Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Khamis, 30 April 2015

Kad Prabayar: Ahmad Maslan lwn Shabery



Isu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai telefon prabayar semakin kusut dengan kenyataan berbeza dari dua anggota Kabinet dari Umno.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyebelahi agensinya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang setuju agar kad tambah nilai tidak dinaikkan.

Menurut Shabery, syarikat telekomunikasi tidak akan kembali mengenakan harga lama seperti sebelum penguatkuasaan GST.

Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyebelahi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang menuntut agar telco mengenakan harga lama.

Menurutnya, harga tersebut telahpun ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini.

"Keputusan Kabinet pada 3 April mengatasi keputusan yang lain tentang isu kad prabayar. Tentu pihak telco sudah tahu tentang ini,” katanya di Twitter.

Dalam tulisannya itu, beliau turut memuatkan pautan laporan berhubung keputsan Kabinet bahawa harga kad prabayar tidak akan dinaikkan walau dengan pelaksanaan GST.

Shabery pula berkata, syarikat telekomunikasi tidak akan dapat menetapkan harga kembali ke paras asal, seperti diarahkan oleh Kastam.

"Bayaran kad prabayar ini juga melibatkan pembayaran melalui bank serta pembayaran secara elektronik selain ia melibatkan seramai 30,000 ejen seluruh negara.

“Perubahan perisian dan sistem perlu dilakukan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar," katanya seperti dipetik dalam laporanBernama.

Tambahnya, SKMM dan Kastam telahpun bersetuju untuk mendapatkan maklum balas pengguna berhubung pelaksanaan GST sebelum membuat keputusan lanjut.

Menurutnya, kajian itu akan siap pada minggu ini dan akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet minggu depan, laporBernama.

Tinjauan Malaysiakini awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian.

Menurut kiraan SKMM, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43.

Kastam pula mahu harga tersebut kekal pada harga lama, dengan nilai yang sama dengan harganya. -Malaysia Kini/30/4/15


Harga Minyak Kekal Tidak Berubah Bagi Mei



KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama, Khamis.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

Terdahulu, kecoh di media sosial bahawa harga minyak petrol bagi RON95 akan dinaikkan sebanyak RM0.15 sen seliter bermula 12 tengah malam, 1 Mei.

Minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.95 akan dinaikkan kepada RM2.10 seliter berikutan harga minyak dunia yang kembali pulih.

Harga runcit minyak kini bergantung kepada harga minyak mentah dunia menerusi sistem apungan selepas kerajaan menghapuskan subsidi pada Disember lalu. - Mstar/30/4/15



,

Wanita Rakam Aksi 'Jurujual' Melancap di Cheras


KUALA LUMPUR: Sama ada sengaja atau tidak, tindakan seorang lelaki dengan selamba melakukan onani di hadapan dua wanita yang didakwa berlaku di Cheras, baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam.

Menerusi gambar yang diberikan oleh pembaca yang dikenali sebagai Yee Voon Toi dipercayai salah seorang saksi kepada portal FunnyMalaysia.net, menyatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Cerdik, Cheras apabila dia dan seorang lagi rakan perempuannya berjalan ke arah kereta yang di parkir di kawasan berkenaan.

“Saya melihat lelaki itu berjalan dari jauh ke arah kami,” katanya.

Menurut Voon Toi, dia pada mulanya beranggapan bahawa lelaki tersebut ialah seorang jurujual memandangkan lelaki berkenaan berpakaian sopan dan membawa fail bersamanya.

Bagaimanapun, dia cepat menyedari tindakan tidak senonoh lelaki itu yang dilihat menutup bahagian kemaluannya mengguna fail yang dipegangnya.

Lelaki itu juga dikatakan tanpa segan silu meneruskan ‘kerjanya’ itu sambil sempat melemparkan senyuman kepada dua wanita berkenaan.

Tidak mahu melepaskan peluang, wanita itu terus bertindak mengambil telefonnya untuk merakam perbuatan jijik lelaki tersebut, tetapi lelaki itu sempat melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dirakam.- Hasimi Muhamad/Malaysian Digest/30/4/15

, ,

“Tak Setuju Hudud Bukan Bererti Anti-Islam” - LKS



Andaian sekiranya DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud maka parti itu anti-Islam, apakah lima Perdana Menteri termasuk Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir juga adalah anti-Islam?

Demikian persoalan dibangkitkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjawab tuduhan ditimbulkan pihak-pihak yang dilihat rapat dengan parti UMNO-BN dalam siri ceramah kopitiam di Johor.

“Jika begitu, ‘anti-Islam’ juga harus digelarkan kepada lima PM sebelum ini, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah termasuk UMNO sebagai ‘anti-Islam’.

“Bahkan mereka yang bekerjasama dengan UMNO pun boleh digelar sebagai ‘anti-Islam – seperti PAS yang pernah bentuk pakatan kerajaan dengan UMNO dari 1973 sehingga 1977,” kata Kit Siang.

Menurutnya gelaran ‘longgar’ itu mengakibatkan sarjana-sarjana Islam yang memiliki pandangan berlainan mengenai hudud turut menerima nasib sama digelarkan ‘anti-Islam’.

Ini kerana ramai sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju hudud dilaksanakan di negara-negara umat Islam berlandaskan ‘maqasid syariah’ dan keutamaan umat Islam.

Kit Siang turut merujuk Profesor Tariq Ramadhan yang menyeru moratorium mengenai pelaksanaan hudud.

Manakala ulama Islam di Timur Tengah secara terbuka menyifatkannya ‘Islamisasi yang tersasar ketika rakyat diminta menjalankan amanah sebelum mendapat hak yang dikatakan ‘Undang-undang Islam adalah penyatuan, sementara hudud hanya satu bahagian’.

“Mereka menjelaskan keutamaan dalam Islam adalah memenuhi keperluan manusia termasuk makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan rumah dari pada ancaman hukuman yang keras,” jelas Kit Siang.- Roketkini/30/4/15


Harga RON95 Kembali RM2.15 Mulai 1 Mei??


KUALA LUMPUR : Bermula 1 Mei (esok) harga minyak RON 95 kembali kepada harga asal berikutan harga minyak dunia sudah pulih.

Kenaikan sebanyak 20 sen menjadikan harga seliter petrol daripada RM 1.95 seliter kepada RM 2.15 seliter.

Perkara tersebut disahkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya.

Setakat ini RON 97 dan Diesel masih kekal harga sama kerana tertakluk dibawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).- Malaysian Digest/30/4/15


,

Lelaki Dijel 10 Tahun Noda Kekasih Berusia 13 Tahun


Kota Bharu: Akibat merogol kekasihnya berusia 13 tahun Februari lalu, seorang buruh dipenjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mukhtar Mat Hasan, 37, mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh ditangkap pada 5 Mac lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Lepan Kandis Pulai Chondong, Machang jam 4 pagi, 26 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh membawa kekasihnya ke rumah rakannya dan bermalam sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks jam 4 pagi, 26 Februari lalu.

Pada 2 Mac, mangsa melarikan diri pulang ke rumahnya dan memaklumkan kejadian kepada ibu bapanya yang membuat laporan di Balai Polis Pulai Chondong.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan mangsa dirogol. - Siti Nor Hidayatidayu Razali/harian Metro/30/4/15

 

, ,

Pasangan Dera & Buang Amah dalam Hutan


Foto: SH

Gombak: Sepasang suami isteri diberkas polis selepas didapati mendera teruk seorang pembantu rumah yang diambil bekerja sebelum membuang mangsa ke dalam hutan.

Pasangan majikan kejam itu dikesan membelasah mangsa berusia 23 tahun menggunakan besi dan kayu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara mangsa bekerja.

Mangsa yang berasal dari Batak, Indonesia dikatakan baru bekerja dengan pasangan majikan berusia 30-an itu di rumah mereka di Batu Caves di sini, sejak 10 Mac lalu.

Majikan mangsa yang juga seorang penjawat awam dikatakan kerap memukul mangsa sebelum ditinggalkan bersendirian di Hutan Ulu Yam di sini, pada 19 April lalu.


Mangsa ditemui orang awam dalam tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mangsa jam 9.30 pagi pada hari kejadian.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa diambil bekerja sebelum diarahkan menjaga dua anak majikannya berusia tiga tahun dan tujuh bulan.

“Mangsa mengaku dibelasah menggunakan besi oleh majikannya. Suspek kemudian menutup mata mangsa dengan kami sebelum dibawa menaiki kereta ke kawasan hutan itu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek berjaya dijejaki dan ditahan polis pada 20 April lalu.

“Suspek lelaki terbabit ditahan reman tujuh hari sehingga 28 April depan manakala suspek wanita dilepaskan dengan ikat jamin polis,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -Harian Metro/30/4/15


, , ,

1MDB: "Ke mana wang itu (RM14-20 Bilion) hilang?" - Tun M


Kerajaan Mesti Bebas Hutang - Dr Mahathir

KAJANG: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selagi pentadbiran kerajaan bebas daripada hutang.

Bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai apakah yang berlaku kepada wang dan pinjaman yang diambil oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Agenda kerajaan adalah membayar hutang. Jika kerajaan dapat menguruskan untuk bebas hutang, saya tiada masalah.

"Bagaimanapun, masalahnya adalah bukan setakat RM1 juta atau RM2 juta yang tidak dapat dikesan, tetapi dianggarkan antara RM14 bilion dan RM20 bilion.

"Ke mana wang itu hilang? Ini adalah wang rakyat dan ia akan memberikan kesan kepada kewangan negara," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib pada Selasa: "Biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku Perdana Menteri, bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula oleh menteri serta rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah. Malah, akan tetap beristiqamah dan berjuang merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara."

Bekas perdana menteri turut menggesa kerajaan supaya mendedahkan sama ada 1MDB ada memindahkan dananya ke Singapura atau tidak.

"Beliau memberi kenyataan bertulis (di Parlimen) bahawa wang itu berada di Singapura, tetapi bank negara Singapura memberi kenyataan yang bercanggah," kata Dr Mahathir.

Mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Masalan bahawa beliau tidak mempunyai perspektif yang tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Dr Mahathir berkata: "Dia jaga kewangan, tetapi dia tidak faham apa-apa tentang kewangan."

Ahmad menafikan adanya pemimpin tinggi Umno memberi amaran supaya beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung GST.

Katanya, tiada sebab untuk beliau berhenti bercakap mengenai sistem cukai itu sama ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin atau Permatang Pauh.

"Jika saya berhenti bercakap mengenai GST, kemungkinan besar pembangkang akan menang," katanya. -Rahimy Rahim/Mstar/30/4/15


, ,

Pesalah Dadah Menyanyi Sebelum Ditembak Mati



Cilacap, Indonesia: Australia bertindak memanggil balik dutanya ke Indonesia selepas lapan pesalah dadah termasuk dua rakyat negara itu dihukum mati awal pagi semalam.

Tujuh pesalah itu termasuk seorang lelaki warga tempatan ditembak mati selepas pukul 12 tengah malam di penjara pulau Nusakambangan walaupun mendapat bantahan antarabangsa.

Bagaimanapun, seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso tidak menjalani hukuman berkenaan selepas ia ditangguhkan sementara.

Lima lagi pesalah yang dihukum mati termasuklah empat warga Nigeria dan seorang warga Brazil.

Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo mengesahkan semua mereka ditembak serentak pada pukul 12.35 tengah malam (waktu tempatan) semalam oleh pasukan 13 penembak.

“Pasukan perubatan mengesahkan kematian mereka tiga minit kemudian.

“Hukuman berjalan lancar dan tiada peluru yang tersasar,” katanya.

Seorang paderi yang menyaksikan hukuman itu berkata, kesemua pesalah enggan memakai penutup mata dan menyanyi ketika ditembak.

Selepas hukuman itu dijalankan Canberra bertindak memanggil balik dutanya manakala Brazil pula menyatakan kekesalan apabila seorang warganya turut dihukum mati.

“Kami menghormati kedaulatan Indonesia tetapi kami sangat kesal dengan apa yang berlaku dan keadaan kini tidak sama seperti dahulu.

“Selepas semua penghormatan diberikan kepada keluarga Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, duta kami akan keluar dari Jakarta,” kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Chan dan Sukumaran adalah kumpulan pengedaran dadah yang dikenali sebagai Bali Nine.

Australia sebelum ini aktif melobi Jakarta supaya tidak menghukum mati dua lelaki berkenaan sejak mereka didapati bersalah oleh mahkamah hampir 10 tahun lalu.

Abbot beberapa kali merayu kepada Jakarta supaya membatalkan hukuman mati yang dianggap beliau sebagai kejam dan tidak perlu.

“Mereka menuntut belas kasihan tetapi tidak belas kasihan di sini.

“Mereka bersyukur dengan semua sokongan yang diberikan dan kami juga sentiasa bersyukur,” kata keluarga Chan dan Sukumaran.

Selepas empat jam hukuman dijalankan, lapan ambulans yang membawa keranda mengandungi mayat semua pesalah dilihat dibawa keluar dari penjara berkenaan.

Sukumaran dan Chan meminta mayat mereka dibawa pulang ke Australia untuk dikebumikan manakala seorang lelaki warga Indonesia, Zainal Abidin akan dikebumikan di bandar ini.

Dua warga Nigeria, Martin Anderson memilih untuk dikebumikan di Bekasi di Jawa Barat dan rakan senegaranya, Raheem Agbaje mahu dikebumikan di Madium, Jawa Barat.

Permintaan dua lagi warga Nigeria, Sylvester Obiekwe Nwolise dan Okwudili Oyatanze serta warga Brazil, Rodrigo Gularte tidak didedahkan. -AFP/Harian Metro/30/4/15



,

GST Kad Prabayar: Siapa Betul: SKMM atau Kastam?


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan berbeza hari ini berhubung harga baru untuk kad tambah nilai telefon.

Menurut Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, harga berkenaan akan kembali kepada harga asal sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Jumaat.

Khazali berkata, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat semalam (28 April).

"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Menurutnya, jika isian semula itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

SKMM pula dalam kenyataannya menyebut, kad isian semula akan terus dijual dengan GST.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43, katanya.

Halim berkata langkah untuk meminda harga agar kembali ke paras sebelum GST "agak mustahil".

Beliau antara lainnya memberi alasan, pihak penjual akan mengalami kerumitan kerana perlu membuat konfigurasi semula ke atas sistem.

"Bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektroini, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

“Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen pihak ketiga.

“Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara,” katanya lagi dalam kenyataan.

Tinjauan Malaysiakini awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian. -Malaysia Kini/29/4/15


, ,

Rabu, 29 April 2015

GST: “Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu" - Ahmad Maslan


'Belajar dulu sebelum kata saya bodoh'

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan laporan yang mendakwa beliau menerima arahan supaya tidak bercakap mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.

Beliau menafikan laporan berita AstroAwani hari ini yang memetik sumber mengatakan Ahmad diberi amaran supaya tidak bercakap soal GST.

Laporan itu juga menyebut, amaran diberi kerana pihak pembangkang sering memanipulasikan isu pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, mengulas perkara tersebut, Ahmad berkata, pihak pembangkang sering memainkan isu GST adalah kerana mereka takutkannya.

"Tidak ada seorang pucuk pimpinan yang memaklumkan saya tentang itu.

"Memang tiada terima sebarang amaran dari pucuk pimpinan Umno.

"(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya," kata Ahmad sambil ketawa semasa mengadakan sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Agus Yusof yang mengkritik ahli parlimen Pontian itu, Ahmad meminta supaya mereka belajar lebih lanjut mengenai GST sebelum memanggilnya "bodoh".

Katanya, selain dua tokoh akademik itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu diberitahu tentang perkara sebenar mengenai cukai GST.


"Saya berharap agar penasihat-penasihat Mahathir dan juga pelapor-pelapor kepada Tun Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.

“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri (kanan) dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.

"Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.

“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu," kata Ahmad lagi.

Sabtu lalu, Ahmad menyifatkan bekas pemimpin negara itu masih belum memahami sepenuhnya tentang GST.

Ia mengundang rasa kurang senang Mohd Asri dan Agus apabila masing-masing mengkritik kenyataan Ahmad itu di Facebook mereka.

Perkara itu berbangkit apabila bekas perdana menteri menggesa supaya dibatalkan GST dan mengatakan pegawai yang mengedalikan perkara tersebut tidak faham tentang pelaksanaan cukai itu. -Malaysia Kini/29/4/15


, ,

Raja Bomoh Bakal Diwarta Sesat - Mufti Perak


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya semalam untuk mewartakan bomoh kontroversi Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram, lapor Berita Harian.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

"Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu hari ini, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.

Harussani berkata, antara proses tersebut ialah, jawatankuasa mufti perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan ia perlu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Raja Bomoh yang berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila terlibat memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Terbaru, beliau mencetuskan kontroversi apabila menawarkan diri membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang hilang tahun lalu.

Raja Bomoh itu mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di KLIA, dengan melakukan ritual seperti yang digambarkan dalam filem P Ramlee 'Laksmana Do Re Mi' mengejutkan orang ramai hingga mengundang kritikan banyak pihak.

Ibrahim dan pembantunya datang ke KLIA pada hari pertama dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu, manakala pada hari kedua datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Meskipun menerima kecaman, Ibrahim yang didakwa bomoh terkenal di kalangan pemimpin Umno, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan upacara yang dilakukannya di KLIA itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. – The Malaysian Insider/29 April, 2015.

,

Remaja Kantoi Skodeng Isteri Orang di Tandas Masjid

Sekadar hiasan.
Kuala Terengganu: Seorang remaja lelaki terkantoi apabila dicekup ketika mengintai seorang wanita di dalam tandas dalam kejadian di Masjid Kampung Bukit Tok Beng, di sini, Ahad lalu.

Tabiat buruk remaja berusia 18 tahun itu dikesan seorang lelaki ketika menemani isterinya yang masuk ke tandas masjid berkenaan jam 1.30 petang.

Suspek dari Kampung Manir, di sini, dikatakan mengintai mangsa berusia 21 tahun yang masuk ke tandas di masjid itu tanpa menyedari perlakuannya itu diperhatikan lelaki terbabit yang menunggu isterinya di luar bilik air.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya yang berusia 26 tahun dikatakan berhenti di masjid berkenaan kerana mahu menunaikan solat Zuhur. -Zaid Salim/Harian Metro/29/4/15


,

Cermin Gelap: Enam Bulan Sudah Cukup - JPJ


Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan cermin gelap bermula Jumaat ini selepas tempoh enam bulan diberi sudah mencukupi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak-ansur terhadap pemandu yang gagal mengikut piawaian cermin gelap apabila operasi bermula kelak.

“Tempoh enam bulan yang diberi adalah mencukupi dan tiada lagi alasan selepas tarikh penguatkuasaan bermula Jumaat ini.

“Bermula Jumaat ini, pemilik yang gagal mematuhi peraturan ini akan disaman mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 mengikuti piawaian penggunaan cermin gelap yang ditetapkan JPJ,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya sepatutnya memulakan penguatkuasaan bermula 1 November tahun lalu, namun memberi kelonggaran selepas mengkaji pelbagai sudut keperluan sebelum ditangguhkan kepada 1 Mei ini. - Suraya Roslan/harian Metro/29/4/15


,

Boikot PKR: Yusni Mat Piah Mengalah, Akur Arahan PAS Pusat



KEPALA BATAS: Konflik berpanjangan antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang berakhir apabila kini Dewan Pemuda PAS negeri membuat 'pusingan U' berhubung pendirian mereka untuk mempertahankan hudud.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya akur dengan arahan PAS Pusat untuk membantu parti sekutunya itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Kami sebulat suara akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Markas PAS Pulau Pinang di sini, Rabu.

Bagaimanapun dalam masa yang sama Mohd Yusni berkata, Pemuda PAS Pulau Pinang dengan pendirian untuk menuntut permohonan maaf daripada Angkatang Muda Keadilan (AMK) berhubung kenyataan menghina terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Februari lalu.


Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Ditanya mengapa tidak terus mempertahankan pendirian tegasnya sebelum ini, Mohd Yusni berkata keputusan terbaharu itu dibuat kerana tidak mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

"Kita membuat keputusan supaya kerusi ini harus dipertahankan dan kekal milik Pakatan Rakyat," katanya. -Ariffudin Ishak/Mstar/29/4/15

Bekas Banduan Cerita Kehidupan Anwar di Penjara



PETALING JAYA : Seorang bekas banduan telah tampil menceritakan kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49, berkata kehadiran Anwar membuka lembaran baharu kepada penghuni di penjara itu.

Sulaiman dalam temubual eksklusif bersama KeadilanDaily berkata, Anwar banyak menghabiskan masa mentelaah buku agama dan membaca al-Quran.

“Anwar turut mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas penjara serta menyampaikan tazkirah selepas solat,” katanya.

Katanya, Ketua Umum PKR itu tidak pernah menyentuh isu politik sebaliknya takzirah tentang nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik serta berguna kepada manusia lain.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya. 
Sulaiman berkata, kali pertama melihat sel yang didiami Anwar, dia sayu dan sedih. 
“Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara amat menyeksakan bagi individu seusia Anwar yang turut menderita sakit belakang.

Katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur dipercayai diberikan selepas peguam membuat bantahan.

“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas untuk baring. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” katanya.

Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara.

Sulaiman berkata, dia juga sempat mencatatkan puisi yang dibacakan oleh Anwar. 
Sulaiman baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara enam bulan kerana memiliki barang curi.

Dia mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.-FMT/28/4/15


, ,

[Gambar] Indonesia Laksana Hukuman Mati terhadap 7 Pesalah Dadah



CILICAP (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah, termasuk dua rakyat Australia oleh skuad penembak khas meskipun mencetuskan kemarahan dan tentangan antarabangsa.

Tujuh yang dihukum mati itu termasuk seorang pesalah lelaki tempatan yang menjalani hukuman selepas tengah malam di sebuah penjara yang berciri keselamatan tinggi, demikian lapor MetroTV dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, hukuman terhadap seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso, ditangguhkan selepas seseorang disyaki merekrutnya menjadi keldai dadah dengan membawa masuk dadah ke Indonesia.

"Keajaiban akhirnya menjelma," kata emak Celia kepada stesen radio Filipina sambil memberitahu dua anak Mary menjerit dan berkata: "Ya, ya mama masih hidup."

Berbeza keadaannya di Australia apabila terkejut dan marah dengan perintah hukuman mati yang dijatuhi ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran yang dikenali sebagai rangkaian geng pengedar heroin dadah "Bali Nine".

Pertikaian hukuman ke atas kes dadah berkenaan mencetuskan mendapat kekeruhan hubungan diplomatik antara kerajaan Australia dan Indonesia.

Seorang lagi warga asing yang dihukum mati hari ini di Penjara Pulau Nusakambangan, tengah Bali ialah seorang warga Brazil dan empat dari Afrika.- AFP/Berita Harian/29/4/15



Berkaitan:

Indonesia Laksana Hukuman Mati Lapan Pesalah Dadah


Gambar fail pada 8 Oktober 2010 menunjukkan dua warga Australia, Andrew Chan (kanan) dan Myuran Sukumaran (tengah) bercakap dengan peguam mereka dari sel penjara di Mahkamah Daerah Denpasar di Bali, Indonesia. Foto EPA

JAKARTA: Walaupun mendapat tekanan daripada pihak antarabangsa, Kerajaan Indonesia terus melaksanakan hukuman mati terhadap lapan banduan termasuk seorang rakyat tempatan kerana kesalahan menyeludup dadah, di penjara Pulau Nusakambangan dekat Jawa Tengah, awal pagi Rabu.

"Kita telah menjalankan hukuman mati," kata seorang pegawai Pejabat Peguam Negara (AGO) kepada pemberita.

Kelapan-lapan mereka merupakan warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, warga Brazil, Rodrigo Gularte, rakyat Nigeria Sylvester Obiekwe Nwolise, Raheem Agbaje Salami dan Okwudili Oyatanze serta Martin Anderson dari Ghana.

Seorang lagi merupakan warga tempatan, Zainal Abidin.

Sementara itu, seorang warga Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso terselamat daripada dikenakan hukuman mati selepas seorang wanita yang didakwa merekrutnya untuk membawa masuk dadah tampil menyerahkan diri kepada pihak polis pada Selasa.

Jurucakap AGO, Tony Spontana berkata, kerajaan bersetuju dengan permintaan yang dikemukakan oleh dua warga Australia yang dikenakan hukuman mati supaya jasad mereka dibawa pulang ke Australia untuk pengebumian.

Seorang anggota Polis Cilacap berkata, selepas hukuman mati dilaksanakan, upacara sembahyang dilakukan terhadap setiap pesalah mengikut kepercayaan agama masing-masing.

"Proses hukuman mati berjalan lancar, tanpa sebarang gangguan," katanya.

AGO menegaskan bahawa hukuman mati itu dilaksanakan selepas ia mendengar kesemua permintaan terakhir daripada kelapan-lapan banduan.

Hukuman mati itu merupakan pelaksanaan yang kedua dijalankan selepas yang pertama pada 18 Januari lalu, melibatkan enam banduan dari Indonesia, Belanda, Brazil, Nigeria, Vietnam dan Malawi.

Kesemua mereka menjalankan hukuman tembak. - Jakarta Post/Asia News Network/Mstar/29/4/15


ngah Bali ialah seorang warga Brazil dan empat dari Afrika. - AFP

,

Isteri ‘Lelaki Berpengaruh’ Beri Chong Wei Kapsul Bahan Terlarang - Laporan


Dadah anti-radang dexamethasone yang diharamkan ditemui di dalam kapsul Cordyceps yang diambil oleh jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei yang diterimanya daripada isteri seorang "lelaki yang sangat berpengaruh di Malaysia", menurut laporan panel 3 anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut laporan itu, kira-kira pada 2007 atau 2008, wanita yang tidak dinamakan itu mula memberi Lee sedikit cordyceps tulen dari bekalannya sendiri yang dibelinya dalam bentuk mentah, dijadikannya serbuk dan dikapsulkan di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

Susulan itu, dia mula menghantar kapsul Cordyceps itu secara tetap kepada Lee sebagai hadiah.

"Atlet itu (Lee) tidak mahu memberitahu nama wanita itu kerana bimbang dia akan menerima akibatnya, sekiranya dia dikaitkan dengan kes dadah," menurut laporan 13 muka surat yang ditandatangani pengerusi panel Rune B. Hansen.

Laporan itu bagaimanapun berkata, Lee mendedahkan nama wanita tersebut pada satu sesi pendengaran tertutup bersama hanya 3 orang ahli panel itu, yang turut dihadiri peguam Malaysia.

"Pada pendapat panel, ini mengukuhkan lagi kebolehpercayaan beliau," kata laporan itu.

Menurut laporan itu, seorang peguam, Song Wei Kar, pada Mac tahun lepas melawat kedai di Kuala Lumpur itu di mana wanita itu menjadikan serbuk dan menkapsulkan Cordyceps mentahnya.

Pemilik kedai itu mengesahkan kepada Song yang dia memproses Cordyceps tulen itu seperti dikatakan.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan kenyataan kerana bimbang ia akan menjejaskan perniagaannya.

Menurut laporan itu, tuan punya kedai itu mengakui proses yang dilakukan ke atas Cordyceps tu melibatkan kemungkinan risiko pencemaran.

Lee memberitahu panel anti-doping itu beliau makan 2 kapsul Cordyceps setiap pagi pada bulan Ogos 2014, termasuk pada pagi berlangsungnya perlawanan separuh akhir Kejohanan Dunia BWF.

"Bagaimana pencemaran itu berlaku tidak diketahui dengan pasti, tetapi kemungkinan besar ia berlaku semasa proses pengisaran Cordyceps mentah itu menjadi serbuk dan semasa ia diletakkan ke dalam kapsul gelatin di kedai di Kuala Lumpur itu," kata laporan itu.

Analisis makmal juga mendapati kehadiran dexamethasone "dalam dan/atau pada sarung salah satu daripada 2 kapsul" yang masih tinggal dalam bekas yang digunakan Lee dari Ogos 2014 itu, kata laporan itu.

Panel itu berpendapat, kemungkinan yang paling besar menyebabkan ujian ke atas Lee positif untuk dadah anti-radang itu ialah kerana dia memakan kapsul Cordyceps itu dan sarung gelatin kapsul itu tercemar.

Laporan itu juga berkata Lee mula mengambil makanan tambahan Cordyceps pada atau sekitar 1995 pada usianya 13 tahun kerana ibunya percaya ia bermanfaat untuk kesihatan.

Apabila beliau berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000, ibunya selalu menumbuk Cordyceps menjadikannya serbuk dan memasukkan ke dalam kapsul gelatin.

Lee dan atlet lain juga dibekalkan dengan makanan tambahan Cordyceps oleh Institut Sukan Negara (ISN) dari tahun 2005 hingga 2008.

Kemudiannya, apabila dia mula mengambil kapsul yang diberikan wanita yang tidak dinamakan itu, pakar nutrisi sukan di ISN memberitahunya ia selamat digunakan kerana Cordyceps ialah produk berasaskan makanan.

Mengumumkan dapatan panel itu pada 27 April, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kapsul Cordyceps yang mengandungi dexamethasone menjadi punca utama kepada penggantungan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Lee digantung 8 bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas. Bagaimanapun, hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini.

Panel BWF yang menjalankan perbicaraan itu mendapati Lee secara "tidak sengaja" mengambil dexamethasone itu.

Ia berpuas hati yang Lee tidak berniat menipu, setelah meneliti keterangan yang diberikan pada pendengaran yang diadakan di Belanda pada 11 April.

"Panel yakin ia bukan kes dadah dengan niat untuk menipu," ia membuat kesimpulan.

Bagaimanapun, panel itu mendapati Lee cuai dalam menerima dan mengambil kapsul yang "diberikan kepadanya dalam bekas yang tidak berlabel atau mempunyai deskripsi," kata laporan itu.

"Lee merupakan atlet terkemuka dunia selama hampir 10 tahun. Bagi atlet dalam kedudukan yang begitu tinggi, beliau seharusnya sangat berhati-hati mengelak kecuaian.

"Dengan menerima kapsul Cordyceps itu, Lee mendedahkan dirinya sepenuhnya kepada risiko yang tidak perlu, dengan memakan bahan terlarang selama bertahun, tidak kira sama ada sumbernya ialah Cordyceps itu sendiri atau kapsul gelatin itu," kata laporan itu.

Lee, 32, menerima kehadiran dexamethasone dalam sampel beliau dan hakikat yang ia suatu pelanggaran anti-doping.

Pemenang 2 kali pingat perak Olimpik itu kini dapat meneruskan kerjayanya dan berharap dapat beraksi pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun depan. – V Anbalagan/The Malaysian Insider/29 April, 2015.

Selasa, 28 April 2015

Dr Maza Perjelas Isu Suami Rogol Isteri



KUALA LUMPUR: Dalam hubungan rumah tangga, suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing termasuklah dalam memenuhi tuntutan nafsu seks pasangan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menerusi catatan terbaharunya di laman sosial Facebook menjelaskan isu yang dibangkitkan segelintir pihak baru-baru ini membabitkan istilah rogol oleh suami terhadap isteri.

Merujuk kepada beberapa contoh mengikut al-Quran dan juga pandangan ulama, Dr Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza menyatakan Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks pasangannya.

Jelasnya, adalah berdosa sekiranya kedua pasangan enggan melakukan persetubuhan tanpa sebab yang munasabah dan tidak diterima.

“Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain.

“Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19).

“Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam.

"Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak,” katanya yang dipetik dalam entri tersebut.

Tambahnya, memetik pandapat saujana yang berbincang mengenai hukum ‘azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) sebagai berkata:

“Walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan.

“Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumah tangga,” jelasnya.

Bagaimanapun, isteri berhak menghalang suami daripada melakukan seks dengannya sekiranya mendatangkan kemudaratan atas beberapa sebab yang memberi kesan kepada pasangannnya.

“Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap Aids dan penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.

“Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya,” tambahnya.

Merujuk kenyataan seorang ahli akademik Dr Farouk Musa semalam sebagai berkata, apa-apa paksaan tanpa izin isteri adalah satu serangan terhadap wanita dan jika paksaan (hubungan seks) tersebut adalah tanpa izin, maka ia adalah rogol

Bagaimanapun, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan tiada istilah rogol terhadap pasangan yang telah berkahwin dalam Islam kerana suami mempunyai hak ke atas isterinya. - Hasimi Muhamad/Malaysian Digest/28/4/15

Artikel asal Dr. MAZA:



Persana Avril Sollunda Didakwa Berbogel di Petaling Street


KUALA LUMPUR: Seorang model sambilan yang terbabit dalam insiden membuka pakaian di Petaling Street minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Persana Avril Sollunda, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mahkamah menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh melantik peguam.- Berita Harian/28/4/15

,

Isnin, 27 April 2015

Diana, Charles Ada Anak Rahsia?


Los Angeles: Sebuah majalah Amerika Syarikat membuat laporan mengejutkan apabila mendakwa Putera Charles dan Diana mempunyai anak rahsia dan Kate Middleton mengadakan pertemuan dengannya ketika melawat New York tidak lama dulu.

Anak pempuan berkenaan dikatakan bernama Sarah dan kini berusia 33 tahun. Dia didakwa lahir menerusi ibu tumpang sebelum Diana melahirkan William dan Harry.

Majalah itu melaporkan, Sarah kini tinggal bersembunyi di New England kerana bimbang mengenai keselamatannya berikutan kematian Diana dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997.

Menurut majalah itu, dia menemui isteri William, Kate, dalam satu pertemuan sulit ketika Kate dan William mengunjungi New York.

Majalah Globe mendakwa Sarah dilahirkan selepas Diana menjalani ujian ginekologi pada usia 19 tahun sebelum berkahwin dengan Charles.

Dalam laporan pelik itu, majalah berkenaan juga mendakwa, ketika pemeriksaan dijalankan, telur diambil dan kemudian disatukan dengan sperma Charles sebelum disimpan.

Seorang doktor dikatakan mengambil satu daripadanya dan memindahkannya kepada isterinya.

Laporan itu menarik perhatian media dunia.

Namun, ini bukan kali pertama majalah Amerika Syarikat menyiarkan cerita liar mengenai kerabat diraja Britain.

Ada yang melaporkan tahun lalu bahawa Kate dan William sudah mempunyai anak kedua.

Pada 2012, majalah Globe dikecam kerana menyiarkan di muka depan mendakwa Ratu Elizabeth nazak dan isteri baru Charles, Camilla merancang untuk mengambil alih takhta. -Agensi/Harian Metro/27/4/15


‘Abang Selimut’ Cuba Selamatkan Gadis



Beifang: Puluhan pelajar lelaki sebuah universiti di wilayah autonomi Ningxia Hui di barat laut China membentuk jaring keselamatan dengan menggunakan selimut untuk menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurut laporan, pelajar perempuan berkenaan itu dilihat bersiap sedia untuk terjun dari bumbung bangunan di Universiti Beifang.

Seorang pelajar, Zhang Ming berkata, sebaik mengetahui mengenai perkara itu, pelajar lelaki mengalihkan basikal yang diletak dibawah bangunan berkenaan dan dengan pantas merentangkan 20 selimut.

Mereka berdiri di situ dengan harapan dapat menyelamatkan pelajar perempuan itu jika ia terjun.

Bagaimanapun, seorang guru dengan bantuan bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengheret pelajar terbabit dari bumbung bangunan.

Pelajar itu dikatakan baru memasuki universiti berkenaan dan tertekan kerana putus cinta.

Pengguna laman sosial China memuji tindakan pantas pelajar lelaki berkenaan dan menggelar mereka ‘abang selimut.’ -Harian Metro/27/4/15


Negara Baharu Diisytihar di Eropah



Zagreb: Seorang lelaki kelmarin mengisytiharkan sebuah negara baru di Eropah dengan jumlah penduduk seramai 160,000 orang.

Vit Jedlicka juga mengisytiharkan dirinya presiden pertama Liberland, negara yang ditubuhkan di kawasan yang menjadi pertikaian antara Serbia dengan Croatia.

Menurutnya, dia berjaya meyakinkan 160,000 orang untuk bergabung dengannya dan membentuk negara itu yang terletak berhampiran Sungai Danube.

Pendaftaran untuk menjadi ibu negara baru itu dibuat menerusi laman web Jedlicka, liberland.org.


Bagaimanapun, apabila wartawan Croatia cuba melawat negara yang seluas tujuh kilometer itu, mereka dilarang oleh polis sempadan Croatia.

Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana ‘Presiden Jedlicka’ berjaya memasuki kawasan itu dan merakam gambarnya mengibarkan bendera negara baru itu.

Gambar berkenaan menghiasi laman webnya. - Agensi/Harian Metro/27/4/15



, ,

Kes Cabul: Bomoh Sentuh Kemaluan Pesakit Guna Pisau



ALOR SETAR - Seorang bomoh tergamak mengambil kesempatan mencabul seorang pesakitnya menggunakan pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata, mangsa seorang perempuan Melayu berumur dalam lingkungan 20-an.

Menurutnya, wanita itu yang bekerja sebagai kerani swasta dari Jitra bersama-sama ibu serta ahli keluarganya pergi ke sebuah rumah flat di kawasan Alor Setar pada Ahad lalu kira-kira jam 8.30 malam.

“Tujuannya untuk berubat secara tradisional kerana ahli keluarganya mendakwa mangsa kena sihir.

“Semasa proses perubatan dijalankan, mangsa mendakwa bomoh berkenaan meletak keris berdekatan kemaluan dan buah dadanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, kelmarin.

Mohd Nashir berkata, bomoh itu juga didakwa meraba-raba di merata tubuhnya walaupun tidak disukai mangsa.

“Bomoh itu juga menyentuh kemaluan wanita terbabit dengan menggunakan pisau.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar pada Rabu lalu sekitar jam 9 malam,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pada jam 5.15 petang semalam seorang lelaki Melayu berumur dalam pertengahan 50-an ditangkap polis di rumahnya di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya. -Sinar Harian Online/27/4/15


,

Wanita Tanggal Pakaian di Jalan Petaling Positif Dadah



PETALING JAYA: Wanita yang bertindak menanggalkan pakaiannya di Petaling Street, Kuala Lumpur didapati positif methamphetamine, menurut polis, Ahad.

"Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek yang ditahan berikutan laporan kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, dan air kencingnya didapati positif methamphetamine," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah.

Beliau berkata suspek adalah seorang pekerja spa berusia 32 tahun di Kuala Lumpur.

Pada Sabtu, polis menahan seorang wanita dari Sabah, yang mana videonya dengan aksi pergaduhan, menanggalkan baju dan coli serta kemudian berjalan di kawasan pelancongan yang popular, Petaling Street tersebar di internet.

Zainol mengesahkan bahawa wanita itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dalam video itu, beliau telah dilihat bertengkar dengan seorang wanita lain dan kemudian bertindak menanggalkan pakaian yang dipakainya.

Kejadian itu berlaku pada jam 4.30 petang Khamis.

"Dia makan di sebuah restoran di Jalan Petaling dan tidak mahu membayar makananannya," kata Zainol.

Beliau berkata, wanita itu mungkin mabuk kerana dia telah minum dua botol bir di restoran tersebut.

"Dia dimarahi pemilik dan mengejeknya," katanya sambil menambah pemilik restoran itu tidak membuat laporan polis.

Wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar bil berjumlah RM18.

Dia berkunjung ke restoran nasi ayam dengan seorang lelaki, menurut saksi. -Tan Yi Liang/MStar/27/4/15


,

Pelacur Bawah Umur Hamil 6 Bulan Dipaksa Layan 3 Pelanggan

Sekadar hiasan.

Pasukan Siasatan Jenayah Kanak-kanak dan Wanita Polis Metro Jakarta membongkar sindiket pelacuran remaja bawah umur secara dalam talian yang bergiat aktif di sebuah kondominium di kawasan Kalibata di Jakarta Selatan.

Akhbar tempatan Koran Tempo memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya Heru Pranoto sebagai berkata polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi 'bapa ayam' dan berjaya menyelamatkan enam remaja perempuan yang dijadikan pelacur itu.

Katanya polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk kad akses ke kondominium dan telefon bimbit milik lelaki terbabit yang dipercayai membuat tawaran perkhidmatan pelacuran secara dalam talian itu.

"Sindiket pelacuran secara dalam talian itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lepas dan polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk beberapa laman sesawang dan laman sosial Twitter dan Facebook," katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu masing-masing berumur antara 14 dan 19 tahun.

"Seorang daripada mangsa didapati hamil enam bulan tetapi remaja itu masih dipaksa melayan sehingga tiga pelanggan sehari," kata Heru.

Sementara itu, akhbar itu turut melaporkan kesemua enam mangsa sindiket pelacuran itu kini diberi perlindungan sosial bagi membantu siasatan.

Polis berkata kesemua wanita dan kanak-kanak itu akan menjalani pemulihan akhlak supaya tidak lagi menjadi pekerja seks.

Kegiatan perkhidmatan pelacuran dalam talian menjadi perhatian di negara ini ekoran kes seorang wanita muda yang menjalankan aktiviti tidak sihat itu maut akibat dibunuh oleh pelanggan di dalam sebuah bilik sewanya di Jakarta Selatan baru-baru ini.- Bernama/27/4/15


, ,

PAS Berpecah Selepas ‘Ulama Muda’ Mahu Kuasai Parti - Bekas Naib Presiden PAS



Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini.

Ahmad yang sudah mendapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya menguasai parti selepas berada dalam keadaan kukuh hasil kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP.

"Jadi maknanya, punca kepada perkara ini antaranya ada golongan terbaru ini (ulama muda), kerana mereka sekarang merasakan mereka yang sepatutnya patut menguasai parti sebab PAS sudah ke depan dan berada di persada politik tanah air," katanya dalam satu forum yang diadakan di Ampang, Selangor malam tadi. Beliau turut merasmikan buku "Melakar Agenda", tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

Menurut Ahmad, kumpulan ini juga menentang kuat kerjasama PAS dengan PR kerana mereka mungkin tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Mereka ini mendapat nikmat hasil kemenangan Pakatan tapi bagi saya mereka ini terlupa kemenangan ini sebab ada Pakatan," katanya.

Memberikan contoh kemenangan PAS di Selangor, Ahmad berkata mustahil untuk parti Islam itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika tanpa kerjasama PR.

"Kalau PAS sahaja bertanding secara sendirian saya tidak percaya PAS boleh dapat 15 DUN di Selangor ini," katanya.

Beliau juga mengkritik kumpulan ulama muda ini yang disifatkannya lupa daratan kerana tanpa PR, kejayaan PAS tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang.

"Kalau masa tidak ada peluang menang dahulu, ustaz-ustaz ini kalau ditawar jadi calon pun, belum pasti sanggup bertanding.

"Sekarang ini, masing-masing nak jadi calon pasal nikmat, berebut nak pegang jawatan di peringkat kawasan dan negeri," katanya.

Ahmad juga mempersoalkan kumpulan ulama muda kerana mudah memberi label seperti liberal atau sekular kepada individu tertentu walhal mereka tidak pernah memahami istilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi pemimpin PAS sebelum dapat mengecap kejayaan sekarang ini.

"Orang-orang ini tidak pernah berasa susah, bila mereka balik sudah lihat semua sudah mudah dan bercahaya, orang dahulu seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ), Dr Hatta (Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli), Saari Sungib (Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang), mereka ini semua masuk penjara," katanya.

Sebelum ini, Ahmad juga pernah membangkitkan mengenai serangan ke atas Mohamad yang dibuat melalui baju-T dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

Ahmad juga menegaskan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya, Hadi.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

PAS pada ketika ini dilanda kemelut dalaman akibat perbezaan pendapat sama ada mahu bersama atau meninggalkan PR. Selain itu, presiden PAS sering kali melakukan tindakan yang menentang parti PR seperti DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil DUN Kajang.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (kiri), Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib (kanan) ketika pelancaran buku ‘Melakar Agenda’ di Ampang, Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (kiri), Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib (kanan) ketika pelancaran buku ‘Melakar Agenda’ di Ampang, Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS terutama Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam PR.

Ahmad masih belum membuat keputusan untuk melawan Hadi, tetapi sekiranya berlaku pertandingan beliau mengharapkan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Ahmad juga dilihat sebagai seorang tokoh ulama yang perlu diketengahkan. – Md Izwan/The Malaysian Insider/27 April, 2015.

Ahad, 26 April 2015

[Video] Tunjuk Jari Hantu, Lelaki Ditendang Monyet



Seorang lelaki mungkin tidak akan melupakan reaksi seekor monyet apabila dia menunjukkan jari hantunya ke arah monyet tersebut. 

Seolah-olah memahami simbol jari hantu yang dituju kepadanya, seekor monyet bertindak menendang seorang pemuda sehingga menyebabkannya jatuh.

 Pemuda itu kemudiannya bingkas bangun dan bergegas meninggalkan tempat itu dalam keadaan terkejut.

Moralnya, jangan sangka haiwan boleh kita permainkan atau perlekehkan sesuka hati tanpa menyedari bahawa makhluk Allah ini mungkin memahami tindakan negatif terhadap mereka. -DCM

, ,

Mangsa Rogol Bapa Kandung: 'Ibu..maafkan kakak'



PASIR GUDANG - “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.

Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.

“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.

“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.

“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.

Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.

“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.

“Maafkan kakak ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.

Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya. -Sinar Harian Online/26/4/15


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH