[Kemas Kini] Lelaki Ini Cipta Rekod. "Tahniah"!
Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007 seperti yang dilaporkan oleh Kosmo.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.
Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah hakim memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.
Dia ialah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah.
"Tahniah"!
Kemas Kini:
Perincian tuduhan yang dikenakan terhadapnya saya peroleh di HM. Menurut laporan akhbar itu:
Bagi dua tuduhan pertama, dia didapati bersalah meminta dan menerima RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah bagi melepaskan wang ikat jamin lima GRO kepada Yoong Hor Kit, serta meminta RM20,000 daripada Yoong melalui Mohd Sharif Abdul Ghani di Bangunan Persatuan Menembak Perak, Ipoh.
Dia juga dituduh meminta RM20,000 daripada Yoong melalui Mohd Sharif Abdul Ghani serta menerima RM10,000 daripada Yoong, semuanya untuk mengurangkan hukuman dan memulangkan wang jaminan berkenaan.
Dia juga didakwa meminta RM1,100 daripada Mohamad Imran kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Ogos 2007 bagi mempercepat perbicaraan poligami antara Mohammad Asri Abu Bakar dengan Nor Farihan Hassan. Bagi dua tuduhan terakhir, dia didakwa menerima RM1,100 dua kali daripada Mohamad Imran untuk kes perkahwinan itu, selain mengeluarkan surat izin berkahwin.
Yang menariknya, isteri bekas hakim ini, Maznah Idris mendakwa “Suami saya dianiaya disebabkan pangkatnya.”
Suaminya didapati bersalah atas 7 tuduhan rasuah, si isteri masih mendakwa suaminya dianiaya? Biar betul kak!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.