Robert Kuok Sumbang RM100 Juta untuk Bina Perpustakaan Universiti Xiamen di Malaysia
[Mstar] KUALA LUMPUR: Universiti Xiamen kampus Malaysia - universiti pertama China yang akan ditubuhkan di luar negara, bertuah apabila menerima sumbangan RM100 juta daripada Tan Sri Robert Kuok untuk pembinaannya.
Kuok, seorang hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong menderma sejumlah wang bagi pembinaan perpustakaan universiti itu yang merupakan sebahagian daripada bangunan utama.
Ini telah diumumkan oleh Tan Sri Ong Ka Ting, yang merupakan wakil khas perdana menteri semasa majlis makan tengah hari yang dihadiri oleh Presiden China Xi Jinping, Kuok, ahli perniagaan dan wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan.
Kampus berkenaan adalah sebuah kampus cawangan Universiti Xiamen di China dan akan dibina di Salak Tinggi, dekat Sepang.
Ia dijangka mula beroperasi pada September 2015. - 4/10/13
P/s: Pembinaan universiti ini sebahagiannya dipandang sebagai pendekatan diplomasi untuk kepentingan politik dan ekonomi. Walaupun pembinaan universiti ini baik untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau, namun impaknya sangat besar kepada sebahagian masyarakat Malaysia yang masih terkial-kial bertutur dalam bahasa kebangsaan. Dalam hal lain, patriotik sungguh Robert Kuok.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.