Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015
Isnin, 9 Disember 2013

[Video] Isu Fitnah Mat Sabu Syiah: “Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'.” - Zahid Hamidi



Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu

[MK] Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.


Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.

Menteri dalam negeri itu juga berkata “orang nombor dua PAS” itu tidak perlu takut kerana pegawainya akan mendedahkan bukti tersebut.

Tambahnya, tindakan penahanan itu boleh dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri.

Kementeriannya tidak bertanggungjawab ke atas tindakan penahanan seperti itu, katanya yang turut mendakwa bahawa pengikut Syiah akan berpura-pura tidak mengamalkan ajaran seperti itu.

Mohamad, yang menafikan mengamalkan fahaman Syiah, semalam berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Atas dakwaan tersebut.

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi. - 9/12/13


P/s: Orang nombor dua PAS siapa, Zahid?

...atau Timbalan Mursyidul Am Datuk Haron Bin Din kalau mengikut hirarki parti?

Sudah kecut? Takut kena saman?

Video Zahid menuduh pemimpin nombor dua PAS menganut ajaran Syiah:

Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS. Jangan berselindung. Jangan berselindung. Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa. Ambik tindakan kepada pemimpin PAS itu.



Dalam pada itu, Bernama melaporkan:

Zahid Hamidi: Bukti Pemimpin PAS Terlibat Syiah Bakal Didedah

[Bernama] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.

"Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza.

"Bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, jadi pembanterasan hendaklah dilakukan sekarang termasuk ajaran sesat Tuhan Harun dan sebagainya," kata Naib Presiden Umno itu mengulas mengenai kenyataannya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu.

Ahmad Zahid dalam perbahasannya berkata, pihaknya tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. - Bernama, 9 Disember, 2013.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH