50 Tahun Dirantai
Saya petik:
[HM] TAIF: Dua adik beradik warga Yaman yang terencat akal hidup dirantai dalam sebuah bilik selama 50 tahun kerana pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi melarang rakyat asing daripada dimasukkan ke pusat pemulihan.
Kedua-dua beradik, Abdul Rahman dan Fatima yang terpaksa menjaga diri mereka masing-masing kini dipelihara oleh abang mereka berusia 60 tahun selepas ibu mereka meninggal dunia tiga tahun lalu.
Menurut si abang, dia cuba membuka rantai berkenaan beberapa kali tetapi ia hanya mendedahkan mereka kepada bahaya, lebih-lebih lagi Fatima yang menghidap sawan babi.
Katanya, dia satu-satunya anggota keluarganya yang terdiri daripada lima orang yang bekerja.
“Saya membayar sewa rumah dan menanggung perbelanjaan harian adik saya. “Itu saja daya saya. Saya tidak mampu membeli mereka pakaian,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mahukan Abdul Rahman dan Fatima dimasukkan ke pusat pemulihan atau hospital untuk pesakit mental atau di mana sahaja yang membolehkan mereka menjalani kehidupan biasa.
Sepuluh tahun lalu, katanya, keluarganya dimaklumkan Pejabat Datuk Bandar Makkah mengarahkan kedua-dua beradik itu dirawat.
“Tetapi selepas itu, tidak ada berita mengenainya lagi. Memang ada pegawai Pejabat Kesihatan datang melawat, tetapi tidak ada tindakan lain,” katanya.
Jurucakap Jabatan Kesihatan Taif, Saeed Al-Zahrani mengaku undang-undang melarang kedua-dua beradik itu daripada dimasukkan ke hospital atau pusat pemulihan. Persatuan Kebangsaan Bagi Hak Asasi Manusia Arab Saudi semalam berjanji untuk meneliti kes berkenaan sebelum menghulurkan bantuan. - Agensi





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.