Kanak-kanak Dipaksa Berlari Hingga Mati
The Sun yang memetik sumber media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Alabama, AS meninggal dunia selepas dia didakwa telah dihukum "lari hingga mati" kerana menipu makan coklat.
Susulan kematian tragis itu, ibu tiri dan nenek kanak-kanak itu telah ditahan atas tuduhan melakukan pembunuhan. Menurut DM yang memetik sumber pihak berkuasa, nenek Savannah, Joyce Hardin Gerrard telah memaksa cucunya itu berlari dan ibu tirinya didakwa tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan tersebut.
Joyce Hardin Garrard (bawah), Jessica Mae Hardin (atas)
Kanak-kanak itu, Savannah Hardin yang mempunyai masalah beberapa masalah kesihatan telah dipaksa berlari mengelilingi rumah selama TIGA jam. Dia meninggal dunia di hospital tengah hari pada hari Isnin, dan laporan awal menunjukkan dia kehilangan cecair tubuh yang serius dan mempunyai paras sodium yang terlalu rendah.
Lewat malam kejadian, ibu tiri Savannah, Jessica Hardin, 27, menghubungi 911 apabila mendapati kanak-kanak malang itu mengalami sawan. Dia telah dihantar ke hospital daerah sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Birmingham.
Bapa Savannah, Robert yang bekerja di luar negara telah bergegas pulang sebaik mendengar berita tentang keadaan anak perempuannya. Savannah yang mengalami dehidrasi yang teruk terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat. Robert Hardin kemudiannya membuat keputusan untuk memutuskan sambungan mesin sokongan hayat dan Savannah meninggal dunia selepas itu. - DCM
Lokasi kejadian. |

P/s: Kejam gila!
Cerita lanjut di sini.
Cerita lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.