[Video] Anda Tahu Maksud Dialog Ini: "Aku Sangap Lubang"?
Semalam saya ada baca berita yang memerihalkan kontroversi dialog yang terdapat dalam filem terbaharu Ahmad Idham, Aku Masih Dara. Dialog yang dimaksudkan "Sekarang ini pun ramai yang pakai tudung sebab nak sembunyikan love bite." Pengarah filem ini menjawab bahawa dialog itu menggambarkan realiti semasa. Saya petik sedikit berita semalam:
Niat pengarah filem ini mahu mengingatkan remaja supaya jangan menggunakan tudung untuk menutup kesilapan mereka. Bagi saya pemaparan babak dan dialog itu lebih menghina golongan wanita yang bertudung. Seolah-olah digambarkan kebanyakan remaja yang bertudung hanya mahu menutup tanda gigitan cinta di leher. Paparan babak itu juga menimbulkan persepsi negatif terhadap orang yang menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama. Tiada isu lainkah yang mahu dipaparkan dalam filem tersebut selain menyentuh hal itu?
Jika anda perasan, dalam "trailer" filem itu, terpapar satu babak seorang ibu kepada salah satu watak berkata: "sejuk hati tengok anak pakai tudung" walhal si ibu sendiri tidak memakai tudung. Di mana kewajaran dialog ini?
Dalam satu babak lain, dipaparkan seorang lelaki sedang bercumbu-cumbuan dengan seorang perempuan. Lelaki itu berkata, "Aku sangap lubang...". Anda faham maksud dialog ini? Anda mungkin faham dengan kata "aku" dan "lubang". Saya rujuk internet, rupa-rupanya istilah "sangap" ini berasal daripada istilah ciptaan di pusat sehenti yang bermaksud "GIAN". Istilah ini juga membawa maksud "gian mahu melakukan seks". Jadi "Aku sangap lubang", cuba-cubalah terjemahkannya kepada bahasa mudah.
Sebelum ini, filem Ahmad Idham Cuti-cuti Cinta memaparkan dialog: "..nasi lemak 50 sen (merujuk kepada saiz buah dada)" yang dilihat banyak orang sebagai suatu yang menghina/merendah-rendahkan martabat golongan hawa.
Video:
P/s: Banyak pengarah filem menguar-uarkan bahawa filem mereka membawa mesej dan pengajaran kepada masyarakat. Cuba anda fikir-fikirkan, sepanjang filem itu dibikin, berapa banyak maksiat yang dilakukan oleh para pelakon filem tersebut? Berapa banyak lelaki yang menjadi dayus apabila isteri atau anak perempuan mereka dipegang/digomol/dicumbu oleh lelaki lain atau yang mendedahkan tubuh badan untuk tontonan umum? Bayangkan! Lebih malang, pelakon yang berlakon filem yang kunun-kununnya membawa mesej dan pengajaran itu tidak pernah insaf pun. Mereka masih juga berkelakuan seperti biasa.
Jadi apabila pengarah atau produser berkata bahawa filem mereka membawa mesej dan pengajaran, kata-kata itu hanyalah retorik untuk melakukan filem dan mengelakkan filem dengan unsur-unsur maksiat itu dipandang serong oleh pihak berkuasa dan masyarakat!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.