Zaid Jadi "Kepala", AKIM-KITA Kini Parti Liberal
Datuk Zaid Ibrahim akhirnya menyertai AKIM kini KITA seperti yang diramalkan sebelum ini. Parti orang lama, konservatif, serpihan PAS yang ditubuhkan sekitar tahun 1995. Hari ini Zaid Ibrahim diangkat menjadi Presiden ke-6 selepas Zakaria Salleh, Hanafi Mamat, Mohammad Yusoff, Mohd Din Nizam Din, dan Musa Salleh menerajui parti itu. KITA dahulunya AKIM kini sudah "moden" dalam sekelip mata.
Muktamar parti itu hari ini dengan pengaruh Zaid telah membuat "make over" dan menjenamakan semula parti itu. Jawatan Presiden kini sudah digelar Ketua Parti begitu juga struktur parti yang lain yang banyak berubah. Parti itu kini akan dijadikan parti nasional, bukan lagi parti yang hanya dianggotai oleh bekas PAS, Semangat 46, Hamim, dan segelintir orang Melayu. Hala tuju asal parti itu, iaitu untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara sudah tentu akan berubah demi memenuhi agenda nasional Ketua Parti baharu. Lambang parti juga akan ditukar.
WOW!
Baru sehari diangkat menjadi Ketua Parti, Zaid sudah dilihat begitu mendominasi parti. Antara balasan dan janji Zaid kepada parti ialah jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat. Sudah tentu parti yang dahulunya mempunyai dana kewangan yang kecil akan mempunyai dana yang kukuh selepas ini. Hal ini selaras dengan pengakuan Zaid "AKIM pilih saya, saya pilih AKIM..." dalam kenyataan akhbarnya. Persoalannya, bagi anggota AKIM yang berfikiran konservatif, bersikap sentimental, serta berpegang teguh pada prinsip perjuangan asal parti, mahukah mereka menerima perubahan drastik yang dibawa oleh Zaid?
Dalam laporan TMI, Zaid menegaskan bahawa KITA tidak akan menyertai Pakatan Rakyat, namun akan menyokong PR jika ada sesuatu agenda yang dipersetujui parti itu. Tegasnya nada Zaid.
Sementara itu, Hanafi Mamat yang masih mendakwa dirinya Presiden AKIM tidak mengiktiraf perubahan yang dibuat pada AKIM seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Malah sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat, mengesahkan Hanafi kekal menjadi Presiden AKIM berikutan kemelut perebutan jawatan parti sehingga menjejaskan parti berkenaan.
Alahai Zaid, KITA! Belum lagi memulakan langkah sudah ada kemelut di depan mata.
P/s: KITA tidak akan mampu berdiri kukuh dalam politik negara tanpa menyertai atau bersikap mesra dengan BN atau Pakatan Rakyat. Persoalannya, pihak manakah yang bakal disokong oleh KITA? KITA juga tidak akan ke mana-mana tanpa menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu. Walau apa pun, tahniah Zaid, cita-cita mahu menjadi orang besar parti sudah tercapai.





gila nak jadi Presiden ropenya....
patutlah...
kah kah kah kah kah