Jutawan China Beli Lukisan RM207 Juta
[Harian Metro] Beijing: Seorang daripada tokoh paling kaya di China semalam dilapor membeli karya agung pelukis Vincent van Gogh yang bernilai hampir AS$62 juta (RM207 juta).
Menurut akhbar di Shanghai, pengerusi studio filem Huayi Brothers, Wang Zhongjun, membeli lukisan Still Life, Vase with Daisies and Poppies karya van Gogh pada 1890.
Lukisan itu dilelong firma Sotheby’s di New York dan dianggarkan bernilai antara AS$30 (RM100 juta) hingga AS$50 juta (RM166 juta).
Pembelian itu menjadikan Wang seorang lagi hartawan China membelanjakan begitu banyak wang untuk memperolehi karya seni antarabangsa.
Tahun lalu, seorang lagi hartawan Kumpulan Wanda, Wang Jianlin, membawa pulang lukisan Pablo Picasso berjudul Claude and Paloma bernilai AS$28 juta (RM93 juta).
Lukisan itu dihasilkan pada 1950.
Harga dikeluarkan adalah lebih dua kali ganda berbanding anggaran nilai sebenar iaitu AS$12 juta (RM40 juta).
Ketika itu syarikat terbabit dikecam kerana berbelanja keterlaluan dan patriotisme Wang dipertikaikan.
Kecaman sama turut ditujukan terhadap pembelian karya van Gogh semalam.
Seorang daripada pengguna laman mikro blog Sina Weibo berkata, tindakan Wang tidak ubah seperti seorang gila membeli lukisan seorang gila lain.
“Adakah begini dia membelanjakan semua wang pelabur? Membazir sungguh!” katanya. - AFP/6/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.