Ibu Ayam 15 Tahun Didapati Bersalah Paksa Budak 13 Tahun Melacur
[Harian Metro] Ottawa: Seorang remaja perempuan dipenjara enam setengah tahun selepas didapati bersalah memberi dadah dan memukul sekumpulan kanak-kanak berusia seawal 13 tahun untuk memaksa mereka menjadi pelacur.
Dalam kejadian di Ottawa itu, remaja terbabit - yang tidak didedahkan identitinya atas faktor perundangan - memperdaya mangsa melalui rangkaian media sosial.
Ketika kejadian, dia baru berusia 15 tahun.
Dia ditangkap pada 2012 bersama dua remaja perempuan lain.
Pada asalnya dia berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara, namun pendakwa mengambil langkah lebih tegas memohon kepada mahkamah supaya dia dihukum sebagai pesalah dewasa.
Seorang daripada rakan subahatnya dihukum penjara tiga tahun, manakala seorang lagi masih menunggu ketetapan hakim.
Bertindak tanpa bantuan orang dewasa, ketiga-tiga remaja itu menggunakan media sosial untuk ‘menggoda’ mangsa di sekitar Ottawa sebelum dipujuk atau dipaksa mengambil dadah.
Apabila khayal dan lemah, mereka kemudian dihantar kepada pelanggan dewasa.
Menurut sumber, mangsa tidak berani melawan kerana diancam untuk dipukul atau dibunuh.
“Ada antara mangsa ditendang dan diherdik supaya mengikut pelanggan.
“Jika melarikan diri, mereka akan dikejar, ditangkap dan dibelasah,” katanya.
Seorang mangsa turut dibogelkan sebelum dikurung di tingkat bawah tanah rumah seorang dari tertuduh dan diambil gambarnya.
Dokumen mahkamah menyatakan, mangsa paling muda dihantar ibunya ke rumah tertuduh dengan sangkaan mereka akan selamat di situ.
Keesokan harinya, mangsa pulang dalam keadaan kusut masai, bermekap dan memakai kasut tumit tinggi yang bukan miliknya.
Tertuduh menggunakan telefon untuk menghantar gambar mangsanya kepada pelanggan.
Jika dipersetujui, tertuduh menghantar teksi ke rumah mangsa dan mengarahkan pemandu menghantarnya ke tempat dipersetujui pelanggan. -AFP/6/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.