Harga Rokok NAIK Mulai Hari Ini
Kenaikan harga rokok kali ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014. – Gambar fail Reuters, 4 November, 2014 |
[The Malaysian Insider] .Harga rokok naik sebanyak RM1.50 mulai 5 November 2014. Antara jenama rokok tersebut adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd, kenaikan ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014.
British American Tobacco Malaysia (BAT) sebelum ini mengumumkan harga rokok keluaran mereka dikekalkan pada harga lama selepas kenaikan sebanyak RM1 pada 8 September 2014.
Langkah itu diambil bagi memastikan syarikat berkenaan mampu bersaing dengan pengeluar lain.
Selain itu, pada 30 September tahun lalu juga menyaksikan kenaikan harga rokok setiap pek adalah sebanyak RM1.50 dan merupakan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah. – 4 November, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.