Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 26 Februari 2012

Dalam Situasi PENJAJAHAN, Ada Istilah "Penjajahan Tidak Sepenuhnya"?




Agak melucukan apabila ada pihak-pihak tertentu, misalnya dalam laporan di atas, cuba "menyedapkan" hati orang lain atau pun diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan sukar diterima akal.

Kata profesor dalam laporan media di atas, Malaysia tidak dijajah sepenuhnya dengan alasan raja pada waktu itu ada peranan dalam hal ehwal agama dan adat istiadat dan menjadi ahli mesyuarat. Profesor yang mengeluarkan kenyataan ini buat-buat lupa bahawa kuasa pemerintahan pada waktu itu dipegang sepenuhnya oleh penjajah. Siapa berkuasa membuat keputusan walaupun ketika itu raja dijemput sebagai ahli mesyuarat?

Hasil bumi kita diangkut sehingga kontang, anak Tanah Melayu pada waktu itu dibunuh, dirogol, diaibkan, atau dipenjarakan, raja dan pembesar pula dihina dan kuasa mereka dirampas. Jika tidak masakan ada penentangan terhadap penjajah hasil pakatan raja dan pembesar, misalnya penentangan seperti yang berlaku di Pasir Salak berpunca daripada campur tangan British dan rampasan kuasa mengutip cukai dan pendapatan negeri daripada tangan raja dan pembesar.

Rakyat Malaysia yang mengikuti silibus pembelajaran Sejarah sejak dahulu hingga kini cukup sedar tentang hal ini. Namun, profesor seperti dipetik oleh BH di atas mencari alasan untuk menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sepenuhnya. Walhal dalam situasi penjajahan, tidak pernah ada istilah penjajahan separuh, suku, tiga per empat, dan sebagainya. Apabila kedaulatan negara dicabuli, kuasa pemerintah dirampas, hasil bumi dirompak maka penjajahan tetap penjajahan.

Apabila profesor ini mengatakan bahawa raja pada waktu penjajahan hanya mempunyai peranan dalam soal agama Islam dan adat istiadat, cuba fikirkan peranan raja-raja pada zaman sekarang?

Fikir...! -DCM


P/s: TM ulas secara spontan sahaja. Jika mahu maklumat lanjut, jangan malas membaca.






  1. - kalau ada orang asing menceroboh rumah anda,dia ambil alih pentadbiran rumahtangga anda cth ; pendapatan anda diambil (urusan ekonomi), pentadbiran rumahtangga diambil (politik) pengawasan diambil tapi dia hanya benar amalan agama yang terpilih sahaja,dan dia tak lucutkan kuasa anda sebagai bapa dan ibu...jadi adakah dia penjajah rumahtangga anda atau menjajah separuh...kalau cam tu kita boleh lah ceroboh rumahtangga proffesor ni..
    - ada seoranglagi proffesor tu lagi perasan bagus...tiba-tibanya ketua rumahtangga mintak orang asing lindungi rumahtangga dia( ntah sebab apa ntah ) dan boleh buat apa sahaja kecuali kekalkan kuasa bapa dan amalan terpilih agama.Orang asing tu boleh kontrol ekonomi rumahtangga dia, boleh handel pentadbiran, bahkan boleh hukum anak2 dia jika anak-anak tak setuju dengan oraang asing tersebut bahkan bapa marah kat anak2 jika mereka menentang orang asing itu dan dituduh penderhaka....keh keh keh kuat betul auta....kata sinis orang-orang tua dulu untuk golongan ini sebagai " terlebih pandai atau balik sana pandai "

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Februari 26, 2012 11:04:00 PTG      
  2. Fakta yg penting dan layak mendapat anugerah iaitu profesor trsebut telah dpt menjejaki bangsa yg telah hilang yg kini rupanya telah bertapak di tanah malaya. Katanya. , BANGSA MALAYSIA.

    gravatar Comment by asli you @ Ahad, Februari 26, 2012 11:33:00 PTG      
  3. yg pasti...pemikiran prof kangkong tu yg terjajah dari dulu sampai skarang oleh british dan anak luar nikah british umporno.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Februari 27, 2012 12:21:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH