Penyanyi Led Zeppelin Koyak Kontrak Bernilai RM2.6 Bilion
London: Penyanyi utama Led Zeppelin, Robert Plant menolak tawaran berjumlah lebih £500 juta (RM2.6 bilion) daripada Sir Richard Branson untuk menyatukan semula kumpulan rock itu bagi siri konsert jelajah.
Plant dilaporkan mengoyakkan kontrak ditawar Branson walaupun ia cukup lumayan.
Menurut sumber, Branson mahu Led Zeppelin mengadakan konsert di tiga bandar di Amerika Syarikat dalam tempoh 35 hari.
Kata sumber, mereka terkejut dengan tindakan Plant, 66, itu kerana anggota lain Led Zeppelin sudah menandatangani kontrak masing-masing.
Konsert itu mampu memberikan Plant dan rakannya - Jimmy Page serta John Paul Jones - keuntungan £190 juta (RM1 bilion) setiap seorang.
“Mereka semua cuba memujuk Plant, namun dia bertegas menolak,” katanya.
Konsert berkenaan dipercayai mampu meraih sehingga £250 juta (RM1.3 bilion). - Agensi/10/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.