Lelaki Cabul dan Rogol Anak Ditahan
[Utusan Borneo] SIBU: Suspek yang disyaki merogol anak kandungnya sendiri berusia 14 tahun dikenakan tahanan reman bermula semalam.
Bapa berusia 37 tahun itu diberkas polis di sebuah asrama pekerja di Jalan Teng Kung Suk, di sini kelmarin selepas dikatakan merogol anaknya pada malam Khamis lalu.
Isterinya tampil membuat laporan polis setelah melihat sendiri kerakusan suspek merogol anaknya di atas katil dalam sebuah bilik.
Menurut laporan, polis menahan suspek di asrama terbabit setelah dia kembali dari Kanowit untuk melarikan diri.
Suspek juga dikatakan turut mencabul seorang lagi anak perempuannya yang berusia 11 tahun. -10/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.