Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Khamis, 24 Mac 2016

Majikan Kejam Hukum Amah Hingga Kebulur




SINGAPURA: Sepasang suami isteri didapati bersalah melanggar undang-undang buruh kerana menyebabkan pembantu rumah mereka warga Filipina kebulur sehingga berat badan mangsa turun hingga 29 kilogram.

Peniaga Lim Chiong Hong dan isteri, Chong Sui Foon, kedua-duanya berusia 47 tahun, mengaku tidak memberi makan secukupnya kepada mangsa selama 15 bulan.

Hukuman ke atas mereka akan ditetapkan kemudian. Pasangan itu berdepan hukuman penjara dan denda maksimum S$10,000 (RM29,300).

Sebuah mahkamah daerah diberitahu bagaimana Thelma Oyasan Gawidan, 40, kehilangan berat badan hampir 20 kilogram, mengalami keguguran rambut dan berdepan masalah haid ketika bekerja dengan pasangan itu di kondominium mereka di kawasan Jalan Orchard.

Thelma hanya diberi makan dua kali sehari, biasanya beberapa keping roti dan sedikit mi segera yang disediakan Sui Foon.

Malah, ketika bercuti bersama ke Hong Kong, Sui Foon akan membungkus beberapa keping roti dan mi segera untuk mangsa.

Thelma juga tidak dibenar mengguna telefon bimbit dan tidak dibenarkan keluar membeli makanannya sendiri.

Selama setahun bekerja, dia dipaksa menggunakan tempat mandi awam bersebelahan kolam renang kondominium majikannya dan perlu diiringi seorang anggota keluarga.

Dia dibenarkan mandi dua kali seminggu.

Mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan rakan senegaranya.

Lim dan isterinya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 22 April selepas menjalani pemeriksaan psikiatrik.- Harian Metro/24/3/16


,

Remaja Nekad Rakam Aksi Dirogol Bapa Kandung Kerana Ibu Tidak Percaya



TIDAK tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung, seorang remaja perempuan dari daerah Uttar Pradesh, di utara India nekad merakam sendiri aksi lelaki terbabit merogolnya sebagai bukti perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh bapanya.

Mangsa, Sarita Devi (bukan nama sebenar), 18, bertindak demikian selepas mendakwa ibu dan kakaknya tidak percaya selepas dia memaklumkan bahawa bapanya berkali-kali melakukan serangan seksual terhadapnya, sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia tiada pilihan lain selain merakam kejadian ngeri itu menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan video tersebut kepada ibunya.

“Saya tidak memiliki sebarang bukti, jadi saya kumpul sendiri bukti kali ini untuk menentang bapa saya. Saya malu kerana mempunyai bapa sepertinya.

“Saya menuntut dia dihukum kerana mengeksploitasi saya bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mahu dia digantung tetapi saya mahu dia dipukul hingga mati oleh orang ramai dan dengan cara itu barulah dia tahu bagaimana rasanya hidup terseksa,’’ katanya dipetik portal berita antarabangsa.

Menurut mangsa, suspek yang berusia 53 tahun itu bertindak merogolnya ketika dia berada seorang diri di rumah.

Pada hari kejadian, mangsa mengambil keputusan merakam aksi berkenaan dengan meletak telefon bimbitnya di tepi tingkap, sebelum menunjukkan rakaman berkenaan kepada ibunya.

“Saya seperti orang gila apabila anak perempuan saya mengadu tentang bapanya. Saya fikir dia sengaja mereka cerita mengenai bapanya.

“Tetapi kebenaran (rakaman video) membuatkan hati saya berkecai. Saya masih terkejut dan sukar mempercayai, seorang bapa sanggup berbuat demikian terhadap anak perempuannya sendiri.

“Sekarang sokongan saya terhadap anak saya, dan saya kesal kerana tidak mempercayainya dari awal,” kata ibu mangsa.

Sementara itu, ketua pegawai polis daerah tersebut, Alok Saxena mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah menahan suspek pada Khamis lalu.

“Perbuatan itu amat dikutuk. Bapanya telah membuat pengakuan terhadap jenayah itu.

“Suspek mengakui telah melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 376 (rogol), 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak,” kata Alok dipetik sebagai berkata.- mD/24/3/16


, ,

Rabu, 23 Mac 2016

[Video] "Kalau baca Utusan, kami ini 'perompak'" - Muhyiddin Yasin


Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dirinya digambarkan seperti "perompak" apabila hanya berita buruk mengenai beliau disiarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Mengenang zaman ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin berkata, kini tiada lagi liputan akhbar itu seperti zaman popular beliau.

"Sekarang ini mereka nak tengok muka saya pun tak boleh lagi, mana ada Utusan di sini. Yang ada Malaysiakini, Pak Din Turtle (penulis blog) dan Malaysian Insider (kini ditutup).

"Kalau tuan-tuan baca Utusan, cerita-cerita yang buruk pasal Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas MB Kedah).

"Keluar macam-macam (berita), macam kami ini 'perompak' dibuatnya," katanya ketika berucap di program Bicara Rakyat Polemik Politik Masa Kini di Dewan Sri Teratai Kampung Batu Ampat‎, Kota Tinggi, malam tadi.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga sempat berseloroh dengan hadirin mengenai keadaan beliau yang kini tidak lagi disambut oleh pengiring dan paluan kompang ketika menghadiri program selepas dipecat sejak lapan bulan lalu.

"Hari ini, tidak ada walaupun hanya satu kompang.

"Tak apa, saya tak pegang jawatan lagi. Mereka yang bermain kompang boleh tidur lena," katanya disambut ketawa kira-kira 1,500 yang hadir.

Selepas berada dalam kerajaan sejak 37 tahun lalu, Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Malah, beliau yang kini digantung tugas sebagai timbalan presiden Umno, turut bersama 50 individu menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menggesa pengunduran Najib sebagai perdana menteri, pada 4 Mac lalu.

Sementara itu Muhyiddin berkata, sehingga hari ini sudah lebih 50,000 tandatangan telah dikumpulkan dalam kempen selamatkan Malaysia.

Menurut Muhyiddin, beliau merupakan penggerak utama meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

"Sayalah penggerak utama untuk minta Pak Lah berundur selepas PRU 2008. Saya jumpa Najib ketika itu dia timbalan perdana menteri dan bagi tafsiran keputusan PRU kurang baik.

"Kita menyarankan supaya beliau ambil alih kempinan negara daripada Pak Lah (Abdullah).

"Tapi hari ini saya melihat situasi agak begitu sukar, apabila kita lihat kepimpinan khususnya Najib. Pada peringkat awal nampak macam molek," katanya.

Namun tambah Muhyiddin, berbeza dengan Najib, Pak Lah jauh daripada sebarang skandal walaupun kepimpinan beliau dilihat tidak kukuh. -Malaysia Kini/22/3/16











, ,

[Video] 'Najib terdiam bila saya tanya mana duit di Singapura' - Muhyiddin Yasin



WAWANCARA Pengkritik sentiasa mempersoalkan sama ada pelaburan AS$1.103 bilion 1MDB di Kepulauan Caymans, syurga kewangan pesisir pantai, yang disimpan di Singapura benar-benar wujud.

Jawapan kerajaan di parlimen kemudian menyatakan ia disalah tafsir sebagai tunai, sebaliknya dalam bentuk “unit”.

Bagaimanapun, bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu satu masalah dan jika di negara lain perdana menteri boleh disingkir di parlimen kerana “tidak menyatakan dengan betul”.

Bekas orang nombor dua kerajaan yang digugurkan selepas lantang mengkritik dalam isu 1MDB itu mendedahkan, beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada Datuk Seri Najib Razak sendiri tetapi perkara itu gagal dijawab.

“Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini hujung minggu lalu.

Dalam wawancara di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, Muhyiddin juga mendedahkan dakwaan butiran penjelasan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Zeti Akthar Aziz dengannya.

Antara dimaklumkan padanya, dakwa Muhyddin, berhubung “kepincangan” yang berlaku dalam 1MDB, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum RM50 juta.

Seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan itu atas alasan ia berkaitan dengan politik.

Najib dan 1MDB telah menafikan melakukan sebarang salah laku dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menumbangkan perdana menteri.

Tapi apa lagi kata Muhyiddin? Ikuti sedutan petikan wawancara Malaysiakini dengan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu:

Malaysiakini: Tan Sri kata tahu lebih sedikit tentang 1MDB.

Muhyiddin: Lebih sedikit dari orang biasa sudah pasti. Di Teluk Kemang saya kata saya tahu lebih sedikit. Tapi umumnya saya TPM waktu itu, saya berpendapat pecahnya berita 1MDB, saya harus mengetahui apa yang sedang berlaku, tentang proses dan maklumat yang dikumpul oleh pelbagai pihak.


Saya terpaksa mendapatkan maklumat melalui Bank Negara, gabenornya ataupun... polis, SPRM, atau peguam negara yang lalu.

Bagi saya, saya sebagai orang nombor dua, saya ada hak. Bukan untuk mencampuri urusan penyiasatan. Kalau isu 1MDB sudah sampai serius, kalau penyiasatan dilakukan berhubung kait dengan PM, kalau apa-apa berlaku, haruskah TPM kata tak tahu dan lepas tangan?

Macam Bank Negara, Zeti (gambar), yang mana dia kata pasal Bank Negara institusi yang bertanggungjawab memastikan kewangan negara berjalan dengan betul bawah akta bank.

Dan bila saya bertanya, RM1 bilion dolar yang dia bawa balik dari bank BSI Singapura, lepas itu PM buat kenyataan di parlimen dan kata, “Ya wang itu ada masuk”.

Selepas itu dimaklumkan tidak ada duit dimasukkan. Dan dia kata kemudian...

Unit? 

Unit.

Jadi saya tanya gabenor, what is this all about as dia regulator? Dia (Zeti) kata, “Benar Tan Sri tak ada duit”.

Dan saya guna maklumat itu saya jumpa PM.

Dan satu ketika saya tanya, you spoke this in parliament, you respond this in parliament and you kata ada duit, tetapi sekarang ini tak ada duit.

Bagi saya itu satu masalah dan kalau di tempat lain, PM can be impeach (disingkir) kerana tak menyatakan dengan betul.

Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya. Dan perkara itu disahkan oleh gabenor Bank Negara.

Bila (pertemuan) ini Tan Sri?

Dalam tahun lalu, 2015. Waktu saya dalam kerajaan dan dia maklumkan kepincangan yang berlaku dalam 1MDB, yang langgar financial services act. Dia maklum pada saya, boleh dihukum maksimum RM50 juta. Ini maklumat dari gabenor. Dan kesalahan boleh dipenjara 12 tahun. Dia jelaskan pasal saya tak tahu maksud dia apa.

Saya diberitahu penemuan, penyiasatan Bank Negara dibuat oleh1MDB dan disebut kelulusan yang diberi dan kesalahan seperti kelulusan A dibuat untuk kelulusan B. Itu satu kesalahan. Itu yang saya dapat tahu.

Dan ia dilakukan siasatan, peguam negara yang lalu sudah dipecat dan diganti dengan peguam negara baru. Bila yang baru naik bawa laporan itu, apa hasilnya? Ditolak oleh peguam negara, tutup kes.

Saya bertanya balik dengan Zeti kenapa ia harus tolak? Bukankah Nank Negara sebuah institusi kewangan negara yang berprestij? Zeti sendiri antara gabenor Bank Negara terbaik di dunia. Pastinya, cara proses-proses dibuat dengan teliti dan ada bukti kenapa tidak ambil tindakan.


Singapura, UK, Switzerland, AS sedang siasat 1MDB, tapi kita nak tutup kes. Bagaimana pandangan Tan Sri?

Tak wajar sebab saya rasa mungkin rakyat tak puas hati bahawa kes telah selesai. Mungkin dari segi undang-undang yang disebut peguam negara telah selesai. Tapi di mahkamah rakyat ia belum selesai pasal tak puas hati dengan keputusan itu sebab ada campur tangan dan tidak telus.

Maka tidak seharusnya dianggap telah selesai, bagi sayalah. Di luar negara itu bidang kuasa luar negara pasal undang-undang yang mereka ada sedang digunakan. Berkaitan money laundering, salah guna sistem perbankan, kalau mengikut perkembangan, yang ada bukti kena ambil tindakan dan kita tidak boleh campur urusan itu.

Isu 1MDB tidak hanya dibatasi oleh sempadan Malaysia, ia melangkau ke peringkat antarabangsa dan global dan terserah pada pihak berkuasa negara itu apa yang mereka nak buat.

Tan Sri melihat kerajaan telah gagal dan parti dalam Umno sendiri ambil tindakan dalam hal ini?

Saya tidak nampak, dalam soal ini bukan politik. Yang penting institusi itu kerana ada kuatkuasa undang-undang. Umno mana ada undang-undang, Umno badan politik.

Cuma Umno badan politik untuk dilihat bertanggungjawab Umno harus bertindak atas landasan yang betul, ikut undang-undang. Bermakna kalau lihat kepincangan seperti hal ini, Umno tidak boleh berdiam diri. Tetapi dilema yang dihadapi kerana hal yang disebut ada kaitan dengan kepimpinan Umno.

Bersediakah ahli Umno yang berani mempersoalkan perkara itu? Saya mempersoalkan saya dihukum. Jadi harus mereka balik pada landasan asal kenapa Umno berjuang? Kerana kebenaran. Jadi perkara tak betul kena betulkan, bukan rosakkan.

Kalau masih ingat, berapa kali Tan Sri cakap pada Datuk Seri Najib yang Tan Sri tak puas hati mengenai 1MDB?

Lupa saya nak kata berapa kali, ada tiga empat kali. Tapi saya kata dalam kabinet, luar kabinet, di bilik dia, ada juga berkali-kali. Sedang berdiri pun bercakap juga. Bukan sekali tapi selalu. -Malaysia Kini/22/3/16




, ,

Anwar: Saya Tiada Dendam Peribadi dengan Mahathir, Najib


Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tidak menyimpan ‘dendam peribadi’ terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mahupun dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sudah maafkan semua orang lama dahulu.

"Pertarungan saya bukan bersifat peribadi; ia adalah mengenai pembaharuan institusi Saya tidak mempunyai dendam peribadi dengan Mahathir mahupun Najib," kata Anwar kepada Channel News Asia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam ketika beliau muncul sebagai peguam sendiri dalam kes saman fitnah .

Februari lalu, Anwar telah disabitkan dengan apa yang didakwanya sebagai rekaan tuduhan meliwat dan dihumban ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman lima tahun.

Pada tahun 1998, ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, Anwar dipecat dan dipenjarakan selepas ‘bergeseran’ dengan Dr Mahathir yang adalah perdana menteri ketika itu.

Walau bagaimanapun, pada awal bulan ini, Anwar menyatakan sokongannya terhadap Dr Mahathir dan menggesa parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk bersama menjayakan Deklarasi Rakyat yang dipelopori oleh seteru politiknya.

Beberapa pemimpin utama, dari kedua-dua belah politik dan juga masyarakat awam memeterai deklarasi itu atas kapasiti peribadi masing-masing yang antara lain menuntut penyingkiran Najib sebagai perdana menteri dan pembaharuan institusi.

Najib terpalit dengan skandal kewangan sejak tahun lalu apabila syarikat pelaburan negara, 1MDB yang diilhamkannya sarat dengan hutang sedangkan dana M2.6 bilion didapati berada dalam akaun bank peribadinya.

Beliau secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wang berkenaan adalah sumbangan politik.

Awal tahun ini, Peguam Negara mengumumkan bahawa beliau tidak akan meneruskan tuduhan terhadap Najib selepas mengkaji kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan ke atas perkara itu. -Malaysia Kini/23/3/16


, , ,

Tun M Heret Najib ke Mahkamah, Tuntut Ganti Rugi RM2.6 Bilion


Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.


Mereka memohon mahkamah perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib mengambil tanggungjawab terhadap salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam dan atau kemungkiran fidusiari dalam jawatan awam yang dilakukan olehnya. - Malaysia Kini/23/3/16


, ,

Pemilik Asal Rumah Lim Guan Eng Bersumpah Tiada Unsur Rasuah, Salah Guna Kuasa dalam Urusan Jual Beli



GEORGE TOWN, 22 MAC: Tidak wujud sebarang unsur rasuah atau salahguna kuasa berkaitan penjualan rumah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kata pemilik asal rumah tersebut. 

Pemilik asalnya, Phang Li Khoon, berkata urusan jualan rumah itu adalah keputusan beliau sendiri, dan tidak ditekan atau dipaksa atau dipengaruhi oleh Ketua Menteri atau mana-mana pihak untuk menjual rumah itu dengan harga RM2.8 juta. 

“Saya menjualnya atas kerelaan saya sendiri atas dasar pembeli dan penjual yang sama-sama rela,” katanya dalam satu Pengisytiharan Statutori atau Surat Akuan Berkanun hari ini. 

“Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada Ketua Menteri telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri. 

Menurut beliau, keputusan untuk menjualkan rumahnya kepada Guan Eng dibuat kerana berasa tidak selamat selepas berlakunya beberapa insiden yang membahayakan di rumah yang disewakannya kepada Ketua Menteri. 

“Menyewakan rumah kepada mereka (Guan Eng dan keluarga) telah menyebabkan saya rasa tertekan berikutan tindakan BN dan NGO-NGO yang menuduh saya dengan cerita-cerita palsu, 

“Ada lagi kejadian-kejadian lain pada tahun-tahun seterusnya, daripada demonstrasi dan upacara pengebumian di depan rumah, kepada bom botol molotov cocktail yang dibaling ke dalam kawasan rumah itu yang menyebabkan keadaan rumah terdedah dan tidak selamat,” jelas beliau. 

Sehubungan itu, beliau menjual rumah tersebut kepada Guan Eng kerana mahu “membebaskan” diri daripada tekanan berikutan pelbagai kejadian yang tidak dingini berlaku di rumah tersebut. 

Menurutnya, Guan Eng dan keluarganya adalah penyewa yang baik sepanjang 6 tahun, dan beliau menyifatkan Ketua Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang dihormati. 

“Saya rasa Pulau Pinang telah berjaya membangun di bawah pentadbiran beliau. Lebih penting lagi saya telah menjual rumah saya kepada orang yang saya hormati. 

“Saya tidak menyesal menjual rumah saya kepada Ketua Menteri dengan harga RM2.8 juta. Saya telah membebaskan diri saya daripada masalah dan tekanan yang saya tidak perlukan,” ujarnya dalam surat akuan itu. – Roketkini.com

Baca statutori/akuan bersumpah penjual di sini.

, , , ,

Selasa, 22 Mac 2016

PRU-14: PAS Sedia Hadapi Pakatan Harapan - Hadi



KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk menentang parti dalam Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu pada masa ini tidak merancang untuk berundur daripada mana-mana kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

"Kita tetap dengan pendirian untuk kekal dengan gabungan kita sendiri pada ketika ini.

"Terpulang pada pihak lain (Pakatan Harapan atau Barisan Nasional) untuk menerima konsep kita atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan parti itu akan berbincang dengan PKR bagi mengelak bertanding kerusi yang sama dan pertembungan tiga penjuru dalam kalangan pembangkang.

Pada 17 Mac lepas, PAS mengumumkan pembentukan permuafakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sekali gus mewujudkan blok politik ketiga di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang baik, termasuk dalam soal politik.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini perjuangan kedua-dua parti masih berbeza.

"Sehingga sekarang kita (PAS dan BN) masih perlu bertanding, kita tunggulah pilihan raya umum nanti," katanya. -Mstar/21/3/16


, , ,

UMNO, PAS Gesa Melayu Halang Usaha DAP Jadi Pemerintah


KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu dan Islam diminta untuk bersatu dalam menentang agenda DAP dalam usaha parti tersebut untuk mejadi pemerintah negara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP yang berasaskan kaum Cina tidak berhak menjadi pemerintah ekoran masyarakat Cina hanya merangkumi 30 peratus dari keseluruhan rakyat Malaysia.

"Dap mempunyai cita-cita besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam ahaka mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Selain itu, kita juga telah mengingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatian dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumabangan yang besar," katanya lapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak juga menyeru agar rakyat menolak agenda dangkal bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang terutama DAP untuk menghancurkan kepimpinan negara.

Beliau yang mengulas mengenai catatan terbaru Dr Mahathir di blognya berkata, Dr Mahathir nyata berniat untuk menghancurkan UMNO dan sikapnya itu nyata semakin bercanggah dengan apa yang telah diperjuangkannya sebelum ini.

"Dia mengungkit semula cerita lama, mengulang perkara yang sudah pun dijawab dengan jelas. Dia kritik parti dengan pelbagai tohmahan, sedangkan dia sudah tinggalkan perjuangan. Itu bukti dia bukan sahaja tidak sayangkan UMNO, malah berniat untuk menghancurkan parti," katanya.

Ujarnya lagi, Dr Mahathir yang kini 'tidur sebantal' bersama pembangkang tidak berhak untuk mencampuri urusan UMNO.

"Berpakat dengan musuh-musuh ini untuk menumbangkang kerajaa yang dipilih secara demokratik jelas bukan untuk menyelamatkan Malaysia, tapi menghancurkannya. Dr Mahathir dan kumpulannya cuba mencari jalan singkat menjatuhkan kerajaan," katanya lagi. - Malaysia Digest/22/3/2016


,

Jumaat, 18 Mac 2016

Lim Guan Eng Jawab Isu Rumah Banglo



GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjumput Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya untuk bersemuka bagi merungkai kebenaran dan fakta berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn di sini.

Beliau berkata, tuduhan rasuah oleh Shabudin di Dewan Rakyat kelmarin adalah tidak berasas kerana mengaitkan pembelian itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 kepada pemaju swasta untuk pembinaan hospital swasta dan hotel.

Menurutnya, tiada apa yang akan disembunyikannya mengenai pembelian banglo bernilai RM2.8 juta dan mahu mendengar sendiri apa sebab yang mendorong Shabudin membuat tuduhan sedemikian.

"Selepas tujuh tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, saya membeli sebuah rumah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn berusia lebih 30 tahun. Saya beli dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju swasta tetapi dari individu persendirian.

"Saya mengambil pinjaman bank RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai berdasarkan apa yang saya terima sebagai ketua menteri dan wakil rakyat," katanya pada sidang media di sini.

Guan Eng berkata,Shabudin membuat tuduhan bahawa nilai rumah yang dibeli sepatutnya lebih tinggi.

Beliau menjelaskan pembelian itu adalah transaksi “bebas dan rela hati” (arms-length) antaranya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual (willing buyer-willing seller).

"Penjual adalah individu persendirian melalui sub-jualan dan bukan pemaju perumahan.

"Selagi tidak ada paksaan atau pengaruh yang tidak wajar, kontrak penjualan rumah ini umpama seperti perkahwinan – ia terpulang kepada kedua-dua pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau teman yang sesuai," katanya.

Sebelum ini,sebuah portal melaporkan melaporkan Shabudin mengaitkan pembelian rumah itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 kepada pemaju swasta untuk membina hospital swasta.

Shabudin dilaporan berkata,tanah Taman Manggis sepatutnya untuk projek perumahan kos rendah.

Guan Eng berkata, adalah tidak benar untuk mengaitkan pembelian rumah pada tahun lalu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 melalui tender terbuka yang kompetitif.

Beliau berkata, tidak salah untuk menjual tanah kepada pembida yang paling tinggi dan pemaju swasta yang memenangi bidaan itu secara tender terbuka yang kompetitif.

"Penjual rumah saya tidak terlibat dengan syarikat yang memenangi bidaan tanah itu dan bukan pemegang saham atau ahli lembaga pengarahnya. Tambahan pula Jawatankuasa Tender Kerajaan Negeri tidak dipengerusikan oleh saya tetapi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri tidak mengetahui bahawa tanah Taman Manggis diperuntukkan untuk perumahan kos rendah. Bagi mengalakkan pelancongan perubatan, kerajaan negeri memutuskan untuk menawarkan tanah itu untuk pembinaan hospital pakar," katanya.

Beliau berkata, dakwaan rasuah tanpa asas, kebenaran atau fakta adalah serangan peribadi untuk menamatkan kariernya tambahan pula Ahli Parlimen Tasek Gelugor membangkitkannya dalam Dewan Rakyat dan menikmati kekebalan parlimen dari tindakan undang-undang.

"Shabudin harus mencari fakta yang benar untuk membuktikan saya terlibat dengan rasuah.

"Atas sebab itu, saya menjemputnya untuk bersemuka secara satu-sama-satu berdasarkan fakta dan angka, pada jam 11 pagi Ahad 20 Mac 2016 di hadapan media massa di pejabat saya di Komtar. Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri siapa yang bercakap benar, siapa yang bersih dan siapa yang membuat serangan liar, tidak bertanggungjawab dan serangan peribadi yang tidak berasas," katanya.- Sinar Harian/18/3/16


,

Khamis, 17 Mac 2016

[Video] Guan Eng Lantik Bekas Mejar Zaidi Sebagai Pegawai Penerangan



Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat kerana mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2013, hari ini mengangkat sumpah sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menyaksikan upacara angkat sumpah di Komtar itu berkata, Zaidi ditugaskan untuk mengendalikan jalankan projek kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin iaitu Agenda Ekonomi Saksama (AES).

Lim yakin Zaidi mampu memberi inspirasi kepada golongan belia untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana adalah impian kebanyakan kanak-kanak untuk menjadi seorang juruterbang.

"Bukan mudah untuk jadi seorang juruterbang," katanya pada sidang media bagi mengumumkan pelantikan Zaidi.

Lim berkata Zaidi, yang juga adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, bahagian Kepala Batas dipilih berdasarkan prinsip perjuangan hidupnya.

"Beliau sedia berkorban kerana prinsip," katanya.

Zaidi dilucutkan keanggotaanya dari TUDM selepas mahkamah tentera mendapati beliau bersalah kerana membuat laporan polis pada pilihan raya umum 2013 berhubung dakwat kekal itu yang disifatkan sebagai melanggar etika kerja. - Malaysia Kini/16/3/16

, , ,

Rabu, 16 Mac 2016

[Video] Hudud: PAS Serah kepada Kerajaan Pusat







PAS menyerahkan kepada kerajaan persekutuan untuk terus membawa agenda hudud di parlimen susulan penubuhan blok barunya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memberitahu pemberita hari ini cadangan itu sepatutnya datang daripada kerajaan pusat kerana ia melibatkan pindaan kepada undang-undang persekutuan.

"(Di) Parlimen kita (PAS) tak pernah bawa hudud, yang (kita) bawa ke parlimen ialah (cadangan pindaan) Akta 355. Tak boleh dilaksana sebab mahkamah tak berkuasa.

"Ia bukan Akta Hudud tapi (cadangan pindaan) untuk tingkatkan kuasa mahkamah syariah.

"Saya berpandangan kerajaan persekutuan (kena) bawa (ke parlimen) sebab itu akta persekutuan.

"Kalau dipinda pun tak boleh laksana (hudud) sepenuhnya," katanya pada sidang media bersama pemimpin PAS dan Presiden IKATAN Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Takiyuddin diminta mengulas pendirian blok baru itu mengenai hudud, isu yang dikaitkan sebagai salah satu sebab PAS memutuskan kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Sementara iti, Kadir pula berkata ada keadaan dalam Islam yang membolehkan sesuatu perkara tertentu ditangguhkan.

"Dalam Islam ada keadaan tertentu untuk tangguh sekejap, kita tangguh. Pada akhirnya rakyat yang tentukan nak laksanakan atai tidak," kata bekas menteri Umno itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini cuba memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka jalan penguatkuasaan hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Rang undang-undang itu tersenarai pada kertas perintah Dewan Rakyat tahun lalu tetapi tidak pernah dibahaskan.

'Menteri beri lampu hijau'

Takiyuddin, bagaimanapun, berkata perbincangan lanjut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menunjukkan tanda-tanda positif.

"Baru-baru ni Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Jamil Khir Baharom) beri lampu hijau. Mungkin (bentang) pada sesi parlimen seterusnya, bukan sekarang kerana ada prosedur," katanya.



P/s: Berbelit-belit!!!

DULU - wajib kaji semula kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat kerana DAP dikatakan tidak setuju dengan hudud. Walhal PKR pun berpendirian yang sama.

SEKARANG- boleh bekerjasama dengan Ikatan walaupun Ikatan dilaporkan oleh FMT berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.


, , ,

[Video] PAS-IKATAN Sepakat Hudud Tidak Sesuai di Malaysia



KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi. -FreeMalaysiaToday/16/3/16




P/s: DULU - wajib kaji semula kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat kerana DAP dikatakan tidak setuju dengan hudud. Walhal PKR pun berpendirian yang sama.

SEKARANG- boleh bekerjasama dengan Ikatan walaupun Ikatan dilaporkan oleh FMT berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Tak tahu sama ada walaun nak marah atau menangis.


Kalau berita ini benar, maka hudud ini hanyalah modal PRU dan muktamar untuk menyingkirkan G18 saja.

Tak betul? Saman FMT.


, ,

IKATAN, PAS Bersekutu Bentuk Blok Baharu Pembangkang


PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.

IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.

Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.

Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.

Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.


Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Bekas pemimpin PAS yang tersingkir kemudian membentuk Parti Amanah Negara dan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP bagi menghasilkan Pakatan Harapan. - Malaysia Kini/16/3/16

Berkaitan:

Blok ketiga? Kosong Campur Kosong Tetap Kosong, kata DAP


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menolak relevan ‘blok ketiga pembangkang’ yang ditubuhkan antara PAS dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Adakah itu kuasa ketiga? Dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong. Anda boleh petik saya mengenainya," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS tengah hari tadi yang membentuk blok pembangkang baru selepas perpecahan Pakatan Rakyat tahun lalu.

Lim bagaimanpun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau "tidak mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak baik."

PAS menandatangani memorandum persefahaman dengan Presiden Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kadir, seorang bekas menteri Umno, menubuhkan partinya pada bulan Jun, 2012, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

IKATAN, bagaimanapun, gagal didaftarkan secara rasmi dan hanya dilancarkan sebagai sebuah parti berbilang kaum pada 15 Mei tahun lalu.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - Malaysia Kini/16/3/16




, ,

Khamis, 10 Mac 2016

[Video] Sahkah Kemenangan Semua Calon BN Selepas Didakwa Belanja Melebihi Had dalam PRU13?



KUALA LUMPUR, 10 MAC: Barisan Nasional didakwa membelanjakan lebih RM1.5 bilion untuk pilihanraya umum ke-13 lalu, iaitu melebihi had dan menjadi kesalahan kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Peguam, Zulhazmi Shariff, berkata mengikut seksyen 19 (1) akta berkenaan, calon bagi setiap kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) atau ejennya hanya dibenarkan berbelanja tidak melebihi RM200,000 manakala kerusi Dewan Negeri (DUN) terhad kepada RM100,000.

Dengan itu, beliau menjelaskan, oleh kerana Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen, had untuk berbelanja untuk kesemua kerusi tersebut tidak boleh melebihi RM44.4 juta manakala kesemua 576 kerusi DUN tidak boleh melebihi RM57.6 juta, iaitu had jumlah keseluruhan adalah RM102 juta sahaja.

“Jumlah maksimum keseluruhan tersebut amat jauh dengan jumlah RM1.5 bilion yang dibelanjakan oleh BN dalam PRU13 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli DAP berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang dikatakan menyebut bahawa Datuk Seri Najib Razak pernah memberitahu ketua-ketua perhubungan UMNO negeri tentang BN membelanjakan RM1.5 bilion pada PRU lalu.

“Perkara pokoknya ialah penggunaan lebih RM1.5 bilion di dalam PRU13 yang lalu,” ujarnya.

Beliau bertegas bahawa dengan pengakuan Mukhriz, dan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua Menteri Melaka, tentang RM1.5 sebagai belanja pilihanraya BN, ia bererti kesemua calon BN yang bertanding pada PRU lalu menyalahi undang-undang dan boleh didakwa di mahkamah.

“Fakta tersebut secara langsung menunjukkan bahawa BN tidak menghormati undang-undang negara dan telah menipu demi kuasa.

“Adakah ini bermakna kita masih lagi boleh menerima dan masih boleh membiarkan Najib berkuasa sebagai Perdana Menteri?

“Adakah ini bermaksud kita masih lagi boleh memberikan masa kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tamat tempohnya?” Katanya. – Roketkini.com




,

Ahad, 6 Mac 2016

Wanita Potong Kemaluan Lelaki di Kebun Pisang



GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat di sini, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pos Pulat.

"Sebelum kejadian mangsa, yang berumur 36 tahun tinggal di rumah kongsi pekerja ladang di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya.

"Mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya. 

Katanya, mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong, manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

"Imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut. Polis sedang mengesan wanita berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan," katanya. - Bernama/6/3/16


,

[Video] Saya Tidak Pernah Benci Mahathir - Kit Siang



Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mempunyai satu perkara untuk diperkatakan tentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulu lawan tetapi kini menjadi sekutunya- bahawa beliau tidak pernah membenci bekas perdana menteri itu.

"Saya tidak pernah benci Mahathir, saya tidak pernah benci sesiapa. Oleh kerana dalam politik, kamu tak boleh bersikap peribadi," kata Lim pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Lim berkata demikian walaupun hakikatnya beliau menghabiskan 17 bulan di kem tahanan Kamunting selepas ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang pada 1987, semasa Mahathir menjadi perdana menteri.

Menjelaskan lebih lanjut, Lim berkata, beliau sebenarnya bertemu Mahathir selepas beliau dibebaskan untuk bertanya mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang ketika itu Ketua Pemuda Umno tidak ditangkap.

"Saya berkata kepadanya, 'Saya tidak datang bertanya kepada kamu mengapa kamu tangkap saya. Saya datang untuk bertanya mengapa kamu tak tangkap Najib. Jadi tiada apa-apa peribadi [...]. " katanya.

Najib, dalam perhimpunan pada bulan Oktober 1987, membuat ucapan yang terkenal di mana beliau menyatakan bahawa beliau mahu 'rendam keris dengan darah Cina'.

Najib telah menafikan membuat kenyataan itu.

Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober tahun yang sama oleh Mahathir untuk meredakan 'ketegangan kaum'.

Tetapi hampir 19 tahun kemudian, Lim dan Mahathir adalah antara tokoh terkenal yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menuntut perletakan jawatan Najib sebagai perdana menteri.

Terdahulu dalam ucapannya pada forum anjuran Wanita DAP Wilayah Persekutuan, Lim berkata beliau dan anaknya iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah antara yang pertama ditahan dan yang terakhir dikeluarkan semasa Ops Lalang.

"Tetapi demi kepentingan negara, kita tidak perlu menjadi terlalu peribadi [...] ia adalah mengenai kepentingan rakyat dan negara," kata beliau sambil menegaskan bahawa semua perasaan peribadi dan perbezaan perlu diketepikan. -Malaysia Kini/6/3/16

[Video] Taja Umrah: Dari Mana Khairy Dapat RM1.4 juta?



Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber dana yang digunakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menaja 191 ketua Pemuda Umno Bahagian untuk melaksanakan umrah di Mekah.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail memberitahu Malaysiakini bahawa dia boleh membuat laporan mengenai perkara itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.

"Saya hanya membaca tentang perjalanan itu diSuara.tv semalam.

"Saya tidak boleh hanya menuduh tetapi apabila saya membaca bahawa exco Pemuda Umno telah mengesahkan perjalanan ditaja oleh YB KJ, saya berasa lebih yakin untuk mengeluarkan kenyataan," kata Syed Rosli.

Portal yang dikaitkan dengan Umno itu Jumaat lalu memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan bahawa Khairy telah menaja perjalanan bagi semua ketua bahagian dan exconya.

Dalam artikel yang berasingan, Suara.tv juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyokong legalisasi ganja.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau untuk mendapatkan respon. -Malaysia Kini/6/3/16

, ,

Saintis Temukan ‘Achilles’ Titik Mati Kanser Sebagai Penawar


LONDON – Sekumpulan saintis di University College London di sini percaya mereka berjaya merungkai cara untuk memacu sistem kekebalan tubuh badan bagi membunuh sebarang penyakit kanser, lapor stesen tempatan BBC.

Penyelidik terbabit telah membangunkan satu cara untuk mencari penanda unik dalam ketumbuhan yang lazim dalam sains perubatan disebut sebagai “Achilles heel” iaitu titik mati sasaran bagi menghapuskan penyakit itu.

“Achilles heel” asalnya merujuk kisah mitos Greek purba apabila dewa Achilles diramal nujum bakal mati ketika bayi menyebabkan ibunya, Thetis merawatnya anaknya itu di sungai Styx yang didakwa mempunyai kuasa sakti.

Ketika mandi, sebelah kaki Achilles tidak direndam Thetis dalam air ajaib tersebut kerana tidak disedarinya sendiri mengakibatkan hanya bahagian tumit dewa itu sahaja yang tiada memiliki kuasa kehebatan luar biasa.

Apabila dewasa, dewa Yunani itu dikatakan berjaya menang dalam banyak pertempuran sehinggalah ada seorang musuh berjaya memanah anak panah beracun tepat ke bahagian tumit tersebut menyebabkan Achilles rebah mati.


Kaedah rawatan secara peribadi ala “Achilles heel” itu dilaporkan menerusi jurnal penyelidikan terkenal Science, namun dikatakan agak mahal dari segi kos dan ia belum pun lagi diuji kaji pada mana-mana pesakit kanser.

Pakar yang melakukan kajian dibiayai Cancer Research UK itu bagaimanapun percaya penemuan baharu tersebut mungkin akan mencipta rawatan terkini pada tulang belakang pesakit yang akan diuji dalam masa dua tahun lagi.

Mereka percaya dengan menganalisis DNA, penyelidik mampu memajukan rawatan tersebut kerana selama ini saintis berjaya membangunkan sistem pertahanan badan untuk membunuh tumor tetapi sasarannya itu salah.

Masalah barah sejak kebelakangan ini ialah ia kini dihasilkan bukan daripada sel-sel seiras, sebaliknya sudah banyak bermutasi sekali gus mengelirukan genetik asal dan ketumbuhan boleh muncul pada situasi yang berbeza.

Dr. Marco Gerlinger dari Institute of Cancer Research berkata: “Ini adalah satu langkah penting dan menyebabkan kita berfikir mengenai kepelbagaian baka sebagai satu masalah yang membolehkan sesuatu barah baharu muncul.”– Agensi/Mynewshub.cc/HAA/6/3/16


,

Khamis, 3 Mac 2016

Ibu Dipenjara Sehari, Denda RM200 kerana Curi Milo



Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di Kuala Lumpur, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar. – Bernama, 2 Mac, 2016.


, ,

[Video] Muhyiddin Sertai Acara 27 Mac, Sedia Kerjasama dengan Pembangkang Singkir Najib



Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti yang dianjurkan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, Zaid memaklumkan kepadanya tujuan utama himpunan itu bagi mengumpulkan sokongan untuk mendesak peletakan jawatan Najib.

"Kami di landasan sama, jadi saya kata Insya-Allah saya akan hadir," kata Muhyiddin pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya adakah beliau akan bekerjasama dengan pembangkang dalam melawan Najib, Muhyiddin menyatakan kesediaannya selagi ia untuk kebaikan dan kepentingan rakyat.

"Selagi tujuannya baik, untuk kebaikan negara dan kepentingan negara dan mereka setuju terdapat salah laku dalam kepimpinan, tidak kira siapa mereka saya sedia bekerjasama dengan mereka," katanya.

Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesahkan kehadirannya ke perhimpunan sama semasa mengumumkan keluar Umno minggu lalu dan akan menyampaikan ucapan.

Zaid pada Februari lalu mencadangkan orang ramai mengadakan "perhimpunan menyokong Dr Mahathir" dan permintaan peletakan jawatan terhadap Najib serta peguam negara dan ketua polis negara pada 27 Mac.

Bekas menteri undang-undang itu berkata ia akan menjadi perhimpunan aman rakyat yang mahu pihak menyalahgunakan undang-undang dan melindungi penjenayah dihukum.

Muhyiddin pada Jumaat lepas disingkir daripada jawatan timbalan presiden Umno oleh Majlis Tertinggi atas alasan tidak menjalankan tugasnya membantu presiden parti menjalankan tugas untuk parti.

Bagaimanapun, pemerhati melihat keputusan penyingkiran tersebut dibuat susulan kritikan berterusan oleh Muhyiddin berhubung isu syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib. – The Malaysian Insider/3 Mac, 2016.




, ,

[Video] Panel SPRM Ada Cukup Bukti untuk Dakwa Najib - Muhyiddin



Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan memberi cadangan supaya menghantar semula kertas siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion dan SRC International kepada peguam negara jika mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengambil kira cadangan PPO itu, Muhyiddin berharap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengambil tindakan dengan adil dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya.

"Saya ditunjukkan bukti aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan ini bukan lagi rahsia kerana ini sudah ditunjukkan peguam negara baru-baru ini," kata Muhyiddin sambil memegang laporan The Malaysian Insider mengenai kenyataan Apandi mengumumkan tiada kes untuk mendakwa Najib.

Muhyiddin juga sekali lagi mengulangi bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail sudah menunjukkan kepadanya mengenai bukti dan kertas pendakwaan terhadap Najib.

Katanya, terdapat bukti jelas membabitkan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC tetapi tidak boleh mendedahkannya.

"Kuasa mendakwa hanya ada pada peguam negara bukan saya, sama ada mahu ambil tindakan atau tidak itu terserah kepada beliau untuk buat pendakwaan.

"Kalau ada bukti, buat saja pendakwaan," katanya pada sidang media di Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Februari lalu, PPO dengan 8 ahli yang bermesyuarat buat kali terakhir menasihatkan badan anti rasuah itu menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd kepada Apandi, yang juga pendakwa raya, untuk semakan beliau.

Panel itu, yang memuji SPRM kerana profesionalisme, dedikasi dan integritinya juga mencadangkan kepada penyiasat meminta bantuan peguam negara mengeluarkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan luar negara dalam siasatan mereka ke atas derma RM2.6 bilion itu.

Pada 26 Januari lalu, Apandi berkata tidak terdapat bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan permintaan mendapatkan MLA daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Terdahulu, laman portal The Malaysian Insider juga disekat ekoran laporan mengatakan PPO tetap mengesyorkan kepada peguam negara supaya Najib didakwa berhubung kes 1MDB dan SRC.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi alasan sekatan tersebut atas sebab "keselamatan negara" tetapi tidak memperincikannya. – The Malaysia Insider/3 Mac, 2016.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH