Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 1 Mac 2012

[Gambar] KFC dan 10 Ribu Orang yang MENUNGGU Hasan Ali di Saujana Utama Sg Buloh


Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh. Kalau tidak silap, tajuknya berkaitan dengan isu akidah dan kuasa ketiga. Tampaknya, "agama" masih menjadi modal Hasan Ali untuk kepentingan politik dan mempengaruhi orang ke ceramahnya.

Selesai solat Maghrib, saya sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah. Kami bercadang untuk memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegemaran anak-anak. Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata pelanggan menerima gaji masing-masing semalam. Barisan pelanggan yang mahu memesan hidangan juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk menerima pesanan.

Ketika tiba giliran kami, pekerja kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan hidangan itu perlu menunggu 11 minit. Bayangkan anda beratur hampir 15 minit, ketika sampai giliran untuk membuat pesanan, anda diberitahu hidangan yang diingini sudah habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah pula kalau anda beratur selama sejam, sampai sahaja di kaunter pekerja dengan selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk"  kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak membiarkan anda beratur lama dan membuang masa, mengharapkan sesuatu yang tidak ada. 

Samalah juga dengan keadaan yang kami alami malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan segera itu diurus dengan betul. Sepatutnya, pekerja di premis itu membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan terpaksa menunggu sesuatu hidangan atau merungut dengan perkhidmatan yang diberikan. Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam itu hampir habis baru menggoreng ayam yang baru.

Selesai makan hidangan yang dipesan, ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum sampai. Beberapa minit kemudian, itu pun selepas orang rumah saya mengadu kepada pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai! Seolah-olah kekecohan yang berlaku di sebuah premis makanan segera itu tidak memberikan kesan kepada pekerja-pekerja di premis yang lain.

Sebaik saja bergerak meninggalkan KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, kelihatan beberapa orang sedang duduk menunggu di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15 malam. Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya bermula pukul 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang masih tidak berminat memenuhi tapak ceramnah. Pada waktu itu, hanya video ceramah Hasan Ali ditayangkan kepada pengunjung. Penceramah jemputan termasuk Hasan Ali langsung tidak kelihatan.
 
Tepat jam 9.20, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan  masyarakat setempat kepada Hasan Ali.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Saujana ini, dianggarkan lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju, terdapat lebih 30 ribu orang yang tinggal di sekitar kawasan perumahan di sini. Hal ini jelas tergambar setiap kali ceramah PR dilangsungkan di kawasan ini. Tidak kurang 4-5 ribu penduduk setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu terkini daripada pemimpin PR. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di kawasan itu. Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai. Lalu lintas juga sesak dengan kenderaan.

Namun, suasana malam ini, sama sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke restoran dan gerai makan untuk menjamu selera. Ada juga penduduk setempat yang sibuk membeli belah barangan dapur. Ada penduduk yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah daripada imam. Majoriti besarnya seolah-olah tidak menghiraukan kedatangan Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya, isu Anwar Ibrahim dan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada PKR dan DAP.

Lebih kurang jam 9.40 malam, saya beransur pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Jumlah orang di tapak ceramah pun masih tidak berubah. Yang menimbulkan tanda tanya ialah pihak di belakang penganjuran ceramah Hasan Ali di situ. Berdasarkan kemudahan khemah, kerusi, sistem audio, dan perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi penganjur ceramah itu. Berdasarkan kepentingan penganjuran ceramah itu, rasa-rasanya anda tentu dapat mengagak dalang yang menyokong jerayawara Hasan Ali.

Selepas 40 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tolong kira! Tidak tahulah pula jika muncul Hasan Ali di tapak ceramah, suasana akan berubah dengan kehadiran 10 ribu penduduk taman perumahan itu -DCM






Sumber Gambar: DuniaCacaMarba


P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan panggilan azan jika memerintah Malaysia. Selepas melemparkan fitnah yang sejahat itu, amat malang jika ada orang Melayu yang mempercayai kata-kata parasit PAS ini.






  1. COME ON LA BRO...JGN LAH JADI BLOG PENCACAI..KALAU BERANI SIAR KAN LAH ARTIKAL TTG CERAMAH HASSAN ALI D BATU GAJAH DAN KELANTAN..

    BARU LAH PROFESSIONAL..BARU LAH MEDIA BEBAS...
    KALAU TAK KAMU NI SAMA JE NGN PENCACAI UMNO...

    PIIIRAAAAAAHHHHH......BACUL

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 02, 2012 8:39:00 PG      
  2. Awal nya org nak tau jgk isu yg nk dbwak oleh hasan ni..sbnarnya Isu IMR brtjuan utk blas dndam kpd PR.apa motifnya? Sb slpas shj dpcat fakta yg dkemukakan bnyk yg x msuk akal & lbh kpd emosi.mmg ada smbutan pd bbrp cramah bliau.ttp yg hadir kbnyakan adalah dkalangan mrk yg mmg awl2 lg pro kpd umno.aku pun pnah pg jgk di s.alam tp skdar nk tgk apa yg dia nk mroyan

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 02, 2012 12:36:00 PTG      
  3. Kau ni species cina kurang ajar dekat KFC ICT tu ye...pasal hasan ali aku tak kisah tapi pasal cerita KFC kau tu MEMUALKAN nak backing cina kurang ajar la tu.

    Khalid Tak Gagap

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 02, 2012 3:00:00 PTG      
  4. aku slalu gak makan KFC...kt tempat aku ni byk KFC...kadang2 2 atau 3 kali sebulan...dan tiap kali makan aku mmg dah tau akan lambat...aku dah tau kat mana KFC yg ramai org dan tak ramai..

    bila ramai je orh dan terpaksa tuggu...aku akan cuba sabar..walaupun dalam hati meraung mcm2 kt diorg...

    aku cuma fikir 1 je...bersabar....sbb bukan selalu pun aku makan KFC...dan KFC ni aku kira makan mewah dan aku bersyukur sbb dapat makan...mungkin tuhan nk uji aku sbb tiap2 hari dapat rezeki dengan mudah je...


    jadi...bila dah dapat aku syukur dan tak pun heboh kat kawan2 apa yg berlaku kt aku...


    syukur dan sedar diri itu lebih baik bro...ade org gaji kecik je bro..makan KFC ni dh kira makanan mewah bro...


    syukur....syukur....

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 02, 2012 7:37:00 PTG      
  5. Aku nak hassan ali comment pasal najib sambut thaipusam kat batu caves...hassan silala comment ya..nak dengar ni..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mac 13, 2012 10:05:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH