[Gambar] Khairy, Nurul Izzah Antara yang Teruja Hari Pertama Persekolahan Anak
[AA] KUALA LUMPUR: Hari ini 2 Januari merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, semestinya yang paling teruja adalah ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang baru memasuki Tahun Satu.
Kegembiraan ini terserlah bila ada di antara mereka memuatnaik gambar anak masing-masing di media sosial.
Ini termasuk ahli-ahli politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkongsi gambar hari persekolahan pertama anaknya di laman Twitternya.
Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut berkongsi gambar hari pertama persekolahan anaknya di laman Instagram beliau.
Di Instagram, selebriti- selebriti tempatan seperti Datuk Sheila Majid memuatnaik gambar anak bongsunya yang baru memasuki tahun satu.
Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah yang juga berkongsi gambar anak-anaknya yang sudah bersiap sedia mahu ke sekolah.
Di laman sosial turut trending topik mengenai hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2014 serta gambar-gambar menarik dari ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah. -Azyyati Ahmad -2/1/14
Paparan skrin lain di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.