Agak melucukan apabila ada pihak-pihak tertentu, misalnya dalam laporan di atas, cuba "menyedapkan" hati orang lain atau pun diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan sukar diterima akal.
Kata profesor dalam laporan media di atas, Malaysia tidak dijajah sepenuhnya dengan alasan raja pada waktu itu ada peranan dalam hal ehwal agama dan adat istiadat dan menjadi ahli mesyuarat. Profesor yang mengeluarkan kenyataan ini buat-buat lupa bahawa kuasa pemerintahan pada waktu itu dipegang sepenuhnya oleh penjajah. Siapa berkuasa membuat keputusan walaupun ketika itu raja dijemput sebagai ahli mesyuarat?
Hasil bumi kita diangkut sehingga kontang, anak Tanah Melayu pada waktu itu dibunuh, dirogol, diaibkan, atau dipenjarakan, raja dan pembesar pula dihina dan kuasa mereka dirampas. Jika tidak masakan ada penentangan terhadap penjajah hasil pakatan raja dan pembesar, misalnya penentangan seperti yang berlaku di Pasir Salak berpunca daripada campur tangan British dan rampasan kuasa mengutip cukai dan pendapatan negeri daripada tangan raja dan pembesar.
Rakyat Malaysia yang mengikuti silibus pembelajaran Sejarah sejak dahulu hingga kini cukup sedar tentang hal ini. Namun, profesor seperti dipetik oleh BH di atas mencari alasan untuk menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sepenuhnya. Walhal dalam situasi penjajahan, tidak pernah ada istilah penjajahan separuh, suku, tiga per empat, dan sebagainya. Apabila kedaulatan negara dicabuli, kuasa pemerintah dirampas, hasil bumi dirompak maka penjajahan tetap penjajahan.
Apabila profesor ini mengatakan bahawa raja pada waktu penjajahan hanya mempunyai peranan dalam soal agama Islam dan adat istiadat, cuba fikirkan peranan raja-raja pada zaman sekarang?
Fikir...! -DCM
P/s: TM ulas secara spontan sahaja. Jika mahu maklumat lanjut, jangan malas membaca.
- kalau ada orang asing menceroboh rumah anda,dia ambil alih pentadbiran rumahtangga anda cth ; pendapatan anda diambil (urusan ekonomi), pentadbiran rumahtangga diambil (politik) pengawasan diambil tapi dia hanya benar amalan agama yang terpilih sahaja,dan dia tak lucutkan kuasa anda sebagai bapa dan ibu...jadi adakah dia penjajah rumahtangga anda atau menjajah separuh...kalau cam tu kita boleh lah ceroboh rumahtangga proffesor ni..
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Februari 26, 2012 11:04:00 PTG- ada seoranglagi proffesor tu lagi perasan bagus...tiba-tibanya ketua rumahtangga mintak orang asing lindungi rumahtangga dia( ntah sebab apa ntah ) dan boleh buat apa sahaja kecuali kekalkan kuasa bapa dan amalan terpilih agama.Orang asing tu boleh kontrol ekonomi rumahtangga dia, boleh handel pentadbiran, bahkan boleh hukum anak2 dia jika anak-anak tak setuju dengan oraang asing tersebut bahkan bapa marah kat anak2 jika mereka menentang orang asing itu dan dituduh penderhaka....keh keh keh kuat betul auta....kata sinis orang-orang tua dulu untuk golongan ini sebagai " terlebih pandai atau balik sana pandai "
Fakta yg penting dan layak mendapat anugerah iaitu profesor trsebut telah dpt menjejaki bangsa yg telah hilang yg kini rupanya telah bertapak di tanah malaya. Katanya. , BANGSA MALAYSIA.
Comment by asli you @ Ahad, Februari 26, 2012 11:33:00 PTGyg pasti...pemikiran prof kangkong tu yg terjajah dari dulu sampai skarang oleh british dan anak luar nikah british umporno.
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Februari 27, 2012 12:21:00 PTG