[Kemas Kini] Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya...AL FATIHAH
Sejak beberapa hari lalu, Mazidul begitu agresif melaporkan keadaan anak sahabatnya, Faris yang menghidap sejenis kanser darah. Selain doa, yang dipohon oleh ibu bapa kanak-kanak ini ialah sumbangan ikhlas anda untuk meringankan beban yang ditanggung, terutama bil hospital yang mencecah RM100 ribu.
Selanjutnya, sila baca petikan ini:
[Nota - berita lanjut dan perkembangan, sila lawat blog Bersama Mazidul
Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit.
Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.
"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham.
Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.
'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....
Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....
Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'
Pembaca boleh membaca kisah Faris di Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah, STM (Akronim Paling Bermakna Bagi Faris, Gambar Terkini Faris (Mampukah Dia Tersenyum Kembali?) dan Faris Terkini.
"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.
Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.
Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.
Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.
Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.
Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.
Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.
Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.
Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.
Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.
Mewakili keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
P/s: Bagi pembaca yang memiliki anak seusia atau sekecil kanak-kanak malang ini, sudah tentu jiwa anda akan diruntun rasa pilu yang teramat sangat. Dugaan Allah ini memang berat untuk ditanggung. Usahkan si ibu atau si bapa kanak-kanak ini, TM pun terharu dengan nasib yang menimpanya.
Kepada pembaca DCM, bantulah kanak-kanak ini, semoga Allah memanjangkan nyawanya.
*Kongsikan artikel ini di Facebook atau Twitter anda
Kemas Kini:
Faris Semakin Kritikal (9.43pg)
Kemas Kini:
Faris Semakin Kritikal (9.43pg)
Itu catatan ayah Faris di laman Facebook nya kira-kira sejam lalu.
Jam 9.43 pagi tadi, Sham menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya ...
'He is very critical now'
Jam 9.43 pagi tadi, Sham menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya ...
'He is very critical now'
Kemas Kini:
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris sebentar tadi.
"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris sebentar tadi.
Takziah Sham dan Zuraine.
Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel.
Al-Fatihah.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.