RISIKO PenggunaanTelefon Bimbit Semasa MENGANDUNG!
Saintis mendakwa wanita yang menggunakan telefon bimbit semasa mengandung berkemungkinan melahirkan anak yang hiperaktif, lapor The Sun.
Mereka percaya bahawa radiasi daripada telefon bimbit menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membawa kepada masalah daya ingatan, keresahan, dan masalah tingkah laku.
Profesor Hugh Taylor, dari Universiti Yale percaya telefon bimbit memberikan kesan kepada peningkatan kadar gangguan seperti gangguan hiperaktif.
Saintis di Yale mencapai kesimpulan tersebut selepas menjalankan ujian terhadap tikus. Mereka berpendapat kesan yang berlaku terhadap tikus boleh menjejaskan manusia dengan cara yang sama.
Tikus hamil yang ditempatkan di dalam sebuah kurungan dengan telefon bimbit yang aktif melahirkan anak-anak yang menunjukkan tanda hiperaktif, keresahan, dan mempunyai daya ingatan yang lemah. Tikus hamil yang ditinggalkan bersama dengan telefon bimbit yang ditutup tidak terjejas.

Prof Taylor berkata: "Ini adalah bukti eksperimen pertama bahawa pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menjejaskan tingkah laku orang dewasa.
"Kami telah membuktikan bahawa masalah tingkah laku tikus yang menyerupai ADHD adalah disebabkan oleh pendedahan telefon bimbit di dalam rahim. Oleh itu, peningkatan kecelaruan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak berlaku sebahagiannya kerana disebabkan pendedahan telefon bimbit pada peringkat janin." -DCM
P/s: Sila ambil perhatian!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.