan daripada GST kerana tidak melepasi had minimum perolehan tertentu, barangan yang dijual kepada masyarakat kampung sudah tentunya pada harga yang lebih tinggi kerana sudah dikenakan GST oleh pembekal.

Jangan terlalu gembira dengan pengumumkan pelbagai barangan asas seperti tepung, gula, beras dan garam tidak dikenakan GST. Hakikatnya, apa-apa yang dihasilkan daripada tepung, gula, beras dan garam kepada makanan siap yang sampai ke tangan pengguna boleh dikenakan GST.

Perkara terpenting dalam perlaksanaan GST ialah penguatkuasaan, bab yang kerajaan BN terkenal sebagai kelemahannya.

Untuk memastikan GST berfungsi dengan baik yakni menjana pendapatan yang seharusnya bagi kerajaan, penguatkuasaan kepada semua yang mengenakan GST perlu dilakukan secara saksama dan adil.

PAS terbayang akan berlaku masalah di mana kedai yang tidak layak mengenakan GST, akan sengaja mengenakan GST kepada pelanggannya untuk pendapatan lebih. Lebihan wang hasil daripada peratusan tambahan GST itu pula tidak dilaporkan kepada kerajaan kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah.

Akhirnya, rakyat membayar GST ini bukan untuk pendapatan kerajaan tetapi untuk mengkayakan lagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Akibat rasuah yang berleluasa, PAS juga terbayang banyak syarikat yang terlepas daripada hukuman atau denda kerana menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang yang dikenakan kepada rakyat awam.

Sesungguhnya, dengan masalah penguatkuasaan yang lemah dan juga rasuah yang masih berleluasa, iklim Malaysia masih tidak sesuai untuk pelaksanaan GST, lebih-lebih lagi apabila BN masih berkuasa.

Lihatlah bagaimana kerajaan BN cuba untuk mengurangkan defisit negara. BN tidak mengurangkan perbelanjaan pengurusan, malah perbelanjaan pengurusan meningkat RM15.8 bilion, daripada RM201.9 bilion pada 2013 kepada RM217.7 bilion pada 2014 berbanding peningkatan pendapatan sebanyak RM15.5 bilion daripada RM208.6 bilion pada 2013 kepada RM224.1 bilion pada 2014.

Pengurangan defisit bajet sebenarnya dicapai dengan memotong peruntukan pembangunan sebanyak RM3.2 bilion daripada RM49.7 bilion pada 2013 kepada RM46.5 bilion pada 2014.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2015 di mana GST bakal dilaksanakan. Ini bermakna kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan GST untuk meningkatkan pendapatan.

Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST. Pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.

Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja. - 26/10/13


, , ,

Enggan BERASMARA Jika Jalan Tidak Diturap

Sekadar hiasan.

[HM] Bogota: Sekumpulan wanita di pekan kecil Barbacaos, barat daya Colombia dilaporkan melancarkan mogok seks kedua dalam tempoh dua tahun, menuntut agar jalan raya ke daerah terpencil mereka diturap semula.

Digelar sebagai “pergerakan silang kaki”, kumpulan wanita terbabit enggan berasmara dengan pasangan mereka hingga jalan raya yang menghubungkan pekan kecil itu ke seluruh negara diperbaiki, menurut seorang wartawan berpangkalan di Colombia, John Otis. 

Dan tindakan mereka mungkin membuahkan hasil. Akhbar tempatan melaporkan yang kerja pembinaan mula dilakukan di jalan sehala yang dalam keadaan sangat uzur itu hinggakan perjalanan ke hospital berdekatan mengambil masa 14 jam dan ramai penduduk yang sakit mati sebelum sempat tiba ke hospital. 

“Jika anda mahu menghantar satu kontena barangan Colombia ke China, kos untuk membawanya ke pelabuhan Colombia lebih mahal berbanding kos menghantar barangan itu dari pelabuhan Colombia ke China,” kata Otis.

Wanita di pekan itu pertama kali melancarkan mogok enggan berasmara dengan pasangan mereka pada 2011 sebagai membantah keadaan jalan raya yang uzur, dengan hakim Marybell Silva turut menyertai mogok itu selepas menyaksikan seorang wanita muda mati bersama anak dalam kandungannya kerana ambulans terkandas di jalan raya dan gagal tiba tepat pada waktunya di hospital. - Agensi - 26/10/13

Lanjut baca di sini.



,

Wanita JUAL Dara 12 Anak


MARGARITA (dua dari kanan) dan Daza (dua dari kiri) diiringi anggota polis untuk dibawa ke penjara.

[HM] Bogota: Seorang wanita Colombia ditahan kerana menjual dara 12 anak perempuannya, masing-masing dengan harga £125 (RM632).

Margarita de Jesus Zapata Moreno, 45, ditahan di Bogota awal minggu ini selepas seorang daripada anak perempuanya itu yang kini berusia 16 tahun hamil, kata polis.

Remaja itu berang selepas ibunya mengarahkan dia menggugurkan kandungannya.
Seorang lelaki dikenali sebagai Tito Cornelio Daza, 51, yang dilaporkan bapa kepada bayi dalam kandungan remaja terbabit turut ditahan.

Rangkaian televisyen Univision melaporkan Margarita yang mempunyai 14 anak semuanya akan menjual dara mereka sebaik masing-masing mencecah usia 12 tahun.

Dia kemudian memaksa anak-anaknya melacur diri bagi membayar bil kemudahan awam di kediamana mereka.

“Ia sungguh menyedihkan apabila seorang ibu sanggup melakukan demikian,” kata ketua polis Carlos Melendez yang menyiasat kejadian itu kepada wartawan. 

“Si ibu mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi, tetapi dia memperdaya lelaki lain agar berasmara dengan anaknya apabila mereka berusia 12 tahun,” katanya.

Margarita yang menafikan dakwaan terhadapnya berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan bersalah. 

Dia kini ditahan di penjara El Buen Pastro, manakala Daza ditahan di penjara Modelo.

Kedua-duanya dituduh mendera kanak-kanak bawah 14 tahun, selain turut memaksa mereka melacur. 

Dua lagi anaknya iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan budak perempuan berusia sembilan tahun, bagaimanapun tidak menjadi pekerja seks dan kini di bawah jagaan petugas khidmat sosial.

Anak perempuannya yang membuat laporan terhadap ibunya kini menerima bantuan psikologi dari Institut Kebajikan Keluarga Colombia. - Agensi- 26/10/13


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH