[Kemas Kini] Remaja Dipercayai Cuba Diperkosa Sebelum Dibunuh
Saya petik:
[HM] TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.
Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.
Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.
Berkaitan:
Pelajar Dibunuh Kejam di dalam Bilik Air
[SH] TAIPING - Mayat seorang pelajar berusia 16 tahun ditemui berlumuran darah, dipercayai dibunuh di dalam bilik air rumahnya di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, petang kelmarin.
Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu, mayat Nurul Aien Mohd Saimon ditemui dalam dalam kolah air dalam rumahnya.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mendapati bahagian belakang kepala mangsa cedera dengan kesan luka dipercayai dipukul dengan benda keras.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada kemungkinan mangsa dirogol atau tidak sebelum dibunuh.
"Polis juga belum menemui sebarang senjata atau benda keras yang digunakan dalam pembunuhan ini,” katanya.
Menurutnya, setakat ini, pihak polis menolak kemungkinan kes ini ada kaitan dengan rompakan berdasarkan tiada dokumen penting atau barangan dalam rumah berkenaan yang hilang.
"Dipercayai seorang suspek terlibat dalam kes tersebut dan motif pembunuhan juga masih disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Yusuf berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping sebelum dibawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat.
Jenazah dikebumikan kira-kira jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9 Jalan Trong, Changkat Jering, semalam.

Kemas Kini:
Kes Bunuh Nurul Aien Selesai
[SH] TAIPING – Kes bunuh pelajar perempuan di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering dianggap selesai selepas seorang suspek ditangkap polis awal pagi semalam, di Tasik Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki yang berusia 17 tahun dikatakan tinggal tidak berjauhan dari rumah mangsa.
Menurutnya, polis turut menemui telefon bimbit mangsa yang hilang dalam milikan remaja tersebut.
“Suspek yang mengenali mangsa direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut. Motif pembunuhan masih dalam siasatan.
“Sebelum ini, polis telah menahan dua suspek dan suspek ketiga didapati mempunyai keterangan yang mencukupi untuk dikaitkan secara positif terhadap kes tersebut,” katanya.
Katanya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau di Taiping setahun setengah yang lalu dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Katanya, disebabkan suspek di bawah umur, dia hanya boleh diikat jaminan bon berkelakuan baik di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bagaimanapun, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pada 25 Februari lalu, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, ditemui maut akibat cedera di bahagian belakang kepala dipercayai dibunuh di bilik air rumahnya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.