Belanja Besar Pikat Awek
Beli 99 iPhone6 untuk Pikat Rakan Sekerja
[Harian Metro] Guangzhou: Seorang lelaki di China membelanjakan sebanyak 500,000 yuan (RM300,000) untuk membeli 99 telefon pintar iPhone6 dalam usaha memikat hati seorang rakan sekerja, semalam.
Lelaki itu yang dikatakan menghabiskan semua wang simpanannya yang dikumpulkan selama dua tahun, menyusun telefon baru itu untuk membentuk lambang hati di tengah-tengah lot parkir berhampiran tempat kerja mereka pada waktu makan tengah hari.
Wanita yang menjadi sasarannya tiba di tempat berkenaan selepas dipujuk oleh rakan sekerja yang lain tetapi hingga kini masih belum memberi jawapan.
Lelaki itu melakukannya sehari sebelum 11/11 (11 November) yang digelar ‘Hari Single’, hari yang biasanya menyaksikan jualan barangan di China meningkat mendadak kerana jumlah orang yang ingin melakukan perbuatan ganjil serupa itu, tetapi dalam skala lebih kecil.
Beberapa minggu lalu, seorang jutawan menghadiahkan seluruh rakan sekolah menengahnya telefon pintar berkenaan. - Agensi/11/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.