Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 25 Disember 2013

Mahkamah Gugur Rayuan: ‘Anak saya mati macam anak kucing…” - Ibu Aminulrashid




[Selangorku] PETALING JAYA 23 DIS: Kejadian malang menimpa Aminulrashid Amzah masih segar dalam ingatan ibunya, Norsiah Mohamad yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan menggugurkan kes melibatkan arwah anaknya.

Katanya, keputusan mahkamah didakwa tidak adil dan berat sebelah kerana keadilan tidak berpihak kepada keluarganya yang menuntut pembelaan di atas kematian Aminulrashid apabila ditembak polis dalam satu kejadian awal pagi 24 April 2010 lalu.

“Nampak sangat berat sebelah, tak ada keadilan langsung, macam-macam tohmahan untuk anak saya, dalam internet macam-macam tohmahan untuk saya, saya tak kacau orang, sedangkan anak saya ditembak macam banduan besar, macam penjenayah besar, sedangkan umur anak saya 14 tahun.

“Bukan satu peluru, tapi 21 peluru dan mahkamah boleh katakan ia dilakukan tanpa niat,” katanya dalam sidang media di pejabat Lawyers of Liberty (LFL) di 8 Avenue, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beliau turut ditemani ahli keluarganya serta Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran serta peguam PKR, Latheefa Koya.

Dalam kejadian awal pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam itu, Aminulrashid meninggal dunia akibat luka tembakan dikepalanya selepas ditembak berpuluh das tembakan oleh seorang anggota polis berpangkat Koperal.

Susulan itu, keluarga Aminulrashid memfailkan saman sebanyak RM50 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 April lalu kepada Kerajaan Pusat dan polis bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu.

Norsiah berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab termasuk Kerajaan Pusat serta polis tidak tampil untuk memohon maaf terhadap insiden yang menimpa keluarganya itu.

“Tak ada pun minta maaf dengan saya, kalau malu nak jumpa saya pun, telefon, saya hormat polis yang ada etika, ada wawasan, tapi saya tak hormat polis macam itu,” kata Norsiah.

Dalam pada itu, N.Surendran, berkata biarpun Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan, Peguam Negara (AG) boleh menggunakan kuasa untuk memfailkan usul mengkaji semula keputusan diputuskan mahkamah kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Katanya, kes berkenaan ditangani secara tidak serius dan lebih kepada menutup kelemahan dan kesilapan yang dilakukan polis ketika insiden itu berlaku.

“Sudah lebih tiga tahun, namun tiada siapa yang dijatuhkan hukuman di atas apa yang berlaku,” katanya yang juga Naib Presiden PKR itu.

Dakwanya, polis tidak bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerana boleh menembak kenderaan suspek sewenang-wenangnya tanpa usul periksa.

“30 peluru digunakan untuk memberhentikan kenderaan?, Awak tak boleh tembak untuk memberhentikan kenderaan, awak tak boleh tembak jika tiada ancaman, ia terkandung dalam (SOP) polis,” kata Surendran. - 23/12/13



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH