MB : Gaji ADUN Berbaki RM500 Tanpa Pelarasan Gaji
[SelangorKini] SHAH ALAM 4 DIS : Gaji yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hanya berbaki RM500 dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan keluarga masing-masing jika pelarasan gaji tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan, baru-baru ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu berlaku apabila perbelanjaan berbentuk sumbangan harus dihulurkan wakil rakyat terbabit kepada masyarakat setempat yang diwakili mereka.
“ADUN bergaji RM6,000 dan hampir setiap minggu perlu dibelanjakan RM500 untuk sumbangan orang kahwin, orang datang pejabat dan orang meninggal dunia. Keseluruhan sumbangan sebulan mencecah RM2,000 dan hanya tinggal RM4,000.
“Bayar kereta, rumah dan bayaran lain mencecah RM2,000, manakala kena beri kepada parti RM1,000. Beli baju kalau yang mementingkan gaya sudah RM500, tinggal RM500 duit untuk anak sekolah dan perbelanjaan keluarga.
“Jadi, bagaimana dia ingin berbelanja dan sebab itu saya menaikkan gaji kerana susah untuk ADUN bekerja,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapan perasmian Bengkel Kenali Kampungku/Bagan/Tersusun bagi peringkat Hulu Selangor dan Sabak Bernam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata, keputusan menaikan gaji mampu mengurangkan risiko pembabitan pemimpin kerajaan yang sering terdedah dengan gejala rasuah.
“Saya tidak mahu ADUN kekurangan duit untuk menjaga masyarakat setempat. Nanti, kalau dia pergi pula minta pada tauke atau sana sini. Hal ini akan menjadi sangat susah dan negeri juga akan turut terpalit dengan masalah terbabit,” katanya.
Sebelum ini, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, langkah menaikkan gaji mampu membendung Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan ADUN Selangor terjebak dengan gejala rasuah mengikut perspektif Islam.
“Kalau soal akauntabiliti itu sudah ditekankan dan kemudian dinaikkan gaji sebagai salah satu langkah mengangkatnya, maka itu tidak menjadi masalah. Tidak kira sama ada Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen boleh dinaikkan gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil sebarang keuntungan lain, selain gaji yang diterima,” katanya. - 5/12/13
P/s: Sebelum kutuk dan bangkang, fikir dahulu. Kita bukan bercakap tentang ADUN yang pecah amanah yang menibai harta awam atau ADUN yang memiliki bisnes yang bernilai jutaan RM. Kita bercakap, insyaAllah tentang ADUN yang amanah dan berkhidmat sepenuh masa sebagai ahli politik (kecuali beberapa orang ADUN yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi ahli politik).
Kerajaan negeri perlu menambah peruntukan kawasan ADUN agar mereka tidak perlu menggunakan duit poket sendiri untuk membantu dan membangunkan masyarakat. Penambahan ini juga perlu dibuat untuk tujuan pembangunan, penyediaan dan penambahbaikan kemudahan awam, kebersihan dan keceriaan negeri. Penambahan peruntukan ini dapat menjustifikasi kenaikan kos gaji dan sebagainya.
Alasan dia mcm pelik jer... Adeh... Dah mcm org umno jer Alasan dia
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Disember 05, 2013 8:58:00 PTGOk lah tu drpd songlap duit secara senyap
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Disember 06, 2013 11:16:00 PGOk lah tu drpd mereka mereka yg songlap duit rakyat secara senyap senyap
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Disember 06, 2013 11:18:00 PG