Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

Khamis, 31 Disember 2015

‘Telefon Bimbit Kuno’ Cetus Spekulasi



Vienna – Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.

Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” – Agensi/myMetro Online/31/12/15

, ,

Ahad, 27 Disember 2015

DAP Tarik Balik Kenyataan, Sokong Perjuangan Rakyat Palestin



DAP Perak menarik balik kenyataan sayap Pemudanya semalam yang membantah tindakan Putrajaya akhirnya menyebabkan peserta Israel menarik diri daripada bertanding dalam kejohanan luncur angin di Langkawi.

Setiausaha Organisasi Pemuda DAP Perak merangkap ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP negeri itu Chong Zhemin, membuat keputusan itu dalam satu kenyataan hari ini susulan kecaman rakan pembangkang, khususnya Parti Amanah Negara dan PAS.

"Saya menyesali kenyataan saya mengenai sekatan atlet Israel ke negara Malaysia diputarbelitkan pihak tertentu yang saya berpihak kepada Israel.

"Oleh kerana kenyataan tersebut menimbulkan kekeliruan mengenai pendirian saya terhadap perjuangan rakyat Palestin dan rejim Israel, saya ingin menarik balik kenyataan tersebut.

"Saya ingin menegaskan pendirian saya menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman dan kezaliman rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan. – The Malaysian Insider/27 Disember, 2015.

Berkaitan:

PENDIRIAN DAPSY PERAK

27hb disember 2015 | Ipoh

Howard Lee Chuan How | Ketua DAPSY Perak

Merujuk kepada kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Sdr Chong Zhe Min berkaitan dengan sekatan atlet dari Israel, selaku ketua DAPSY negeri Perak, saya secara tegas menyatakan bahawa isi kandungannya tidak mencerminkan pendirian DAPSY Perak, mahupun DAPSY mana mana peringkat.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah pendirian peribadi Sdr Chong, dan tidak pernah diperbincangkan mahupun dipersetujui di mana-mana peringkat DAPSY, khususnya di peringkat negeri Perak.

Pendirian rasmi DAPSY perak adalah selaras dan konsisten dengan DAP. Kami membantah dan mengecam segala keganasan yang dilakukan oleh pemerintah Israel terhadap musuhnya, khususnya Palestine.

Kami menghulurkan tangan solidariti kepada rakan rakan Palestine dulu dan kini, dan akan terus berkerjasama dengan parti parti rakan DAPSY di Palestine, menentang segala ancaman dan penindasan hak asasi manusia yang telah menjadi lumrah dan fitrah pemerintah Israel.

,

Selepas Berdekad Bermusuhan, Ahli PAS Sedia Kerjasama dengan Umno


Ahli PAS bersedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu.

Bagaimanapun, ada sesetengah masih curiga dengan tawaran perdamaian Umno dan bimbang PAS akan sekali lagi terjatuh ke dalam perangkap musuh lamanya yang kini semakin terdesak.

Walaupun ada penganalisis berpendapat kerjasama antara parti itu tidak lebih daripada sekadar memanjangkan jangka hayat kedua-duanya yang sedang tenat, ahli PAS melihatnya sebagai cara menyatukan hubungan masyarakat Melayu Islam negara ini.

Mohd Monier Mat Din, ahli PAS dari Baling, Kedah, mengalu-alukan idea memperbaiki hubungan dengan Umno.

Walaupun menyedari kebimbangan yang wujud di kalangan ramai rakan parti terhadap musuh lama mereka itu, bagi Monier, PAS bertanggungjawab menerima salam silaturahim Umno, walau apa pun risikonya.

“Kerja PAS ialah berdakwah walaupun kepada orang jahat. Tetapi sekiranya orang jahat itu mengkhianati kita lagi, apa kita boleh buat? Sejahat mana pun Umno, mereka masih orang Islam.”

Ramlan Samiran dari Batu Pahat, Johor, juga menyuarakan sentimen perpaduan Melayu-Islam, mengatakan PAS perlu memaafkan kesilapan silam Umno dan melupakan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.

“PAS membenci Umno tetapi sekiranya Umno bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,kita perlu menerima mereka,” kata Ramlan.

Enam dekad permusuhan

Dua parti itu bersaing untuk mendapatkan undi orang Melayu dan menjadi suara mewakili masyarakat Melayu Islam sejak PAS ditubuhkan pada 1951.

PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1974 atas undangan Umno. Hubungan antara mereka terputus pada 1977 apabila PAS meninggalkan BN. Ia juga hilang kawalan atas kerajaan Kelantan.

Pengalaman pahit itu menyebabkan beberapa pemimpin PAS seperti allahyarham mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan parti Islam itu tidak akan bekerjasama lagi dengan Umno.

Hubungan kedua-dua parti kembali baik apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai PAS.

Pada 18 Disember, Hadi berkongsi pentas dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bekas pelajar Universiti Al Azhar di mana sekali lagi Najib menyuarakan tawaran perdamaian kepada PAS.

Penganalisis seperti Mohd Hisomuddin Bakar dari Ilham Center berkata, kehadiran Hadi ialah petanda jelas parti Islam itu mungkin akan berdamai dengan musuh lamanya.

Terutama sekali selepas PAS tidak termasuk dalam pakatan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Isu kepercayaan

Semua yang ditemuramah menyuarakan kepercayaan kepimpinan parti, terutama sekali presiden dan majlis syura ulama membuat keputusan terbaik dengan kembali bekerjasama dengan Umno.

Walaupun hakikatnya, sebilangan pemimpin ini menyaksikan sendiri bagaimana Umno mengkhianati mereka di penghujung 1970-an.

“Kami tahu pemimpin yang kami pilih serta para ulama lebih berpengetahuan dan berpengalaman berbanding kami dalam hal ini dan mereka akan melakukan keputusan yang tepat untuk parti,” kata Mohamad Shamsuri Mohamad Hussin dari Maran, Pahang.

Mereka juga mengulangi kenyataan Hadi sebelum ini, PAS bersedia bekerja dengan Umno dan menasihati mereka tentang bagaimana mentadbir negara berdasarkan prinsip Islam.

“PAS boleh menjadi ‘check and balance’ kepada Umno dan mengawalnya daripada korupsi dan salahguna kuasa,” kata Ramlan dari Batu Pahat.

“Kami di sini bukan untuk memerintah, kami di sini untuk menasihati Umno,” kata Monier dari Baling, mengulangi kata-kata presiden parti. 

Ahli parti lain seperti Mohamad Zahar dari Kuala Lumpur, bagaimanapun, mempersoalkan sama ada Umno benar-benar ikhlas atau ia sekadar cubaan menyelamatkan parti Melayu itu.

“Umno dipenuhi skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dan rungutan rakyat tentang ekonomi,” kata Zahar yang tidak mahu mendedahkan nama penuhnya.

“Jadi kini, tiba-tiba kita seperti membantu mereka bangun selepas semua yang dilakukan kepada kita.”

Dia juga kritikal terhadap pemimpin PAS yang cepat memaafkan Umno tetapi tidak parti lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah), yang dibentuk bekas pemimpin dan ahli PAS.

Kepimpinan PAS melabelkan parti serpihan itu sebagai pengkhianat tetapi apa yang dilakukan Amanah tidak seteruk mana berbanding tindakan keras Umno atas aktiviti dan pemimpin PAS, kata Zahar.

“Mengapa hanya terbuka hati kepada Umno? Mengapa tidak Amanah malah DAP, kedua-duanya juga boleh memperkukuhkan PAS.

"Sekiranya kita boleh memaafkan kesalahan Umno kepada kita selama ini, jadi pastinya kita boleh juga memaafkan yang lain,” katanya. – The Malaysian Insider/27 Disember, 2015.


P/s: Era ini sudah berakhir.


, ,

Rogol dan Bunuh Pelancong Asing, Dua Pendatang Myamnamr Dijatuhi Hukuman Mati



Koh Samui: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pendatang Myanmar kerana membunuh dua pelancong Britain.

Kes itu mendapat perhatian dunia kerana ia berkait dengan keselamatan pelancong serta tingkah laku polis di negara itu.

Dalam keputusannya, mahkamah berkata, terdapat bukti mencukupi untuk mendapati Win Zaw Htun dan Zaw Lin, kedua-duanya berusia 22 tahun, membunuh David Miller, 24, dan memperkosa sebelum membunuh Hannah Witheridge, 23.

Kedua-dua tertuduh akan merayu hukuman berkenaan.

Mayat Miller dan Hannah ditemui pada 15 September 2014 di Koh Tao, pulau di Teluk Siam.

Bedah siasat menunjukkan kedua-dua mangsa yang berkenalan di pulau itu cedera teruk di kepala.

Pembunuhan berkenaan mencemarkan imej industri pelancongan Thai yang sebelum itu bergelut untuk pulih selepas rampasan kuasa tentera pada Mei 2014 dan penguatkuasaan undang-undang tentera.

Berdepan dengan tekanan, khususnya dari kerajaan Britain, polis melakukan ujian DNA terhadap lebih 200 orang di Koh Tao.

Win dan Zaw Lin ditangkap dua minggu selepas kejadian.

Polis mendakwa kedua-duanya mengaku membunuh dan sampel DNA mengaitkan mereka dengan jenayah itu.

Kedua-duanya bagaimanapun menarik balik pengakuan itu dengan berkata, mereka didera supaya mengaku. - Agensi/Harian Metro/26/12/15


Lepasan Sekolah Agama Dicekup Sedang ‘Beraksi’


KLANG - Seorang pelajar yang baru tamat pengajian di sekolah agama di Jordan ‘kantoi’ selepas dicekup ketika sedang melanggan seorang wanita warga asing di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.

Ops Noda yang dijalan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja jam 9 malam.

Remaja berusia 16 tahun itu antara 15 pelanggan yang ditahan dalam operasi tersebut.

Siasatan polis mendapati remaja yang telah tamat pengajian pada Februari lalu datang ke premis tersebut secara sendirian.
Malah, difahamkan, remaja itu dua kali hadir ke premis terbabit.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menahan remaja tersebut ketika sedang melanggan tukang urut wanita warga asing.

“Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, lapan wanita warga Vietnam dan Filipina yang bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi sama.

Katanya, dua warga tempatan serta dua lelaki warga asing disyaki penjaga serta pekerja turut ditahan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan mengenakan bayaran perkhidmatan seks lingkungan harga RM110 hingga RM200.

“Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai,” katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk disiasat. -Sinar Harian/27/12/15

Khamis, 24 Disember 2015

Gelora Temu Duga


Jitra: Sepasang kekasih memberi alasan terpaksa bermalam di sebuah hotel di pekan ini untuk memudahkan mereka menghadiri temu duga di sebuah pusat kemahiran, di sini, sebelum ditahan kerana disyaki berkhalwat, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam, pasangan terbabit masing-masing berusia 18 tahun dan menetap di Langkawi dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas menerima maklumat.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah mengenali sejak belajar di sekolah menengah dan berhasrat menyambung pengajian sebelum memohon untuk menghadiri temu duga di pusat kemahiran itu.

Pegawai Agama Daerah Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan diketuai Pegawai Agama Daerah Kota Setar Abdul Rahim Abu sebaik menerima laporan berhubung kegiatan maksiat oleh pasangan terbabit.

“Sebaik memperkenalkan diri, lelaki itu membenarkan kami masuk untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita memakai seluar panjang dan berkemeja-T dalam keadaan mencurigakan.

“Soal siasat dijalankan pasangan terbabit mengaku mereka hanya kawan dan ditahan kerana disyaki melakukan maksiat,” katanya.

Katanya, pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Jitra untuk diambil keterangan sebelum dirujuk ke pejabat agama bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. -24/12/15




, ,

[Gambar] Saiz Zakar Lelaki Asia Paling Pendek, Payudara Wanita Rusia Paling Besar


PERNAHKAH anda tertanya, lelaki dan wanita di negara manakah yang masing-masing ‘dikurniakan’ saiz alat sulit dan payudara yang paling besar?

Mungkin ia satu soalan yang agak melampau, namun hakikatnya ia wujud dan telah didedahkan menerusi imej peta yang dicipta oleh seorang remaja berusia 17 tahun, berasal dari Slovakia.

Menerusi imej peta yang dicipta oleh pereka grafik itu, ia mendedahkan statistik dalam bentuk yang tidak pernah anda jangkakan.

Statistik tersebut yang ditunjukkan menerusi bentuk peta dunia dihasilkan oleh Martin Vargic dalam bukunya yang bertajuk 'Vargic's Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World'.

Berdasarkan statistik menerusi gambaran imej peta, Martin menjelaskan beberapa kategori antaranya menyatakan lelaki dari negara Afrika mempunyai saiz zakar yang paling panjang antara 6.5 inci sehingga 16.5 sentimeter (cm).

Manakala, wanita Rusia dikatakan mempunyai saiz payudara paling besar yang kebanyakkannya berukuran sekitar saiz ‘D’ dan keatas.

Namun, ia mungkin mengejutkan bagi lelaki Asia, apabila statistik tersebut menyatakan bahawa lelaki di Asia termasuk di China, Thailand, dan Korea Selatan adalah paling kecil iaitu sekitar 4.5 inci hingga 11.4 cm panjang.

Selain itu, imej grafik itu turut menjelaskan statistik mengenai peratusan negara yang mencatatkan kadar perceraian paling tinggi; tahap obesiti; bilangan rakyat yang paling ramai dipenjara; penggunaan senjata api; dan negara yang mencatatkan peratusan paling tinggi terhadap makanan ringan, McDonald's.

Menurut peta itu, lelaki di Amerika Syarikat dan Arab Saudi mempunyai tahap obesiti yang paling tinggi iaitu melebihi 30 peratus, diikuti UK sekitar 20 hingga 30 peratus, manakala Afrika adalah paling rendah (5 peratus).

Sementara itu, bagi kategori wanita, Arab Saudi dan Israel mencatatkan tahap obesiti yang paling tinggi, diikuti sebahagian besar di Amerika Syarikat (20 hingga 30 peratus) dan wanita Rusia adalah paling rendah.

Untuk mengetahui lebih lanjut termasuk mengenai saiz zakar rakyat Malaysia, anda boleh lihat peta dibawah dan tentukan sendiri.











- mD/24/12/15

, ,

Retorik Pertemuan Sedondon Najib-Hadi – Dr Maszlee Malik



Pertemuan sepentas 2 presiden bagi 2 aparti umat Islam terbesar di Malaysia di dalam acara Multaqa Alumni al-Azhar baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik dan perdebatan, sama ada di media arus perdana, hatta di media sosial.

Pakaian sedondon, nada ucapan yang seiring sekata, dan juga resolusi yang menjurus kepada ‘perpaduan’ di antara Umno dan PAS demi Islam dan bangsa Melayu memberikan impak yang cukup untuk 1001 spekulasi dan ramalan-ramalan dari warga Malaysia.

Di sebalik semua polemik yang ditimbulkan, seperkara yang perlu diakui ialah kedua-dua presiden Umno dan PAS tersebut berjaya melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh presiden Umno dan PAS sebelum mereka selepas era Tun Abdul Razak dan Datuk Asri Muda. Hal ini perlu diakui, dan kejayaan mereka perlu diiktiraf.

Mungkin ada yang ingin menyamakan pertemuan 2 presiden tersebut dengan perkongsian sepentas antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Datuk Fadzil Nor.

Dua pertemuan tersebut tidak sama, walaupun kedua-dua pertemuan itu menemukan presiden Umno dan PAS sepentas. Dalam pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil, isu utamanya ialah isu Palestin. Penganjurnya pula ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Resolusinya pula ialah berkaitan isu Palestin yang pada waktu kini membuahkan hasil daripada pertemuan tersebut. Pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil tidak membawa manifestasi politik, malah kedua-duanya tidak berpakaian sedondon dan tidak pula di kala reputasi politik Dr Mahathir sedang nazak.

Jika ada pihak yang sepatutnya mendapat kredit daripada pertemuan tersebut, maka Abim adalah pihak tersebut.

Pertemuan baru-baru ini memang membawa mesej dan motif politik. Tiada sesiapa dapat menafikan tema pertemuan 2 presiden berpakaian sedondon itu pun sarat dengan isyarat politik.

Malah, resolusi yang dikemukakan juga terang-terangan membawa implikasi politik. Mereka bukannya berbincang di atas isu keperluan kedua-dua parti melawan keganasan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mahupun Bashar al-Asad di dalam multaqa tersebut.

Kedua-dua presiden juga tidak membicarakan tentang kematian demokrasi dan keadilan di Mesir yang dibunuh oleh rejim Jeneral al-Sisi yang disokong agamawan di universiti al-Azhar.

Mereka juga tidak berbincang tentang cara untuk menangani kemerosotan kualiti graduan al-Azhar mutakhir ini, terutamanya di dalam penguasaan bahasa Arab dan penguasaan ilmu dan alam akademik dan cara untuk mengatasinya.

Walaupun ketiga-tiga isu tersebut merupakan isu yang memerlukan input dan ketegasan alumni al-Azhar di Malaysia, namun kesemuanya tidak menjadi pokok perbincangan di dalam multaqa berkenaan.

Perkara pokok yang menjadi tema ucaptama kedua-dua presiden parti tersebut ialah usaha kerjasama Umno-PAS dan juga kepentingan politik Melayu-Islam bila mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang diasak hebat oleh pihak luar dan dalam partinya sendiri.

Pokoknya, pertemuan tersebut merupakan pertemuan politik yang membawa mesej politik yang jelas. Pertemuan tersebut bakal membawa satu anjakan paradigma di dalam PAS dan juga Umno.

Retorik teologi, ataupun penggunaan wacana agama di dalam menjadikan Umno di pihak yang salah, atau batil dan PAS di pihak yang benar, bakal berakhir dengan penerimaan kedua-dua presiden tersebut terhadap resolusi multaqa berkenaan.

Lebih menarik, amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selama ini menjadi senjata Umno untuk membuktikan PAS adalah parti ajaran sesat, ataupun parti ekstremis dan pelampau agama juga akan lenyap dan senyap, dan mungkin hanya timbul apabila Umno terdesak pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya sahaja, jika ia diperlukan.

Apa yang pasti, kedua-dua parti yang dilihat daripada segi agama pada suatu waktu dulu sukar untuk bersama ataupun seia sekata kini dapat berkongsi aspirasi dan juga bersetuju untuk melakar masa depan demi kepentingan bersama.

Usah salah faham, persepakatan tersebut bukanlah membawa maksud meleburkan PAS untuk masuk Umno, ataupun membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN), itu tidak akan berlaku.

Tindakan berkenaan merupakan tindakan “kamikaze” bagi kedua-dua parti tersebut. Umno akan kehilangan rakan-rakan dari Borneo dan parti-parti komponen yang lain, manakala PAS akan kehilangan kerusi Exco di Selangor, dan juga kepentingan segelintir pimpinan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri tersebut juga.

Ianya pertaruhan yang tidak akan menguntungkan kedua-dua parti tersebut. Apa yang berlaku ialah kemenangan pihak Umno untuk tidak dilabel lagi sebagai pihak menentang agama, pihak yang mengkhianati dan penipu penyokong PAS.

Keuntungan bagi Umno juga ialah berakhirnya label-label bersalah daripada dimensi keagamaan yang sering PAS gunakan dahulu terhadap mereka. Keadaan tersebut akan memberikan kredit kepada Najib untuk menumpukan fokusnya melawan penentangan dari dalam Umno sahaja, terutamanya dari Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekutu-sekutu mereka.

Umno sedar, undi bukan Melayu merupakan “gone case” bagi mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Maka tumpuan perlu diberikan ialah untuk mengekalkan undi Melayu majoriti mereka yang membawa kepada kemenangan tipis lewat PRU13 yang lalu.

Pertemuan Najib-Hadi adalah merupakan satu usaha penegasan Umno serius di dalam menjaga kepentingan Melayu-Islam dan juga komitmen Umno di dalam melawan DAP dan sekutu mereka yang dicanangkan sebagai musuh Melayu-Islam dan agenda Melayu-Islam di Malaysia.

Keuntungan bagi pihak PAS pula ialah imej mereka kepada penentang tradisi parti berkenaan dari kawasan majoriti Melayu luar bandar akan segera pulih. Kebersamaan presiden PAS dan Najib akan memberikan isyarat positif kepada para pengundi tegar Umno-BN di kalangan Melayu luar bandar.

Congak-congak sesetengah pimpinan PAS, jika keadaan seperti ini berterusan, maka peluang lebih cerah untuk mereka mendapatkan undi Melayu jika Umno semakin berpecah menjelang PRU14 nanti.

Strategi PAS sedar, di dalam PRU14 nanti, undi bukan Melayu bukanlah sasaran mereka. PAS tidak akan mendapat sokongan dari bukan Melayu seumpama 2008 dan 2013 lagi. Maka, mereka perlu mengalihkan tumpuan kepada pengundi Melayu di luar bandar. Maka pertemuan Najib-Hadi merupakan pertaruhan awal ke arah tersebut.

Persoalan yang bermain di minda semua rakyat Malaysia, ke arah manakah persefahaman Umno-PAS yang baru ini? Apakah langkah seterusnya? Apakah hasil dan impak ketara yang boleh dilihat di dalam waktu terdekat ini?

Apakah kesannya terhadap segala skandal dan isu yang sedang dihadapi oleh Najib kini? Apakah kesan persefahaman ini sekadar menyemarakkan lagi retorik kesatuan Melayu-Islam dengan mengetepikan isu utama di dalam politik seperti isu-isu tata kelola?

Isu skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), isu kegagalan teruk projek ternakan lembu suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang memakan ratusan juta duit rakyat, isu ringgit yang jatuh teruk? isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kenaikan taraf hidup rakyat ketika pendapatan isi rumah tidak bertambah?

Isu bauksit di Pahang yang mengancam kesejahteraan rakyat dan alam sekitar, isu Rang Udang-undang MKN yang bakal menyaksikan kuasa eksekutif yang tidak terhingga, isu keterlibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Isis, dan juga pelbagai lagi isu lain yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat teramai di Malaysia?

Apa yang pasti, di Malaysia ini, naratif agama dan bangsa yang diwujudkan merupakan satu elemen penting yang dapat melarikan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang mereka hadapi. Selagi keadaan seperti ini berterusan, semakin jauhlah harapan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju dan warga berminda kelas pertama menjelang 2020. – The Malaysia Insider/22 Disember, 2015.


* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

, ,

Kerjasama Umno-PAS Bagi Selamatkan Najib-Hadi - Zam



Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin percaya gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno lebih kerana dorongan kepentingan survival Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, perpaduan itu, langsung bukan untuk memenuhi idealisme perpaduan Melayu atau Islam mahupun impian rakyat.

Sebaliknya, isu perpaduan, menurut Zainuddin adalah demi keselamatan kerusi bagi parti masing-masing berikutan runtuhnya nilai-nilai ideologi parti mereka.

“Ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno telah menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip-prinsip utamanya, penjualan maruah parti, bersekongkong dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islami,” katanya dalam tulisan di blog.

Menurut Zainuddin, demi menjayakan perpaduan Melayu, Najib harus berundur daripada kepimpinan negara manakala Hadi pula melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS.

“Kedua-dua mereka (Najib dan Hadi) sudah hilang kredebiliti dan tidak mempunyai kekuatan untuk menjadi asas perpaduan PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara,” katanya.

Bergelumang najis

Bekas ketua pengarang Utusan itu juga membidas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih mendabik dada berhubung kesucian partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis.

“Dia melihat Umno sebagai biawak tetapi tidak melihat diri PAS sebagai ular berkepala dua,” katanya.

Tuan Ibrahim sebelum ini yang menegaskan PAS tidak sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno walaupun dipelawa Najib kerana parti itu tidak akan bersekongkol “memikul biawak hidup” sepertimana yang pernah diucapkan Hadi.

Zainuddin menjelaskan yang menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat peringkat akar umbi kepada usaha perpaduan PAS dan Umno ialah kepimpinan negara sendiri yang terpalit dengan isu 1MBD dan juga ‘derma’ RM2.6 b ketika keadaan ekonomi negara merosot.

Katanya, apapun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib telah melakukan kesilapan dari awal lagi.

Beliau memberi contoh cara pentadbiran Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad yang katanya, tidak akan dapat menutup fakta bekas perdana menteri itu disanjung rakyat Malaysia.


“Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

“Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi.

“Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini,” kata Zainuddin lagi. - Malaysia Kini/23/12/15


, ,

Selepas Sediakan Maafkan Umno, Kini Pemimpin Gesa PAS Jangan Ungkit Dosa Lampau UMNO


PAS Jangan Ungkit Dosa Lampau Umno - Zuhdi


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menasihatkan parti Islam itu buka lembaran baharu bersama Umno dalam mewujudkan kerjasama berkaitan ketakwaan dan kebaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menasihatkan parti Islam itu supaya membuka lembaran baharu bersama Umno dalam mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, lapor akhbar Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama itu tidak bermakna PAS perlu bergabung dengan Umno, tetapi demi menegakkan dan mempertahankan Islam untuk kebaikan rakyat dan negara.

"Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka?" katanya.

Zuhdi berkata, pimpinan dan ahli Umno hari ini tidak mewarisi dosa dan kesalahan generasi terdahulu dan wajar bagi PAS membuka lembaran baharu dengan parti Melayu itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan parti Islam itu memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.

Katanya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia sebahagian ciri perjuangan mereka.

Malah, ahli Parlimen Kota Baru itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

Zuhdi pada masa sama mengakui hubungan Umno dan PAS sebelum ini agak meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.

Katanya, ada kalangan pemimpin itu sudah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.

“Kita serahlah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dulu pada hari akhirat kelak," katanya. – The Malaysia Insider/23 Disember, 2015.


,

Tiga Pemimpin Kanan PAS Bangkit Menentang Kerjasama dengan Umno



Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. – The Malaysian Insider/23 Disember, 2015.


Lelaki Disaman Sejuta Dolar Kerana Didakwa Makan Rakan Sekapal



Seorang warga El Salvador yang selamat setelah setahun sesat di lautan kini disaman AS$1 juta kerana didakwa telah memakan rakan sekapal dalam usahanya untuk kekal hidup dalam tempoh tersebut, lapor USA Today.

Pada musim luruh 2012, Salvador Alvarenga mengupah Ezequiel Cordoba untuk mengiringinya ke sesi memancing di pesisir pantai Mexico.

Bot kecil yang dinaiki mereka berdua dipukul gelombang lalu tenggelam ketika ribut berlaku. Semua peralatan komunikasi dan bekalan makanan turut hilang, menurut Alvarenga.

Tambah Alvarenga, rakan sekapalnya meninggal dunia selepas beberapa bulan di lautan. Cordoba menjadi semakin lemah dan akhirnya menemui ajal selepas memakan seekor burung. Alvarenga turut menegaskan dia mencampak mayat Cordoba ke sisi bot selepas itu.

Menurut Alvarenga yang kini berdepan perbicaraan mahkamah, dia kekal hidup sepanjang situasi ekstrem tersebut dengan meminum darah penyu, air kencing sendiri, dan memakan mana-mana burung atau ikan yang sempat ditangkap.

Keluarga Cordoba bagaimanapun tidak mempercayai cerita Alvarenga dan menuntut bayaran pampasan kerana mendakwa dia telah memakan Cordoba.

Menurut peguam Alvarenga, Ricardo Cucalon, besar kemungkinan keluarga Cordoba menyaman anak guamnya kerana Alvarenga baru-baru ini meraih keuntungan melalui buku 483 Days karya Jonathan Franlin yang mengabadikan kisah ikhtiar hidup Alvarenga.

Alvarenga diselamatkan tahun lalu ketika dia tiba di Kepulauan Marshalls kira-kira 10,460 kilometer merentas Lautan Pasifik dari pesisir pantai Mexico, tempat dia memulakan perjalanan. -Awani/23/12/15


,

Warga Emas Didapati Bersalah Tikam dan Bakar Menantu Kakak



BUKIT MERTAJAM: Akibat perbuatan kejam dengan cuba membunuh menantu kakaknya dengan cara menikam dan membakar mangsa, seorang wanita warga emas berusia 63 tahun bakal meringkuk di dalam penjara selama 18 tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tersebut.

Hakim Musyiri Peet turut memerintahkan kakak mangsa iaitu Lee Wai Mei, 66, yang turut melakukan perbuatan sama terhadap menantunya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak selama tempoh diperkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Lee Wai Chee, Hakim Musyiri berkata hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh perlu mencerminkan kesalahan yang dilakukannya.

"Saya dapati perbuatan yang dilakukan ini amat kejam dan perlu diberi hukuman berat berdasarkan kesalahan berat yang telah dilakukan," katanya.

Wai Chee yang hadir pada prosiding hari ini dengan bertongkat dan kakaknya Wai Mei, 66, didakwa secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 45, di blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam dekat sini pada 8 Mei 2012 mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Kedua-dua beradik itu juga turut didakwa terhadap dua lagi pertuduhan iaitu melakukan khianat ke atas mangsa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun.

Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa mencederakan mangsa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau didenda atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun dalam kesemua pertuduhan itu mahkamah membebaskan ibu mertua mangsa Wai Mei atas alasan tidak waras dan mahkamah memerintahkan wanita itu dihantar ke Hospital Bahagia mengikut Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu Wai Chee turut dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun bagi pertuduhan kedua dan ketiga, bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman tersebut berjalan secara serentak selama 18 tahun berkuatkuasa hari ini.

Terdahulu peguam Y. Anbananthan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap Wai Chee atas alasan anak guamnya sudah berusia dan mempunyai masalah kesihatan.

Bagaimanapun permohonan peguam itu gagal selepas ia ditolak oleh mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Kamaliza Md Zin.

Anbananthan berkata pihaknya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. - Bernama/23/12/15


, ,

Pas Silap Besar 'Ceraikan' DAP - Mat Sabu



PENDANG - Tindakan Pas ‘menceraikan’ DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.

“Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.

“Malah tuduhan sebagai ‘barua DAP’ itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh,” katanya kepada media.

Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.

“Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.

“Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen. - Sinar Harian/23/13/15

,

JK Penaja Pas-Umno mungkin mesyuarat 30 Disember ini



SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno mungkin akan diadakan pada 30 Disember ini.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu yang juga merupakan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul berkata, antara yang akan dibincangkan adalah perjalanan jawatankuasa itu terhadap hubungan antara Pas-Umno.

"Kita akan bincang skop dan perjalanan aktiviti kita nanti, kita akan letakkan satu batu asas yang kuat bagi mengharmonikan hubungan Pas-Umno," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Katanya, ahli jawatankuasa itu akan terdiri daripada ahli akademik dan profesional dan tidak melibatkan ahli parti politik sama ada daripada Pas mahupun Umno.

"Kita sudah senaraikan mungkin dalam 30 ahli, asas pemilihan ialah mereka yang boleh diterima oleh Pas dan Umno," katanya.

Jawatankuasa penaja Pas-Umno dibentuk selepas Alumni Al-Azhar , (hasil daripada persidangan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015) bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Persetujuan itu dinyatakan oleh Mohd Fakhrudin selepas bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015. -Sinar Harian/22/12/15


, , ,

Kepimpinan PAS Terbahagi Dua Berhubung Keputusan Bergabung dengan Umno



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar percaya kepimpinan PAS kini sedang terbahagi dua, berhubung keputusan untuk bergabung dengan Umno.

Mahfuz percaya kenyataan Naib Presiden parti Idris Ahmad yang menggesa individu untuk meninggalkan parti itu jika mereka mahu melihat penggabungan dengan Umno secara tersirat menunjukkan terdapat dua pihak dalam kepimpinan PAS.

"Kenyataan YB Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno/BN, manakala satu pihak lagi menentang.

"Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas," katanya.

Mahfuz berkata kenyataan Idris itu mencetuskan pandangan seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno/BN.

"Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi PAS dan bukannya ahli biasa.

"Kalau ahli biasa PAS mereka percaya YB Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa PAS tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti," katanya.

Katanya beliau sendiri dihubungi oleh ahli-ahli PAS yang meminta pencerahan sambil menambah kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiuddin Hassan telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

"Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama PAS-Umno.

"Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan pimpinan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tentang kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan ahli PAS yang menentang kerjasama PAS-Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS Pusat.

"Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura.

"Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli," katanya.

"Saya percaya kerisauan ahli PAS dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian.

"Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno/BN. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti.

"Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti," katanya. _Mstar/23/12/15



,

Menang Saman Selepas Gambar Lucah Disebarkan Bekas Suami


SEORANG wanita Nepal berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak USD7.25 juta (RM31.2 juta) terhadap bekas suaminya kerana memuatnaik gambar dan video lucahnya di internet dengan menggunakan berpuluh-puluh akaun Facebook palsu.

Bindu Pariyar, 27, yang kini menetap di Dallas, Texas mendakwa bekas suaminya, Tom Randell Sewell, mula memuat naik bahan lucah berkenaan selepas mereka berpisah pada 2012.

Menurut Bindu, dia telah dipaksa oleh suaminya untuk bergambar lucah dan melakukan seks dengan lelaki lain selepas menerima ancaman keganasan, dihantar balik atau gambar itu didedahkan kepada keluarganya di Nepal.

Bindu datang ke Amerika Syarikat untuk menuntut dalam bidang kejururawatan dan membantu keluarganya yang susah di Nepal.

Dia kemudiannya menerima lamaran daripada Tom, yang berusia 50-an serta pernah berkahwin sebanyak dua kali.

“ Sebaik sahaja saya berkahwin dan berpindah ke rumahnya, Tom telah merampas pasport saya dan menggunakan pelbagai taktik termasuk tidak membenarkan saya memandu, memaksa saya bergambar lucah, bekerja di kelab bogel serta melakukan seks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.

“Tidak kira berapa banyak pun saya melaporkan kepada Facebook mengenai akaun palsu itu, dia akan membuat akaun baru hinggalah saya menjadi terkenal dan tidak dapat keluar rumah tanpa menutup muka.

“Malah ketika berjalan di luar rumah, ada lelaki yang menghampiri saya dan mahu melanggan saya,’’ kata Bindu.

Jelas Bindu, meskipun dia tahu Tom tidak mampu membayar saman berkenaan tetapi Bindu puas hati kerana mahu mengajar lelaki itu supaya tidak membulinya lagi.
– MYNEWSHUB.CC/23/12/15


, ,

[Video] Penjawat Awam Belasah Isteri di dalam Lif Diperintah Bela Diri


BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang penjawat awam membela diri terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital, dua tahun lepas.

Majistret Fitri Sadarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Mohammad Affandi Ismail, 38, pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan dua hari untuk tertuduh yang merupakan pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu membela diri bermula 18 Feb depan.

Mahkamah kemudiannya turut menetapkan 29 Feb depan untuk keputusan kes tersebut.

Terdahulu peguam R. Palaniappan yang mewakili tertuduh dalam hujahan tambahannya berkata terdapat percanggahan keterangan oleh saksi pendakwaan pertama yang juga pengadu dan mangsa dalam kes tersebut berhubung kecederaan yang dialaminya.

Beliau berkata terdapat kontradiksi berhubung keterangan antara mangsa dan saksi mengenai kecederaan yang dialami pada bahagian tubuh badan mangsa selain tidak menolak kemungkinan mangsa mencederakan diri sendiri.

Manakala Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Din pula berkata percanggahan keterangan mengenai kecederaan yang dialami mangsa tidak akan mencacatkan pendakwaan terhadap tertuduh.

“Semasa di mahkamah, mangsa dengan jelas memberitahu bagaimana dia dipukul dan ia turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman itu turut ditunjukkan dalam mahkamah ini, tidak mungkin kecederaan itu dilakukan sendiri oleh mangsa,” katanya.

Pada 16 Ogos 2013, Mohammad Affandi didakwa mencederakan isterinya di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos, 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA/23/12/15

, ,

Rogol, Liwat: Pegawai Kanan Polis Dipenjara 100 Tahun

Foto The Star
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 100 tahun dan 15 kali sebatan terhadap seorang pegawai kanan polis bagi lima pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan, tiga tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad mendapati DSP Rohaizat Abd Ani, 56 bersalah atas empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan meliwat remaja berumur 13 tahun antara Februari dan Mei 2012.

Hakim memerintahkan hukuman 20 tahun penjara masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak, manakala tiga pertuduhan lagi, masing-masing 20 tahun penjara dijalankan secara berturut-turut.

Rohaizat didapati bersalah merogol remaja itu pada empat waktu berasingan iaitu pada 1 Februari 2012 antara pukul 4.30 petang dan pukul 5.30 petang di bilik Hotel Tang Dynasty; antara pukul 12.30 petang dan pukul 1.30 petang pada 2 Februari 2012 di bilik lain di hotel yang sama; dan pada 1 dan 6 Mei 2012 pukul 8 pagi di sebuah bilik hotel sama; pada pukul 3 pagi antara 1 dan 6 Mei 2012 di sebuah bilik hotel yang sama.

Dia juga bersalah kerana meliwat remaja itu antara pukul 4.30 petang dan pukul 5.30 petang pada 1 Februari 2012 di sebuah bilik hotel yang sama.

Hakim turut membenarkan hukuman digantung bagi membolehkan Rohaizat membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM100,000 dengan satu penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan Rohaizat supaya menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri di Bukit Aman dua kali setiap bulan iaitu pada tarikh 1 dan 15 hari bulan.

Rohaizat pernah bertugas sebagai ketua polis Setiu dan timbalan ketua Pasukan Simpanan Persekutuan di Pulau Pinang ketika dia mula dituduh pada Ogos 2013.- Bernama/23/12/15

, ,

Selasa, 22 Disember 2015

Chef Selebriti Singapura Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii



TERTUDUH (dua kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin



Johor Bahru: Seorang chef selebriti warga Singapura dituduh di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru Johor atas dakwaan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap lelaki, 22, di tempat letak kereta di sini, pada 10 Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri, 38, juga menghadapi pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa yang berusia 47 tahun.

Tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 377 C dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin sementara pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Hakim juga menetapkan 17 Januari untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Asram Zakaria manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Sheela Marlina Uttaman. -Harian Metro/22/12/15


, , ,

Masalah Rumah Tangga Punca Kebakaran 6 Kereta di Taman Jaya, Suspek Direman 4 Hari



Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran melibatkan beberapa kenderaan di tempat letak kereta di Taman Jaya di Petaling Jaya hari ini berpunca daripada masalah rumah tangga.

Menurut polis, siasatan awal mendapati seorang lelaki bermotosikal menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu sebelum bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian," katanya kepada pemberita mengenai kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu.

Selain Proton Wira berkenaan, 5 kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial .

Zani menegaskan dakwaan terdapat letupan bom di lokasi kejadian seperti yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita seumpama itu.

"Saya ingin memberi peringatan adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya menyebarkan berita tidak benar," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan tiada sebarang letupan bom berlaku dalam insiden itu.

"Seseorang menyebabkan kebakaran sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, tiada letupan bom @PDRM masih menyiasat perbuatan khianat dengan menggunakan api ini," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Zani berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api dan menjelaskan kerugian dianggarkan RM200,000.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata kepulan asap mengejutkannya yang sedang makan tengah hari di premis berhampiran sebelum melihat orang ramai mengalihkan kenderaan masing-masing dari lokasi kebakaran.

"Sebelum nampak asap tebal, terdapat bau asap yang sangat kuat namun saya tidak menjangka terdapat kebakaran melibatkan beberapa kereta, dan paling membimbangkan ia berlaku berhampiran pencawang TNB," katanya.

Kebakaran itu menyebabkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira terbakar sepenuhnya manakala sebuah Suzuki Swift terbakar 80% dan Proton BLM (70%). Sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda pula terbakar 20%.

Kebakaran bermula dari kereta Proton Wira sebelum merebak ke kenderaan lain yang diletakkan berhampiran. Api dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari. – Bernama, 21 Disember, 2015.

Berkaitan:

Suspek Cetus Kebakaran Direman 4 Hari


Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan suspek kes kebakaran dekat LRT Taman Jaya di Petaling Jaya direman selama empat hari.

Permintaan itu dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mazra Mohamed pagi ini bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, berkaitan mendatang bencana menggunakan api atau bahan letupan.

Suspek diwakili oleh peguam Suraj Singh. - Malaysia Kini/22/12/15


, ,

Sungai Terpendek di Dunia


SUNGAI Tamborasi didakwa sebagai sungai terpendek di dunia.

Panjang sungai ini hanya 20 meter sahaja dan terletak di Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Ukuran mini tersebut membuat Tamborasi tidak kelihatan seperti sungai, melainkan seperti tasik.

Laman web ensiklopedia terbesar di dunia, Wikipedia juga mengakui catatan tersebut.

Untuk mencapai sungai mini tersebut, anda boleh mengaksesnya melalui jalan darat.

Jaraknya hanya kira-kira 9 kilometer dari bandar Kolaka. - Tripadvisor/22/12/15


, ,

Culik, Rogol Isteri Orang Ketika Datang Bulan



KOTA BHARU – Padah perlakuan kejam seorang juru kimpal melarikan isteri orang dan merogolnya ketika datang bulan, dia dihukum penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap tertuduh yang berasal dari Kampung Bechah, Tendong, Pasir Mas.

Muhammad Hanif Mazlan, 24, mengaku salah pada dua tuduhan merogol mangsa yang ketika itu berusia 23 tahun, di dua lokasi berasingan pada 10 April 2014.

Kejadian pertama berlaku antara jam 10 dan 11.30 pagi, di sebuah rumah Flat Taman Bahagia, di sini, manakala kejadian kedua berlaku antara jam 4 dan 4.30 petang, di sebuah rumah di alamat Desa Harmoni, Wakaf Che Yeh, di sini.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh dihukum penjara masing-masing 12 tahun dan tiga sebatan dan diarah berkuat kuasa serentak dari tarikh dia ditahan pada hari sama kejadian berlaku, menjadikan keseluruhan penjara yang perlu dijalani selama tempoh 12 tahun dan enam sebatan.

Sementara itu, tertuduh juga dihukum penjara setahun berkuat kuasa serentak atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan cubaan mengurungnya dengan salah di sebuah kedai makan di Jalan Pasir Mas – Salor, di sini, pada jam 4 pagi, hari sama. -Sinar Harian/21/12/2015


, ,

Sabtu, 19 Disember 2015

Pekerja Perkosa Orang Utan Sehingga Bunting



Surabaya: Seorang kakitangan Zoo Surabaya ditangkap dan didakwa atas tuduhan menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan seekor orang utan betina bunting, lapor Kalimantan Press.

Perbuatan lelaki berusia 38 tahun itu terbongkar selepas dirakam beberapa kamera tersembunyi yang dipasang kakitangan keselamatan zoo selepas ada yang menyuarakan rasa sangsi terhadapnya.

Kakitangan zoo, Akhiroel Yahya berkata: “Ada haiwan nampak terangsang secara seksual apabila tiba masa untuk memberi mereka makan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku. 

Menurut seorang pakar Paleobiologi, Bachtiar Pado Panghulu dari Universiti Jakarta yang dirujuk memberitahu bagaimana Orang Utan boleh bunting apabila dirogol manusia adalah kerana DNA orang utan dengan DNA manusia hampir sama.

“Bertentangan dengan kepercayaan popular, spesis Orang Utan DNAnya adalah hampir menyerupai spesis manusia berbanding Cimpanzi.”

“Kami berkongsi praktikal kod DNA yang sama, dengan sedikit perbezaan DNA sahaja yang membolehkan orang utan jatuh hamil kerana lelaki ini,” jelasnya.

Zoo Surabaya merupakan zoo terbesar di Indonesia dimana sebelum ini juga telah terjadi peristiwa yang menggemparkan apabila seorang pekerja zoo mendakwa dia telah diupah membunuh lebih 50 ekor haiwan di zoo berkenaan dalam tempoh tiga bulan.- Agensi/Harian Metro/19/12/15

Kemas Kini:

Laporan Orang Utan Diperkosa Palsu

SURABAYA - INDONESIA. Pertubuhan Kebun Binatang Surabaya (KBS) menyangkal laporan semalam mengenai kisah seorang penjaga zoo yang membuntingkan seekor orang utan di Zoo Surabaya.

“Artikel itu tidak benar, itu berita hoax (tipu). Ini tuduhan berat dan menyangkut moral,” kata Pejabat Sementara Direktur Utama KBS, Aschta Boestani Tajuddin kepada Tempo, semalam.

Oleh itu, Aschta menyarankan media tempatan agar mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu daripada pihak terbabit sebelum menayangkannya kepada umum.

Aschta berkata pihaknya memiliki empat orang utan betina bernama Dora, Tini, Avika dan Rizky.

"Tak ada yang bernama Marylin (orang utan yang dilaporkan hamil akibat diperkosa penjaga zoo). Kami semua punya moral dan tidak akan berbuat seperti itu hanya untuk sensasi,” katanya. -Sinar Harian/20/12/15

, ,

Rabu, 16 Disember 2015

Rakam Aksi bogel, Paksa Anak Saudara Lakukan Seks



KOTA BHARU - Seorang pemandu jentolak bertindak melampau apabila tergamak merakam aksi bogel dua anak saudaranya yang sedang mandi dan memakai pakaian, sebelum memaksa dua beradik itu mengadakan hubungan seks dengannya.

Kejadian rogol itu beberapa kali berlaku terhadap dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun itu di rumah nenek mereka di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, antara Ogos dan November lalu.

Kejadian berlaku jam 7 pagi sekitar Ogos lalu, ketika pengadu yang berusia 16 tahun berada di dalam bilik didatangi bapa saudaranya berusia 42 tahun dan memaksa dia melakukan hubungan seks.

Sekiranya enggan, suspek mengugut akan menyebarkan gambar bogel berkenaan.

Takut dengan ugutan itu, mangsa mengikut kehendak lelaki terbabit dan kejadian berulang dua kali pada November. Suspek menggunakan modus operandi sama dengan masuk ke dalam bilik mangsa ketika semua penghuni rumah sedang tidur.

Kejadian sama turut berlaku terhadap adik perempuan mangsa yang dirogol, masing-masing tiga kali dalam kejadian pada Ogos, September dan Oktober oleh lelaki sama. Sebelum kejadian rogol itu, mereka kerap kali diganggu secara seksual oleh suspek yang bertindak meraba payudara mereka.

Dua adik-beradik kandung itu tinggal bersama datuk dan nenek sejak kematian bapa pada Julai akibat kencing manis, manakala ibu mereka bekerja kilang dan tinggal di Pulau Pinang. Turut menghuni rumah berkenaan, suspek bersama isteri dan anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, suspek ditahan penduduk kampung pada jam 1 pagi, semalam, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, sejurus laporan dibuat dua beradik itu, suspek bertindak melarikan diri dan usaha pihak berkuasa menjejakinya berhasil dengan bantuan orang awam.

“Sebelum ini, suspek yang dikehendaki itu sukar dikesan kerana kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu hingga 20 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. - Sinar Harian/15/12/15

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH