Kerana Mahu Menjaga Air Muka Najib, JUBUR Saiful Diperalatkan Lagi!!!
Seorang demi seorang pemimpin UMNO, termasuklah Che Det, mengeluarkan kenyataan menjaga air muka Najib yang sehingga ini kecut, takut untuk berdebat dengan DSAI. Kata Che Det debat dengan Anwar hanya membuang masa.
Tetapi kenyataan yang paling bodoh/lawak/tidak masuk akal setakat ini datang daripada SU Agung UMNO yang mengalihkan sasaran debat kepada Saiful Bukhari. Letih otak memikirkan logik atau keperluan debat antara Anwar dengan Saiful. Agak-agaknya apa topik debat yang mungkin dipilih oleh Saiful dan Anwar? Adakah "Anwar Tidak Meliwat Saiful" atau "Apakah Jenama Pelincir yang Digunakan oleh Anwar?". Kenyataan SU Agung UMNO ini amat memalukan UMNO dan seperti biasa bertujuan untuk menjaga air muka bos mereka.
Katanya: “Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat diadakan antara Datuk Seri Najib dan Anwar, tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri, iaitu Mohd Saiful."
Katanya lagi: “Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan kerana pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan."
“Kalau mahu berdebat pun, bukan Perdana Menteri lawan Anwar tambahan pula, Datuk Seri Najib sebagai pemimpin negara tidak mempunyai masa untuk melayan tuntutan sedemikian kerana sebagai pemimpin yang bertanggungjawab beliau akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kesejahteraan dan keselesaan rakyat dan negara.”
Debat antara Anwar dengan Najib perlu diadakan untuk memberikan peluang kepada rakyat menilai hujah kedua-dua pemimpin tentang visi dan misi mereka berkaitan dengan ekonomi, kepimpinan, dan kemampuan kedua-dua belah pihak menyelesaikan beberapa masalah ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan sebagainya. Mengapa Najib, bukannya pemimpim UMNO yang lain atau Perkasa? Logik mudahnya, Najib ialah PM merangkap Ketua Kerajaan BN, manakala Anwar ialah Ketua Pembangkang. Apa yang mampu diungkapkan oleh Ibrahim Ali untuk menjawab isu nasional, apa autoriti yang ada pada Ibrahim Ali atau pemimpin yang lain untuk membicarakan soal bajet negara, ekonomi, politik selain Najib yang memegang kuasa?
Debat juga wajar dijalankan antara kedua-dua pemimpin ini bagi menjawab isu "sokongan kepada Israel" yang hebat dimainkan oleh pemimpin UMNO dan media pencacai. Rakyat ingin menilai pihak yang benar-benar bersekongkol dengan Israel. Siapa yang benar-benar menyokong Israel? Jika UMNO terang-terang memutarbelitkan kenyataan DSAI, maka berilah peluang kepada beliau mempertahankan hujahnya melalui debat.
Kenyataan yang kurang cerdik tidak sepatutnya diulas panjang-panjang.
P/s: Sampai bila pemimpin UMNO akan menjaga air muka Najib? Sampai bila jubur Saiful akan terus diperalatkan untuk kepentingan politik UMNO? Namun mereka kena ingat, setiap kenyataan yang dibuat, rakyat akan menilainya. Jangan ingat rakyat sebingai mereka!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.