Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 22 Februari 2012

Felda Akan Rugi RM1.5 Bilion Jika FGV Disenaraikan



Saya petik:

[MK] Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertahankan dakwaan mereka bahawa Felda akan mengalami defisit pendapatan antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion sekiranya anak syarikatnya, Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kenyataan itu dibuat selepas mendedahkan dokumen yang menunjukkan unjuran tersebut setelah mendapat maklumat rasmi daripada agensi tanah berkenaan.

Bahkan, katanya ia sekaligus menolak penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang menafikan bahawa Felda akan mengalami kerugian seperti didakwa.

"Ini maklumat rasmi yang kita dapat daripada Felda. Ini merupakan kebimbangan Felda dengan apa yang berlaku terhadap pendapatan Felda jika berlaku penyenaraian," kata presiden ANAK Mazlan Aliman (kiri).

Bercakap pada sidang media, semalam, beliau mendakwa antara risiko penyenaraian tersebut, bukan sahaja tanah Felda akan terjejas, bahkan ia turut menjejaskan pendapatan bulanan peneroka.

Ini kerana, kata Mazlan -  yang juga ahli jawatankuas PAS Pusat - pendapatan peneroka Felda diperolehi melalui pengurusan anak syarikat agensi tanah itu.
Kos operasi naik

"Kalaulah sekiranya operasi anak-anak syarikat terjejas dengan penyenaraian ini, adalah sesuatu yang tidak mustahil ia juga akan menjejaskan pendapatan peneroka pada setiap bulan," katanya

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS mendesak supaya kerajaan menjawab perkara itu termasuk kebimbangan yang wujud di kalangan peneroka Felda.

Beliau juga mengedarkan salinan dokumen berkenaan kepada pemberita selepas sidang media itu.

Minggu lalu, pakar ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop (kanan) dilapor mendedah unjuran defisit berkenaan sambil menegaskan pendapatan agensi itu dijangka akan berkurangan apabila Felda menyerahkan pegangannya kepada FGV.

Katanya, kos operasi Felda mencecah kira-kira RM2 bilion pada 2010, sedangkan agensi itu dijangka hanya akan mendapat pendapatan tahunan melalui pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan hasil jualan sehinggga RM508 juta.

Bagaimanapun Ahmad dilapor menyangkal laporan tersebut dengan menyatakan Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah FGVH disenaraikan.

Katanya, Felda akan mendapat keuntungan cukup besar dari segi hasil pengapungan di Bursa Malaysia), faedah itu jika dilaburkan setiap tahun akan mendapat hasil hampir setengah bilion ringgit kepada Felda.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan beberapa ahli jawatankuasa lajnah berkenaan antaranya Dr Yaakop, peguam Haris Ibrahim dan setiausaha akhbar presiden PAS Mohd Nasaie Ismail.

Empat halangan

Mengulas kenyataan Ahmad itu, Dr Rosli menyifatkan ia merupakan hanya satu syor kerana mendakwa ianya tidak terdapat dalam perjanjian antara Felda Plantation dan FGVH.

Sebaliknya, terdapat dua syor telah dibuat untuk meningkatkan pendapatan Felda iaitu kadar nisbah perkongsian untung dinaikkan dari 15 peratus ke 30 peratus dan kadar sewa pajakan tanah dibuat mengikut kadar semasa.

Menurut Dr Rosl lagi, usaha menyenaraikan FGVH ke Bursa Saham bukan satu perkara yang mudah kerana syarikat tersebut harus berdepan sekurang-kurangnya empat halangan.

Antara halangan yang bakal diterima sebelum penyenaraian itu berlaku antaranya permohonan mereka untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menghalang penyenaraian tersebut seperti yang diumumkan Mazlan sebelum itu.

Selain itu, FGV juga berdepan halangan untuk menambahkan semula tempoh kelulusan pajakan tanah yang kurang daripada 99 tahun.

"Kalau dia nak tambah (atau) perbaharui pajakan kepada 99 tahun, dia terpaksa pergi kepada kerajaan negeri balik, bila dia nak buat (perkara) ini.

"Sebab itu kita berpandangan kemungkinan untuk disenaraikan dalam bulan April atau Jun itu, kita tidak nampak jalan," katanya ketawa.


Berkaitan:
ANAK mahu KPF halang Felda Global disenaraikan
Ahmad Maslan sangkal Felda akan alami defisit
Tiga negeri Pakatan tak akan serah tanah pada FGV
ANAK dakwa Felda defisit 1.5b jika pajak tanah pada FGV
FGV kini dikenali sebagai Felda Global ventures Holding Bhd
PERKASA tubuh j/kuasa penyelaras Felda
ANAK dakwa cubaan sogok perwakilan EGM KPF




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH