Tujuh Pelajar Ditahan Disyaki Terlibat Kes Rogol
[Utusan Malaysia] TEMERLOH 31 Okt. – Seramai tujuh orang pelajar sebuah institut kemahiran di sini ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis secara bergilir-gilir pada 14 Oktober lalu.
Difahamkan dalam kejadian bermula pukul 1 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan dibawa ke premis pengajian berkenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai dikatakan diajak oleh seorang suspek untuk keluar minum di kawasan berhampiran.
Mangsa kemudiannya dikata*kan dibawa suspek ke premis berkenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki berumur antara 18 hingga 21 tahun.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis yang menerima laporan semalam telah berjaya mengesan tujuh suspek di sekitar Temerloh dan Mentakab.
Katanya, kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Pada masa ini siasatan masih giat dilakukan dan siasatan akan dilakukan secara menyeluruh bagi menyelesaikan kes ini,” katanya. - 1/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.