Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 4 Disember 2015

Dewan Lulus Akta Baru MKN yang Beri Najib Kuasa ‘Besar’




Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.

Kerajaan secara tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang itu ketika melalui peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan ketiga sepanjang enam jam hari terakhir Parlimen bersidang

Ia mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang hingga memaksa perbahasan berlarutan hampir enam jam, sebelum diluluskan melalui undi belah bahagian.

Pembangkang menuntut undi blok semasa peringkat jawatankuasa tetapi dikalahkan dengan 107 undi menyokong manakala 77 undi menolaknya.

Antara hujah keika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.

Tindakan mereka hanya boleh dicabar jika mahkamah memutuskan ia dilakukan dengan "niat jahat".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rang undang-undang itu perlu bagi memudahkan perkongsian risikan serta tindak balas secara bersepadu oleh pasukan keselamatan negara terhadap sesuatu ancaman.

Beliau pada masa yang sama, menafikan tuduhan pembangkang kononnya rang undang-undang tersebut digubal untuk merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong atau bagi memperluaskan kuasa perdana mMenteri.

“MKN kena ada undang-undang kerana selama ini, sejak ditubuhkan MKN hanya bertindak sebagai badan pentadbir sahaja.

“Jadi inilah undang-undang yang bakal menentukan hala tuju MKN untuk menyelaraskan aktiviti risikan dan sebagainya,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan itu.

Bagi pengkritik, rang undang-undang itu juga mencerobohi kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mereka juga khuatir akta baru itu akan digunakan khususnya untuk bertindak tegas ke atas kumpulan atau individu yang tidak sependapt dengan kerajaan.

Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Najib selaku perdana menteri terus dicabar oleh pelbagai pihak. - Malaysia Kini/3/12/15

Berkaitan:

RUU MKN Undang Salah Guna Kuasa

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang memberi kuasa luas kepada pihak eksekutif tanpa pemantauan institusi bertanggungjawab dikhuatiri akan mengundang kepada penyalahgunaan kuasa.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, penggubalan RUU itu bercanggah dengan pelan transformasi yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum PRU13 lalu.

"PM menjanjikan transformasi sistem undang-undang dalam negara ke arah penekanan kepada aspek keadilan dengan memansuhkan Akta Hasutan 1946, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta Proklamasi dan Ordinan Darurat. 

"Ini secara jelas memberi kuasa yang terlalu besar kepada badan eksekutif dalam mengambil tindakan dalam aspek keselamatan tanpa melibatkan institusi lain seperti legislatif dan kehakiman," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 menyenaraikan keanggotaan MKN terdiri dari pihak eksekutif yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta beberapa Menteri yang lain.

RUU itu juga memperuntukkan 15 kuasa khas kepada Pengarah Operasi dan pasukan keselamatan bagi mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Isnin untuk bacaan kali pertama itu antara lain menyebut Pengarah Operasi dilantik bertanggungjawab bagi operasi di dalam sesuatu kawasan keselamatan.

Pasukan keselamatan pula terdiri daripada Polis Diraja Malaysia; Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan; Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Perdana menteri juga atas syor Ketua Setiausaha Negara akan melantik seorang dalam kalangan pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Keselamatan Negara serta Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan apa-apa bilangan pegawai dan perkhidmat lain dalam kalangan pegawai awam. 

Ia juga mencadangkan memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan kawasan tertentu di negara ini sebagai kawasan keselamatan.

Turut diperuntukkan dalam rang undang-undang berkenaan ialah sebarang arahan, perintah atau keputusan yang dibuat MKN yang sedia ada terus berkuatkuasa selaras dengan akta ini. -Sinar Harian/3/12/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH