Jururawat Sedia Bersemuka Hospital di Mahkamah, Jawab Sebab Tidak Hadir
Jururawat Naziah Sauni Samat, yang mendakwa dipecat kerana cuba menutup aurat, bersedia berdepan bekas majikannya Hospital Damai di mahkamah.
Wanita 24 tahun itu juga akan membuat aduan kepada Jabatan Buruh mengenai perkara itu hari ini, selepas diminta berbuat demikian jika berasa dianiaya.
“Saya bersedia disaman. Saya tidak takut sebab saya tahu apa yang saya buat dan saya tidak rasa saya bersalah.
“Kalau betul saya salah dengan apa yang saya buat, saya terima apa yang dia bagi tu (saman malu),” katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini Naziah mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.
Naziah mendakwa tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.
Bagaimanapun Hospital Damai berkata bekas jururawatnya diberhentikan kerana masalah disiplin tidak hadir kerja dua hari tanpa sebab.
Semalam Hospital Damai berkata, pihaknya akan mengambiltindakan undang-undang terhadap Naziah.
Tak hadir kerana digantung
Mengulas soal kehadiran, Naziah mengakui tidak hadir bekerja.
Bagaimanapun, katanya, langkah itu diambil selepas menerima surat penggantungan daripada pihak hospital kerana memakai stoking lengan.
“Saya dapat surat yang menyatakan employment saya digantung.
“Itu terjadi selepas saya datang kerja dua hari dengan berlengan pendek dan memakai stoking lengan,” katanya.
Naziah ketika ditanya adakah menyedari syarat-syarat sebelum bekerja di Hospital Damai iaitu perlu berlengan pendek berkata:
“Masa saya ditemuduga, saya sendiri menyatakan kalau pakai baju lengan pendek dan tak benarkan saya pakai tudung dan hanya anak tudung, saya tidak akan bekerja di hospital itu. Saya dah terang-terang cakap masa tu.
“Tapi pengurusan tinggi cakap, pakai saja baju lengan panjang selagi itu adalah uniform. Saya pegang kata-kata itu. Dalam syarat masuk hospital sendiri kata tidak ada syarat pakai baju lengan pendek,” katanya.
Damai Service Hospital (HQ) entiti lain
Sementara itu, sebuah lagi pusat perubatan Damai Service Hospital (HQ) Sdn Bhd hari ini tampil menjelaskan mereka bukan hospital yang terpalit dengan kontroversi itu, walaupun mempunyai nama hampir sama.
“Damai Service Hospital (HQ) adalah entiti berbeza dengan hospital itu, tiada sebarang hubungan daripada aspek pengurusan atau dasar.
“Kami hormat semua pesakit dan pekerja beragama Islam dalam setiap aspek keagamaan dan kepercayaan,” menurut kenyataan pengurusannya hari ini. -Malaysia Kini/7/12/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.