Sihir, Dadah Jadi Tumpuan Perbicaraan Bekas Diplomat Malaysia di New Zealand
Seorang bekas diplomat Malaysia, yang mengaku bersalah atas tuduhan serangan sumbang kepada seorang wanita di New Zealand, mengakui dia menghisap kanabis, percaya kepada ilmu hitam dan membuang air besar di depan rumah mangsa.
Mohammed Rizalman Ismail yang bertugas sebagai atase tentera di pejabat Kedutaan Tinggi Malaysia di Wellington, memberikan bukti kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini, lapor The New Zealand Herald.
Pendakwa raya Grant Burston memberitahu mahkamah Rizalman membeli kanabis di New Zealand dan mempunyai sejarah penagihan dadah di Malaysia.
Rizalman memberitahu dia pernah menghisap kanabis di Malaysia tahun lalu, 6 minggu sebelum dia dimasukkan ke hospital psikiatri.
“Saya tidak ingat mengambilnya tetapi akui saya ada membelinya,” Rizalman dipetik sebagai berkata.
Rizalman juga mengakui dia membuang air besar di depan rumah Tania Billingsley, tetapi menafikan ia upacara ilmu hitam untuk menyihir mangsa.
“Saya tidak tahu kerana saya tidak pernah mengamalkannya,” kata Rizalman menjawab pertanyaan Burston mengenai sihir.
Isnin lepas AFP melaporkan dakwaan asal ke atas Rizalman digugurkan apabila lelaki berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas 1 tuduhan serangan sumbang kepada Billingsley.
Mei lepas, dia mengaku tidak bersalah melakukan serangan dengan niat melakukan tindakan seksual.
Peguam Rizalman, Donald Stevens menggunakan hujah 'keterangan mengikut keadaan', termasuk sakit mental, tetapi dibantah barisan pendakwa raya.
Berdasarkan fakta kes yang dibacakan di mahkamah, pada 9 Mei tahun lepas Billingsley berada di rumahnya di Brooklyn, Wellington ketika mendengar pintu biliknya diketuk.
Rizalman kemudian memasuki bilik itu tanpa memakai seluar. Mangsa menjerit dan bergelut dengan Rizalman dan berjaya menghalaunya keluar dari rumah sebelum menghubungi polis.
Stevens berkata Rizalman memberitahu polis dia dan mangsa ada pergi menonton wayang pada hari kejadian.
Fakta kes tidak menyebut sama ada Billingsley bersetuju dengan dakwaan itu atau tidak.
Serangan sumbang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun di New Zealand.
Hakim David Collins berkata perbicaraan aspek lain kes itu akan dijalankan pada Jumaat sebelum hukuman dijatuhkan.
Beliau berkata tahanan rumah akan dikenakan ke atas Rizalman, dan beliau menekankan ada kemungkinan Rizalman dibenarkan menjalaninya di pejabat Kedutaan Tinggi Malaysia. – The Malaysian Insider/ 4/12/15
Cerita kelab bogel di sini.
Cerita kelab bogel di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.