Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 17 Disember 2010

Fakta BN "Jual" Negara: Undang-undang Pemilikan Hartanah Kita Terlonggar di Dunia


Saya petik:

[UM] KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.- Fairus Kassim

P/s: Bodoh!

  1. alah...duduk kat malaysia ni ssh la nak kaya...aku rase gaji yg die bg ckup2 tok mkn pkai n sewa umah jew...nk beli umah??? haa...aku rase ikat prot la aku nak mkn klu nk bli rmh kt kl ni...bkn x reti nak bersyukur...tp tgk je la...yg najib tu anak bini shopping bkn main...bnyknye duit??? kite yg rakyat kj tungkus lumus...hidup mcm ni jgk...dorg yg bsr2 ni prot buncit mkn duit rkyat...bajet halal la...huhu

    gravatar Comment by shaz @ Khamis, November 24, 2011 12:03:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH