Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 25 Januari 2011

Air SYABAS Berkualiti Tinggi? Tidak di Rumah Saya!



Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air SYABAS, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.

Kata wakil "Lanun Air" ini seperti yang disiarkan dalam Kosmo, "Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)." Fuh, ayat!

Saya tidak mahu mempersoal air yang baru keluar dari pusat rawatan SYABAS. Cuma dari pengalaman peribadi, baik semasa tinggal di tengah-tengah Kota Damansara dan kini di pinggir kota, kualiti air yang dibekalkan ke rumah saya amat tidak memuaskan. Air yang zahirnya kelihatan putih bersih sebenarnya kotor dan berkarat. Buktinya, kain yang menjadi penapis air ke mesin basuh ini terpaksa ditukar selepas dua hari digunakan. Saya terpaksa menggunakan kain ini agar pakaian berwarna putih tidak terkena karat dan kotoran.

Kain terpaksa diletakkan di bahagian saluran masuk ke mesin basuh kerana air berkarat dan kotor. Air yang masuk ke mesin basuh ini datangnya dari paip utama bukannya dari tangki air.
 Bayangkan air berkarat ini dijadikan air minuman. Jika anda sakit, adakah SYABAS akan bertanggungjawab? Adakah ini kualiti yang dimaksudkan oleh SYABAS? Oleh sebab bimbang akan keselamatan dan kesihatan keluarga, saya terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli penapis di luar dan di dalam rumah. Kini, saya tidak perlu lagi menggunakan kain untuk menapis air di saluran air mesin basuh. Air yang digunakan untuk minum juga bersih.

SYABAS selalunya memberikan alasan tangki rumah yang tidak dicuci menjadi punca air menjadi kotor. Tetapi fikirlah, orang yang baru berpindah ke rumah baru pun menghadapi masalah yang sama, AIR KOTOR! Jika paip besar pula yang dipersalahkan, mengapa sehingga kini (setelah bertahun-tahun SYABAS mengambil alih melalui penswastaan air) air masih kotor apabila sampai ke rumah-rumah di sekitar Selangor? Apa tindakan SYABAS?


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

  1. info tentang kualiti air di SIHAT SELALU - Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan

    gravatar Comment by armouris @ Sabtu, Januari 29, 2011 11:53:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH