Warga Emas Berahi Janda
Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Seorang lelaki bercucu empat yang menjalin hubungan sulit dengan seorang janda muda berusia 30 tahun sejak dua tahun lalu, dicekup kerana berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Kampung Ulu Melaka, Langkawi, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 56 tahun itu dan pasangannya dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) ketika mereka berdua-duaan dalam rumah berkenaan ditemani anak perempuan janda terbabit yang berusia 11 tahun.
Difahamkan, isteri warga emas itu sebelum ini pernah membuat laporan di pejabat agama daerah mengenai perbuatan curang suaminya selepas mengesyaki hubungan mereka.
Penolong Pegawai Agama Daerah, Rosyadah Ramli berkata, sepasukan anggotanya ke rumah berkenaan dan dan mendapati rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, seorang wanita berbaju blaus pendek yang jarang membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Wanita itu kelihatan terkejut dengan kehadiran kami, tetapi memberi kerjasama selepas kami memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa Padal.
“Kami menemui seorang lelaki dalam rumah berkenaan yang berpakaian seragam sebagai pemandu pelancong sebuah syarikat di pulau ini duduk di kerusi dalam keadaan terkejut. Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.
Menurut Rosyadah, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel empat bintang di pulau itu mendakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak 2007 dan berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak lima tahun lalu.
Katanya, lelaki itu pula mengaku kerap datang ke rumah yang disewa wanita itu dengan alasan menemani wanita itu makan atau melawatnya dua beranak selepas habis kerja.
P/s: Sindrom tidak ingat kubur!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.