Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Ahad, 15 Disember 2013

Kematian Pelajar Tahfiz di Kok Lunas Tiada Unsur Jenayah




Kematian Tiada Unsur Jenayah

[SH] KOTA BHARU – Hasil bedah siasat lengkap oleh pakar forensik ke atas mayat seorang remaja lelaki ditemui tergantung dalam sebuah bilik air asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas Jumaat lalu, mendapati punca kematian tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang benda atau senjata merbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.

Menurutnya, pemeriksaan luaran dan dalaman juga tidak terdapat sebarang kecederaan atau penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

“Setakat ini polis tidak mengesyaki ada elemen atau unsur-unsur jenayah berlaku, namun siasatan masih diteruskan melalui Laporan Mati Mengejut (LLM).

“Pihak polis turut meminta orang ramai atau sesiapa yang mempunyai maklumat untuk dimaklumkan kepada polis dalam kadar segera dan identiti pemberi maklumat akan dirashsiakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus dalam laman sosial yang mendakwa mangsa mungkin dibunuh kemudian digantung dalam bilik air ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Azham turut meminta mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya keluarga mangsa.

“Jangan buat sebarang spekulasi, serahkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk jalankan siasatan,” katanya.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan misteri bau busuk dalam tandas sebuah sekolah dekat Kok Lanas terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang berkunci. -15/12/13


P/s: Tersebar di laman sosial dakwaan yang mengaitkan kematian pelajar ini dengan unsur jenayah. Dakwaan itu termasuklah kesan tikaman pada tubuh arwah yang dikatakan penyebab kematiannya. Kenyataan polis di atas menjawab dakwaan yang tersebar meluas di laman sosial.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH