Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 4 Disember 2015

Rizalman: Di Malaysia, Senyuman Isyarat untuk Kita Ikut




Bekas atase pertahanan Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi pertuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita di New Zealand memberitahu Mahkamah Tinggi Wellington bahawa mengikut budaya di Malaysia bahawa apabila wanita tersenyum, ia adalah jemputan kepada lelaki untuk mengikuti mereka.

Rizalman berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pendakwa raya Grant Burston yang menyoal dia mengikuti mangsanya Tania Billingsley pulang ke rumah.

Menurut akhbar NZ Herald, Rizalman dalam keterangannya berkata dia 'mendapat isyarat' dari Billingsley yang melemparkan senyuman ke arahnya.

"Bukan dari kata-kata tetapi dari gayanya dan cara dia senyum dan cara dia berkelakuan.

"Mengikut budaya di Malaysia, jika seorang wanita senyum pada seorang lelaki, ini dianggap mereka gembira dan mahu mengenali orang itu," katanya.

Burston kemudian bertanya Rizalman jika senyuman wanita adalah jemputan untuk mengikuti mereka pulang.

"Ia adalah jemputan untuk kita mengikutinya, namun ini tidak semestinya bermakna kita pergi ke rumah mereka," katanya.

Menurut laporan oleh pihak pendakwaan, Rizalman membeli nanas dan kerepek di sebuah pasar raya tempatan di Wellington pada jam 5:31 petang manakala Billingsley pula membeli-belah di kedai yang sama 18 minit kemudian pada 8 Mei tahun lalus.

Burston: Awak merenung mangsa ketika dia membeli-belah?

Rizalman: Saya tidak pasti.

Burston: Dia dakwa awak merenungnya ketika dia keluar.

Rizalman: Apabila dia berjalan di hadapan saya, saya pasti dia memberikan saya isyarat mata.

Burston: Dia sifatkan awak sebagai agak menyeramkan?

Rizalman: Saya tidak pasti.

Laporan itu kemudian berkata Rizalman yang mengikuti Billingsley ke rumah memberitahu mahkamah bahawa dia menunggu di luar rumah untuk masa yang agak lama kerana wanita itu telah menutup pintu dan dia menjangkakan akan dijemput masuk.

Rizalman mendakwa dia menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sebab mahu segera membuang air besar dan bukan kerana mahu melakukan hubungan seks dengan Billingsley.

Bogel dari paras pinggang

Rizalman mendakwa dia kemudiannya menuju ke rumah Billingsley melalui pintu yang tertutup tetapi tidak berkunci dan ‘membersihkan’ dirinya.

Menurut laporan itu, ringkasan pendakwaan berhubung kejadian itu berkata Rizalman seterusnya menanggalkan seluar dan seluarnya serta memasuki rumah wanita itu. Dia kemudian membuka jaket semasa berada di dapur.

Rizalman seterusnya mengetuk pintu bilik tidur ketika Billingsley sedang menonton filem di komputer ribanya dan bertanya sama ada jika dia boleh masuk.

"Dari katilnya, mangsa melihat tertuduh berdiri di laluan ke bilik tidurnya dengan hanya berbaju tetapi bogel dari paras pinggang.

"Billingsley bangun dan mula menjerit dan menjerit meminta Rizalman untuk keluar. Dia mendekati beliau, lalu bahunya dan pasangan itu bergelut.

"Billingsley bangkit dan berjaya menolak Rizalman keluar dari bilik itu. Selepas menghalaunya dari rumahnya, wanita itu mengunci pintu dan berlari ke bilik air untuk memanggil polis," kata laporan itu.

Pada malam itu, laporan itu menambah, Rizalman menerima 132 panggilan tidak dijawab dari telefon bimbit isterinya. - Malaysia Kini/4/12/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH