Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 16 Disember 2010

Kajian: Pemindahan Sel Tunjang Berjaya Sembuhkan Pesakit AIDS



Timotius Ray Brown warganegara Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh AFP pernah menghidap AIDS, namun disahkan bebas HIV lebih daripada tiga tahun selepas menerima rawatan pemindahan sel tunjang (stem cell transplant). Kejayaan ini yang pertama seumpamanya dan menjadi titik tolak kepada usaha mencari penawar kepada virus penyebab AIDS seperti yang ditegaskan oleh Doktor Gero Hutter.

Walaupun teknik berisiko tinggi ini digunakan pada lelaki yang juga dikenal sebagai "Pesakit Berlin" itu mungkin tidak akan berkesan kepada sebahagian besar daripada 33 juta orang yang menghidap HIV di seluruh dunia, namun para saintis berpendapat kejayaan itu menjadi petunjuk kepada kemajuan penting untuk menghasilkan penawar yang dapat digunakan di seluruh dunia.

"Berdasarkan keputusan itu, kami  menyarankan bahawa pesakit ini telah sembuh daripada HIV," kata pakar perubatan dalam jurnal Blood, terbitan American Society of Hematology.

Proses kajian ini bermula pada tahun 2006 apabila lelaki AS tersebut yang telah menghidap HIV positif selama lebih daripada satu dekad, mencari rawatan untuk mengubati leukemia myeloid akut, iaitu kanser darah yang boleh membawa maut.

Setelah pusingan pertama rawatan kimoterapi gagal, Doktor Gero Hutter, berfikir tentang kemungkinan untuk pemindahan tulang sumsum daripada penderma dengan mutasi genetik yang secara semula jadinya dapat bertahan daripada HIV.

Setelah menolak puluhan penderma berpotensi, Hutter akhirnya menemui penderma yang sesuai dan proses  pemindahan tulang sumsum dengan menggunakan sel tunjang daripada penderma tahan-HIV itu pada Februari 2007.

Hasil kajian pertama Hutter, yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada tahun 2009, menunjukkan bahawa tiada tanda bahawa HIV telah kembali menyerang dalam darah pesakit itu, walaupun dia sudah berhenti sepenuhnya menjalani terapi antiretroviral. /www.duniacacamarba.blogspot.com

Bacaan lanjut di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH