Kazim Elias Tolak Pelantikan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO
[AA] KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dilaporkan telah menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Menurut laporan Utusan Online, beliau membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam sebuah program ceramah agama di Taman Ria, Sungai Petani di Kedah, malam tadi.
Ustaz Kazim dijangka akan mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar hari ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT.
Pendakwah bebas terkenal itu bagaimanpun menjelaskan, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Menurutnya, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah sebelum membuat sebarang keputusan.
Beliau turut mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS kelmarin. - 4/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.