Artis NAFI Laporan Dirinya Dibelasah Suami
Saya petik:
[Kosmo] SATU panggilan telefon daripada suaminya, Mohamad Aizad Rosly hampir-hampir memusnahkan kehidupan bahagia yang dibina sejak lima tahun lalu.
"Berita itu yang membuatkan saya dan suami bergaduh besar. Saya terpinga-pinga dan terus berlari ke rumah jiran minta akhbar yang dimaksudkan. Kami bertegang urat dan dalam masa yang sama mendapat malu disebabkan artikel yang langsung tidak berasas," luah dramatis, Balkisyh Semundur Khan, 25, mengenai penyiaran berita palsu membabitkan dia dan suaminya, Mohamad Aizad Rosly, 28.
Minggu lepas, sebuah akhbar tabloid menyiarkan artikel bertajuk 'Pelakon Dicekik Suami Cemburu Buta'. Artikel itu mengandungi pengakuan Balkisyh berhubung kekasaran yang dilakukan oleh suaminya angkara cemburu.
"Apa yang mengelirukan saya ialah dalam artikel terbabit, penulis berkenaan ada memasukkan pengesahan yang kononnya diperoleh hasil daripada perbualan telefon bersama saya. Padahal saya tidak pernah dihubungi mana-mana wartawan sebelum berita itu disiarkan.
"Pada waktu dan hari kejadian, suami saya yang merupakan pereka seni drama Hikayat Nek Tom dan saya masih di lokasi Landasan Cinta, iaitu sebuah telemovie bukannya drama bersiri seperti yang ditulis dalam artikel terbabit.
"Apabila kami mengamati hal itu betul-betul, barulah kemarahan suami saya reda dan merasakan perkara itu perlu diselesaikan," jelas Balkish yang hadir ke pejabat Kosmo! Ahad untuk membersihkan fitnah ke atasnya baru-baru ini.
Ujar Balkisyh, awalnya dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan sebaliknya bertemu pihak akbar terbabit untuk mendapatkan penjelasan dan membuat penafian. Malangnya, usaha yang dilakukan sia-sia kerana akhbar itu enggan membetulkan keadaan.
"Saya ke syarikat akhbar itu pada hari Ahad lalu beberapa hari selepas saya kononnya dicekik dan ditampar. Kalau betul seperti yang didakwa sudah tentu ada kesan lebam pada wajah saya.
"Kata pihak akhbar terbabit juga, mereka ada bukti, kononnya ada laporan polis oleh saya berhubung perkara itu. Saya beranikan diri ke balai polis untuk mencari bukti tapi laporan yang dikatakan itu tidak wujud," ujar Balkisyh yang hadir sendirian. Penulis hanya sempat berbual di telefon bersama Aizad memandangkan suami Balkisyh perlu berada di lokasi penggambaran.
Berikut adalah ringkasan temu bual bersama Balqish dan perbualan telefon bersama suaminya yang dirakam Sensasi Bintang.
SENSASI BINTANG: Kenapa tidak buat laporan polis atau saman akhbar itu?
BALKISYH: Saya masih mahu menjaga hubungan dengan pihak media. Saya cari makan dengan lakonan. Sebelum ini orang sudah lupa siapa saya, tertanya-tanya adakah saya masih berlakon atau tidak. Tapi, bila cara saya itu tidak membantu, saya kena selesaikan perkara ini (dengan tindakan undang-undang) sebab ia melibatkan maruah saya dan maruah suami saya.
AIZAD: Ikutkan hati, saya mahu buat laporan polis dan saman sahaja pihak akhbar terbabit. Berita itu mengarut dan rekaan semata-mata.
Jadi benarlah kalian tidak bergaduh, tiada masalah cemburu seperti yang didakwa?
BALKISYH: Bila sudah lima tahun berkahwin, bohonglah kalau tak pernah bergaduh tapi tidak pernah kami sebegini rupa. Pada pertengahan bulan baru-baru ini, saya dan suami bekerja untuk produksi yang sama, tiada apa-apa masalah pun. Semua kru penggambaran pun tahu.
AIZAD: Sudah 10 tahun saya kerja di belakang tabir. Kalau hendak cemburukan Balkisyh kerana kerjanya sebagai pelakon, baik saya tak benarkan dia berlakon. Saya mampu untuk sara anak dan isteri. Kalau bergaduh pun saya masih boleh kawal diri. Selepas dimalukan oleh artikel berkenaan, memang saya marah tapi tidaklah sampai pukul-memukul.
Impak paling teruk?
BALKISYH: Ramai yang nak ambil tahu hal sebenar, kawan-kawan serta orang dalam industri yang kenal saya juga ada hubungi untuk tanyakan keadaan sebenar. Sedihnya, bila saya nafikan, ada yang tidak percaya dan perlekehkan kami.
AIZAD: Saya malu besar, orang fikir saya suami yang tak bertanggungjawab, dayus dan macam-macam.
Berita Berkaitan:
Baca di sini. |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.