Awas, Mesin RO Tercemar, Pemilik Mesin Tipu Pengguna!
Saya petik:
[SH] BUKIT BERUANG - Penggemar air reverse osmosis (RO) dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli air berkenaan daripada mesin jualan yang terdapat di merata tempat.* Gambar di atas sekadar hiasan.
Ini berikutan penemuan beberapa mesin air RO yang diragui kandungan airnya, selain faktor kebersihan yang tidak terjamin.
Nasihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu berikutan hasil penemuan empat mesin sedemikian dalam operasi bersepadu di negeri ini, semalam.
Dalam operasi berkenaan yang turut disertai pegawai Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM), empat mesin air RO, yang setiap satunya bernilai hampir RM6,000, turut dirampas.
Ketua Penguat kuasa KPDNKK Melaka, Abd Hafidz A Rahim berkata, mesin berkenaan dirampas kerana ketika pemeriksaan ia didapati tidak ditentusahkan (calibrated).
Menurutnya, kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun mesin berkenaan mengenakan bayaran 20 sen untuk satu liter air, namun air diperoleh cuma sekitar 900 milimeter.
“Selain itu, walaupun mesin ini dikatakan sebagai mesin air RO, namun kandungan airnya meragukan,” katanya.
P/s: Kajian sesetengah pakar perubatan juga mendapati air RO mendatangkan kesan yang kurang baik kepada kesihatan diri kerana air ini tidak mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan. Blog ini pernah menyiarkan hal ini dalam kiriman terdahulu. Saya petik sedikit:
Menurut doktor, air RO dan air suling tidak mengandungi mineral seperti kalsium dan magnesium yang amat diperlukan oleh badan. Proses pembersihan air RO dan air suling bukan sahaja menghapuskan elemen negatif dalam air, namun proses tersebut turut menghapuskan mineral yang terkandung dalam air. Justeru, pergantungan sepenuhnya pada air tersebut sudah tentu menjejaskan kesihatan peminumnya. Lanjut di sini.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.