Pelajar Asing Didakwa Lakukan Seks Berhampiran dengan Surau
Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.
Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.
Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.
“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.
Sebelum ini, pihak kerajaan juga telah membatalkan VOA terhadap pelancong warga asing dari India dan China selepas ratusan ribu warga negara terbabit "hilang" di tengah-tengah masyarakat majmuk di negara ini.
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Februari 28, 2012 2:59:00 PTG--Apa pulak dengan berjuta-juta Warga INDonesia yg hilang kat Malaysia ?