Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , ,

Selasa, 28 Februari 2012

[Kemas Kini] NFC Terburai Lagi, Kini Didakwa Terlibat Perniagaan Pasar Raya Mewah di Singapura




[KD] PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium  di republik  itu.

 

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.

Siasatannya  mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd  menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.

“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.

 
Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.

“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” tegasnya.

Sehubungan itu,  katanya, KEADILAN mendesak  NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” tegas beliau.


 Dakwaan Lain:

NFCorp turut langgar Akta Syarikat 1965- Tony Pua

[KD] KUALA LUMPUR 28 Feb: DAP menyifatkan pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, bukan sekadar melakukan kesalahan pecah amanah, malah turut melanggar Akta Syarikat 1965.

“Jutaan ringgit dari pinjaman RM250 juta, yang khusus untuk penubuhan dan operasi NFCorp, jelas digunakan untuk tujuan lain, seperti pembelian kondominium mewah dan juga pelaburan di Singapura.

 
“Ia dilakukan atas nama pengarah-pengarah syarikat, bukan NFCorp. Ini bermakna NFCorp memberi pinjaman kepada pengarah dan syarikat lain milik mereka, seperti Meatworks Pte Ltd,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Menurut Pua, ia bukan sekadar melanggar perjanjian pinjaman mudah itu, malah turut menyalahi Akta Syarikat, menurut Seksyen 133 dan 133A di bawah ‘Pinjaman yang Dilarang’.

“Seksyen 133A melarang pinjaman kepada individu yang mempunyai kaitan dengan pengarah syarikat yang memberi pinjaman.

“Seksyen 133(4) pula menyatakan pengarah yang terlibat bersalah atas tuduhan jenayah, dan mereka bertanggungjawab untuk menebus kembali kerugian yang disebabkan mereka,” kata Pua.

Beliau menambah, walaupun terdapat pinjaman yang dibenarkan, seperti pinjaman perumahan kepada pekerja, ia harus mendapat kelulusan pemegang saham terlebih dahulu.

“Dalam kes ini, NFCorp tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan, selaku pemegang saham utama mereka,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Sebagai respon kepada syor pihak polis untuk mendakwa NFCorp atas tuduhan pecah amanah, NFCorp menyatakan keputusan itu bersifat ‘terlalu awal’ dan gagal mengambil kira ‘tujuan’ pengarah.

Dalam satu kenyataan, NFCorp mendakwa dana hanya diberi kepada syarikat-syarikat subsidiari mereka, dan pengarah-pengarah NFCorp juga bertindak sebagai ahli lembaga pengarah sayarikat-syarikat terbabit.

Pua berkata, kenyataan NFCorp ini sendiri adalah pengakuan jelas bahawa mereka telah melanggar Akta Syarikat 1965.

“Justeru, DAP menyeru Peguam Negara bukan sahaja mendakwa NFCorp atas tuduhan pecah amanah, malah atas tuduhan melanggar secara terangan Akta Syarikat,” ujar Pua lagi.


Kemas Kini:

Skandal NFC: Rafizi mohon maaf untuk kesilapan fakta, tapi pertahan pendedahan semalam

Saya dimaklumkan mengenai penafian oleh Capital Mall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.

Saya memandang berat kesilapan ini dan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Singapura yang banyak membantu.  Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista.

Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura.  Projek itu dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.

Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka, seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35

Maklumat di laman itu juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2, berbanding kedai-kedai lain.

Saya juga berpendapat oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza.

Oleh yang demikian, saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat.  Kenyataan Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai.

Saya memohon maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku, walaupun ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura.


*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.


P/s: Tunggu apa lagi Najib?




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH