[Video] Sakineh Mohammedi Ashtiani Lakon Semula Pembunuhan Suaminya
Saya petik:
[HM] TEHERAN: Seorang wanita yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana berzina mengaku membantu seorang lelaki membunuh suaminya dan melakonkan semula jenayah itu dalam wawancara yang disiarkan menerusi televisyen, semalam.
Ia kali keempat Sakineh Mohammedi Ashtiani (gambar) muncul di televisyen untuk membuat pengakuan itu ketika Teheran berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa selepas mengumumkan wanita itu akan direjam sampai mati, sumber terbaru pergeseran antara Iran dengan Barat.
Dalam rakaman terbaru yang disiarkan menerusi Press TV, ibu dua anak itu dibawa dari penjara ke rumahnya di pinggir Bandar Tabriz di barat daya Iran dan melakonkan semula pembunuhan yang berlaku pada Disemberi 2005, lengkap dengan seorang lelaki yang melakonkan watak suaminya.
Sakineh, berpakaian hitam dan bertudung cokelat menceritakan bagaimana dia memulakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, Isa Taheri.
Dia kemudian menyuntik suaminya menyebabkannya pengsan sebelum Isa datang dan membunuhnya.
Amnesty International mengecam siaran itu dengan mendakwa ia melanggar standard antarabangsa untuk mendapatkan perbicaraan yang adil selepas Iran memaksa Sakineh mengaku bersalah di televisyen. - Agensi
Video dokumentari yang memaparkan lakon semula yang dibuat oleh Sakineh berkaitan dengan kejadian pembunuhan suaminya:
Bahagian 1
Bahagian 2 dan Bahagian 3 akan dimuatnaikkan kemudian.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.