Ngeri, Kemaluan Wanita Tertusuk Kayu
Sekadar hiasan. |
[Borneo Post] KUCHING: Seorang suri rumah mengharungi detik cemas apabila sebatang kayu patah tertusuk di celah pahanya selepas tergelincir di kediamannya di Penempatan Semula Sungai Apong di sini, semalam.
Insiden sekitar jam 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, ibu kepada empat anak itu sedang menjemur pakaian di luar kediaman mereka.
Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan gagal mengawal imbangan badan akibat permukaan lantai yang licin lalu tergelincir apabila kayu itu dikatakan tertusuk di bahagian kemaluannya.
Dia yang kemudian kelihatan berlumuran darah di kain, menjerit kesakitan dan hanya terbaring sehingga suaminya datang memberi pertolongan.
Suami mangsa sempat menarik kayu itu keluar sebelum membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Keadaan mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil. -3/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.