Drama Liwat II: WikiLeaks Dedah Anwar Masuk Perangkap Musuh Politiknya
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Dis — Tuduhan liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagai hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya, demikian menurut laporan eksklusif sebuah akhbar harian Austarlia yang membawa pendedahan WikiLeaks.
Menurut laporan Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.
“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.
Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.
WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang “amat dikesali” ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.
Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Anwar.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.
Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Anwar, yang mengetuai Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengulas pendedahan terbaru oleh akhbar Australia ini.
Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.”
Singapura dan Malaysia berpisah pada 1965, hanya dua tahun selepas membentuk Malaysia. Kini mempunyai hubungan kuat tetapi tidak membenarkan akhbar masing-masing diedarkan di negara mereka.
Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.
Ia menyebut, “Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang.”
ONA merujuk kepada Pejabat Risikan Kebangsaan Australia.
Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.
“ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat,” kata kabel itu.
Minggu lalu, Anwar mengundang Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu dan mengadakan sidang media di lobi Parlimen.
Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.
“... oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan,” katanya.
Xenophon yang turut mendakwa dirinya seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.
Beliau adalah antara 50 Ahli Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu kononnya bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.
Pada Disember 2009, sebulan selepas penilaian ringkas ONA mengenai kesnya, Anwar mengecam Perdana Menteri Australia Kevin Rudd kerana tidak menemuinya ketika melawat negara itu.
Beliau menuduh Rudd “memuaskan” pemimpin-pemimpin berasuah Malaysia dengan tidak mengendahkan beliau. - Jahabar Sadiq
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan perisikan Australia dan Singapura itu dengan mendakwa sumber maklumat yang diperoleh mereka bersumberkan Cawangan Khas Malaysia yang tidak disertakan bukti.
[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan Twitter pagi ini untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.
Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya.
“Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada,” kata Anwar.
Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “sumber? SB Malaysia ha ha.”
Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.
“Ia satu perangkap, ia seolah-olah (perangkap) tetapi sasaran pula tidak dapat mengelak umpan...,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dalam mesej Twitternya.
Terdahulu, The Malaysia Insider melaporkan, tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagai hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya.
Menurut laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.
“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Encik Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.
Laman web WikiLeaks berjanji akan menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia....-Shazwan Mustafa Kamal
P/s: Berita ini akan dipaut atau disalin bulat-bulat di setiap blog pro-UMCO. Modal sensasi.Tidak percaya? Sila semak!
Bagi saya, sifirnya mudah, setiap dakwaan perlu dibuktikan kebenarannya. Setiap maklumat risikan juga tidak semestinya benar. Perisik juga manusia. Mereka memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan sumber. Apakah sumber mereka? Lainlah jika pada masa kejadian itu mereka berada di bawah katil ketika Si Juboq itu diliwat, ketika Kesuma dan Azizan diliwat.
Dinyatakan dalam WikiLeaks bahawa perisikan Singapura memperoleh maklumat berdasarkan risikan teknikal yang berkemungkinan besar melalui cara memintas telekomunikasi. Tidak semestinya apa-apa yang didengar itu benar. Seperkara lagi, jika benar perangkap itu dirancang, mengapa pihak yang memasang perangkap tidak memasang video mahupun alat pendengaran agar setiap adegan dan aksi liwat itu dapat dirakam. Tidaklah perlu mereka bersusah payah merekayasa dan memalsukan pelbagai maklumat untuk menyabitkan DSAI atas tuduhan "menyuntut buntut".
Dalam hal ini, ada dua kemungkinan sahaja, liwat itu benar-benar berlaku, tetapi bukanlah atas dakwaan perlakuan itu dilakukan secara paksa (berlaku jika DSAI sudah hilang akal/rosak mental, sehingga sanggup lupa diri dan agama..hahaha), kedua liwat itu ialah satu konspirasi politik. Nampaknya perisikan Singapura dan Australia menguji kebijaksanaan mereka dengan menerima bahawa Ketua Pembangkang Malaysia ini benar-benar terlibat dalam aktiviti liwat.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.