Liwat Murid Tahun 3: Guru Agama Ditahan
Sekadar hiasan. |
[Sinar Harian] KOTA BHARU – Seorang guru agama berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba meliwat murid tahun tiga di sekolahnya, di Chicha di sini, kelmarin.
Kejadian pada 30 Oktober lalu itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya kerana pulang lewat malam dengan bau harum minyak wangi melekat di badan.
Wanita berusia 30 tahun itu menyoal anaknya itu sebelum kanak-kanak berusia 9 tahun itu menceritakan kejadian dia diliwat seorang ustaz yang mengajar di sekolahnya.
Suspek sebelum itu pergi ke rumah mangsa pada jam 8 malam dan mengambilnya untuk dibawa bersiar-siar di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumah sewanya di Chicha dan didakwa meliwat kanak-kanak terbabit.
Mangsa hanya dihantar pulang pada jam 1.30 pagi. Selepas menceritakan kejadian itu, ibu mangsa membawa anak sulung daripada tiga beradik itu ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan dan membuat laporan di Balai Polis Tawang, Bachok.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Rohaimi Md Isa berkata, guru agama terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu ditahan ketika berada di kantin sekolah.
“Laporan awal pihak hospital bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan pada dubur mangsa, namun suspek sendiri mengaku ada melakukan sesuatu (cabul) ke atas mangsa.
“Polis masih siasat kes ini termasuk dakwaan mangsa disuruh menghisap beberapa batang rokok sebelum dicabul. Suspek direman hingga 7 November ini,” katanya. – 3/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.